Form submitted successfully, thank you.

Error submitting form, please try again.

TRAVELOG SENI: MANTRA BUANA 2

Pada hujung minggu yang lalu ambo telah diberi peluang bersama ahli-ahli Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan (PESIBAN) untuk menyertai satu festival  kesenian dan kebudayaan anjuran Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang iaitu Mantra Buana. Maksud Mantra buana ada dijelaskan oleh Guru hamba di blog beliau. Festival persembahan seni tradisi ini merupakan kali ke-2 diadakan di mana kali pertamanya ialah pada tahun 2009.

Poster Mantra Buana 2

Poster Mantra Buana 2

Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan (PESIBAN), telah diberikan kesempatan mempersembahkan dua genre seni  persembahan tradisional iaitu Wayang Kulit Kelantan dan Dikir Barat. Ambo rasa sangat bertuah dan telah menjadi sejarah peribadi kepada diri ambo kerana, selain daripada Wayang Kulit Kelantan dan Dikir Barat terdapat juga persembahan-persembahan lain yang didatangkan khas daripada dua negara lain iaitu  Negara Indonesia  (Universiti Sumatera Utara) dan Negara Thai (Prince of Songkhla University ).  Kalau tidak silap ambo  wakil Indonesia telah mempersembahkan muzik tradisional yang diberi nama “Ona Ona Sabil-Sabil” manakala wakil dari Negara Thai pula mempersembahkan tarian tradisional  “Menora”.

Selain daripada itu, ambo berkesempatan untuk melihat beberapa bentuk persembahan kesenian yang turut mengisi slot seperti Tarik Selampit (Kelantan), Wayang Gedek (Kedah), Awang Batil (Perlis), Joghee (sejenis tarian berlatarkan muzik arab), Cak Lempong (Negeri Sembilan), Hadrah (Perlis), Alu Bunyi (Perlis) dan Boria (Pulau Pinang). Ambo amat merasa besar hati kerana pada festival Mantra Buana ini membolekan ambo berpeluang untuk menyaksikan persembahan2 tersebut secara langsung, berbanding hanya membaca mengenainya dalam artikel-artikel serta buku-buku berkaitan.

Menora

Persembahan Menora oleh Prince of Songkhla University, Thailand

Sayangnya kebanyakan persembahan ini, berada di ambang kepupusan seperti Awang Batil dan Tarik Selampit. Hal ini kerana, tidak ada lagi pewarisnya. Kemungkinan besar ia tidak dianggap mempunyai nilai komersil oleh generasi ini dan barangkali ia sukar memandangkan tiada komitmen untuk mempelajari persembahan-persembahan ini. Jika ada pun ia hanyalah dipersembahkan di festival-festival seperti ini sebagai pendedahan bahawa persembahan ini masih wujud di zaman sains dan teknologi.

Pada pendapat ambo, pemuliharaan dan pemeliharaan kepada nilai-nilai estetika ini memerlukan usaha dan kekuatan dari pelbagai pihak. Sama ada dari segi peringkat kemahiran penggiat, golongan akademik hinggalah kepada golongan pemerintah. Jika permainan/persembahan-persembahan ini telah wujud dan hidup sehingga hari ini tidak disokong oleh kesemua peringkat, tidak perlulah mana-mana pihak mengeluh oleh kelekangan ia kerana ditelan arus masa. Penyemaian benih-benih kepada aspirasi seni mestilah seiring dengan penjagaan dan menyuburkannya.

Semasa mempersembahkan Wayang Kulit Kelantan (Foto oleh Farhan Jufry)

Setinggi-tinggi penghargaan buat pihak Penganjur yang telah berusaha bertungkus lumus dalam memberikan peluang dan menyediakan ruang kepada seni-seni ini dengan meniupkan semangat kepada penggiat seni untuk terus berkarya. Semoga usaha yang dibuat oleh pihak penganjur iaitu Universiti Sains Malaysia akan sentiasa diteruskan dan diterapkan dengan lebih mantap sehingga masa-masa seterusnya.

 

08/08/2010 - 11:24 pm dian - @adiatsauri: kita doa lah kalu ada rezeki temuan.. tahun depe USM anjur pulak Mantra Buana ni lagi buleh laa luang masa gi... :D

08/08/2010 - 10:45 pm adiatsauri - Rugi besar ambo x leh nok gi..

05/08/2010 - 1:46 pm dewa muda - sama2...

05/08/2010 - 9:04 am dian - @dewa muda: terima kasih..

04/08/2010 - 9:14 pm dewa muda - tahniah diucapkan kpda anda..semoga citra budaya terus gemilang..

20/07/2010 - 12:11 pm dian - @marmalade: the first and second photo i rekod sendiri lah.. the third and fourth tu of course taken by others :p otherwise, cemana jurufoto ada dalam foto kan? LOL anyways.. tima kasih..

20/07/2010 - 12:10 pm dian - @arjunasukma: takdok rezeki nak wat guana.. lain kali ada lagi insya Allah.. :D

20/07/2010 - 8:12 am marmalade - dian, nih semua gambar you amik sendiri is it? cantik :)

19/07/2010 - 11:41 pm arjunasukma - serabut weh..nk g xlih

19/07/2010 - 6:46 pm Tweets that mention TRAVELOG SENI: MANTRA BUANA 2 » Dian Nais -- Topsy.com - [...] This post was mentioned on Twitter by Salam Pantai Timur, dian nais. dian nais said: RT @mdianais TRAVELOG SENI: MANTRA BUANA 2 http://bit.ly/9jkzBU [...]

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

*

*