Pada 19 Mac 2011, ahli-ahli Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan (PESIBAN) telah dijemput untuk bermain muzik mengiringi sebuah persembahan teater “Jebat Derhaka, Tuah Belot” bertempat di Taman Budaya Kuala Lumpur. Persembahan yang berlangsung selama lebih kurang 1 jam setengah dihadiri oleh ramai penonton yang tersohor dalam arena seni persembahan tanah air seperti YBhg Dato’ Prof. Dr. Hashim Yaacob, bekas Naib Canselor Universiti Malaya artis-artis veteran seperti Hail Amir dan Uji Rashid. Dalam pada kesempatan itu amba berpeluang merekodkan beberapa foto bersama ahli-ahli PESIBAN pada malam itu buat kenang-kenangan. Alhamdulillah, pasukan pemuzik PESIBAN telah berjaya membantu produksi teater tersebut.

Dari Kiri: Suhaimi (Ming Puchong), Farid, Asrulfaizal, Amba

Ketika mengadakan Persembahan

Bersama Hail Amir..

Posing ketika mengadakan persembahan.





cerita hang tuah dari pulau melaka nih..
boleh dah tuuuhhh…. amba gi ‘tengok’ muzik jah…. hak teater tu amba serah ko penduduk pulau melaka lah…. tak pandai nak komen lah.. hahah
p/s: pulau melaka, dekat kedai lalat Kelantan.. rumah Menteri Besar Kelantan la nih tu lah.. hahaha..
Alangkah lebih menasabah jika pelakon yg mengena kostium melayu, yg dipegangnya pula juga keris melayu..
samalah tidak menasabahnya oghe bersilat tidak reti beza lagu bersilat ….
hihihih… SERONOK TGK GENG NI BWT PERSEMBAHAN WOYE KULIT KAT FLORIA PUTRAJAYA……………
terima kasih kerana sudi tengok..