Form submitted successfully, thank you.

Error submitting form, please try again.

TRAVELOG SENI: MENYAMPAIKAN TAKLIMAT KEPADA PENGGIAT FILEM NEGARA

Kerjaya hakiki ambo yang baru ini telah membolehkan ambo ‘panjang langkah’ sikit dalam rencah kehidupan seni. Tambahan pula ia berkaitan dengan bidang  yang kita minat lagilah mudah untuk dilaksanakan. Pada 20 Februari yang lalu, sempena dengan hari terbuka Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), ambo telah diarahkan untuk menyampaikan taklimat kepada para penggiat filem tanah air. Sebenarnya perancangan yang dibuat bukanlah sedemikan. Ambo ditugaskan untuk hadir dan memberi sokongan kepada program yang sepatutnya dianjurkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan kerjasama FINAS. Tapi atas alasan yang kecil dan kurang munasabah, ambo-lah yang kena ganti. Tak mengapalah.

Menyampaikan taklimat..

Sebenarnya ambo rasa amat rendah diri pada hari itu kerana, kalaulah hendak dibandingkan dengan pakar-pakar dalam bidang filem ini siapalah ambo ini. Memandangkan satu tanggung jawab, jadi ambo gagahkan semangat berbekalkan sedikit pengalaman semasa mengendalikan klien-klien di pejabat sebelum ini, membolehkan ambo menyampaikan taklimat itu.

Bersama Ketua Pengarah FINAS dan Khairi semasa sesi soal jawab

Sebenarnya bagi ambo, ia merupakan satu pengalaman yang bercampur-baur. Seolah-olah makan buah mangga yang masih putik. Tergigit di sebelah hampir masak, berkerut muka menahan rasa masam..terpepak ke pangkal bijinya..maka terjulur lidah menahan menahan pahitnya. Oleh hal yang kena makan jugak, ambo cicah mangga dengan garam. Syukur, rasa masin garam menutupi masam dan pahit. Indah sungguh ciptaan Allah.

Pada taklimat itu, beberapa ikon industri perfileman negara turut hadir. Di podium, ambo sempat melewatkan pandangan dan hampir terkedu apabila ia berlabuh ke jeti wajah-wajah tersohor seperti Yang Berhormat Senator Tan Sri Jins Samsuddin, Yang Berbahagia Datuk Mustafa Maarof, Yang Berbahagia Datin Paduka Suhaimi Baba, Encik Jurey Rosli dan lain-lain. Gusar kalaulah tersalah cakap dan menyinggung perasaan mana-mana pihak, mengundang padah kepada diri dan para ‘stakeholders’. Tapi taklimat itu tetap perlu diteruskan. 

Kelihatan YB Senator Tan Sri Jins Samsuddin khusyuk mendengar taklimat..

Dipendekkan cerita, sebenarnya di samping merasa lega selesainya majlis, ambo rasa sedikit sesal kerana tidak sempat memohon ampun maaf kepada kepada hampir 120 penggiat seni yang hadir sesi tersebut. Itulah kelemahan ambo sebagai seorang manusia. Syukur Alhamdulillah, ambo boleh membantu sedikit sebanyak menjayakan majlis tersebut.

Sebelum melabuhkan tirai taklimat di FINAS, ambo sempat merakamkan beberapa foto sebagai kenang-kenangan bersama rakan yang baru dikenali… bak kata pepatah… tempat jatuh lagikan dikenang.. kan?

bersama Zue Hassim dan Jamal 'Tommy Run' (talent scout) di hadapan FINAS... :D

YB Senator Tan Sri Jins Samsuddin berlatarkan poster salah satu filem lakonan beliau... :D

"kita orang lama tak bermakna kita tidak berwarna.. "

21/06/2010 - 9:13 am dian - haha.. mitak jauh betembok nga jin afrit..

08/06/2010 - 5:34 pm Lokanbertepuk - depan jin samsudin takpo lagi.. kalu depan jin afrit gak, kecing dale seluar la...hehe

25/05/2010 - 9:02 am dian - ambo yang menurut perintah adiatsauri.. terima kasih

24/05/2010 - 11:24 pm adiatsauri - tahniah Datuk D..kemah molek..

24/04/2010 - 7:50 pm dian - salam.. tunbegia.. a ah.. seronok la jugak.. Alhamdulillah..

23/04/2010 - 1:06 am tunbegia - sungguh seronok jumpa artis veteran kanns, salamm,

02/04/2010 - 8:20 am dian - haha.. taklimat pasal dana industri kreatif chah.. :D .. terima kasih..

31/03/2010 - 2:52 am aishah - ganah setaro ni DD... demo bagi taklimat pasal gapow? tahniah. yeah, the grass is greenier on the other side...

18/03/2010 - 1:58 am dian - ho lah.. tapi silap dia tu.. ia bukan GERAN .. tapi Pinjaman.. kita takdok diskriminasi wat setakat ni.. mana yang layak dipertimbang tetap akan dipertimbang... terpulang kepada keputusan panel...

17/03/2010 - 4:36 pm senok - Tahniah D, permulaan yg hehat doh nie.. Dana Industri Kreatif nie wak Namewee mintak deh..agok2 lepah kow dio..hehe... rujuk - http://www.malaysiakini.com/news/126730

09/03/2010 - 10:12 am dian - @adleen: terima kasih.... cabaran hebat.. tapi semuanya dengan Izin Allah taala..

09/03/2010 - 9:14 am adleenn - Tahniah DD.....satu tugas yg mencabar jgk tu

04/03/2010 - 4:31 am dian - @arjunasukma: terima kasih.. mereka sememangnya gergasi filem tanah air.... Syukur Alhamdulillah.. @Al Hadi: takde lah.. tu tugas untuk negara Di.. ko pun lebih lagi kan? hahahah

04/03/2010 - 12:51 am Al Hadi - pergh... bagi taklimat kat otai-otai filem. aku mesti ketar lutut hahaha

04/03/2010 - 12:49 am arjunasukma - hehe..tanggungjawab dipikul penuh rasa..bagus..amat baik untuk kesejahteraan. berdepan dengan gergasi gergasi layar perak seperti itu, jika tidak ada semangat yg kuat..mahu longlai lutut tu..apatah lagi bercakap dalam bidang nasi makan air minum kalian..apa pun tahniah untuk datuk D..

03/03/2010 - 5:55 pm Dian Nais - hebat supo belebat pise ko? hahah

03/03/2010 - 5:45 pm Darwis Hassan - hebat demo boh!!

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

*

*