Tengahari tadi ada sembang-sembang kosong dengan rakan setugas. Tak semena-mena tersentuh pula isu semasa. Terutama isu jiran yang dekat tetapi nuraninya amat jauh. Isu ini telah menjadi sensitif. Amat sensitif. Tetapi hamba tidak pasti sensitif itu kepada siapa. Kepada kami atau kepada mereka?
Kemudian sejenak berfikir, hamba terimbau lagu yang mempunyai lirik ini. Jika ada yang bertanya mengenai isu itu kepada hamba, maka mungkin hamba akan menyanyikan lagu ini. Pada hemat hamba, makna dan nilai yang terdapat dalam lirik ini amat sempurna bagi menggambarkan pendapat hamba terhadap isu tersebut. Hayatilah.
WARISAN
Anak kecil main api
Terbakar hatinya sendiri
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu Gagah Di Nusantara
Sekian. Wassalam.



