Form submitted successfully, thank you.

Error submitting form, please try again.

TERKILAN

Sedih dan terkilan hati hamba. Blog rakan-rakan hamba iaitu arjunasukma.com dan mafaka.org, telah diserang oleh komen daripada penulis-penulis yang tidak bertanggung jawab. Benak hamba keliru dan tidak mampu memahami akan mengapa perkara-perkara ini terjadi? Persepsi hasad, dengki dan tidak puas hati adalah perkara yang terlintas di fikiran hamba yang menjadi jawapan kepada persoalan itu.

Komen-komen ini secara langsung, menyelar perjuangan rakan-rakan yang hamba hormati. Secara angkuh dan bongkak serta tanpa adab, penulis-penulis tersebut telah, membelakangkan tatasusila orang Melayu dengan mudah melemparkan tohmah keji terhadap perjuangan mereka. Apakah dosa apakah salah mereka jika mereka mempunyai kepakaran dalam bidang mereka dan mereka cuba menyampaikan sedikit ilmu kepada peminat-peminat seni tersebut? Amat tidak patut mereka mempalitkan isi perut sendiri ke lantai taman orang sedemikian. Lebih-lebih lagi pelantar itu dijadikan sebagai salah satu pelantar bagi mengembangkan kesenian tradisional Melayu Kelantan yang terkenal dengan kesantunan yang tinggi.

Sedikit-sebanyak, perasaan dan hati hamba seolah dirobek dan carik selepas membaca komen-komen ini. Walaupun cuba memujuk diri sendiri dengan mengakui kritikan itu bagus, namun rasional akal hamba masih jauh daripada mampu menerima cacian sedemikian rupa. Peringkat cacian itu hanya layak dilaungkan di dalam longkang atau didiamkan sahaja. Sedarkah penulis-penulis ini bahawa mereka sedang cuba untuk meruntuhkan institusi perhubungan yang indah di antara penggiat-penggiat seni di Malaysia mahupun dunia?

Pada pandangan hamba, kutukan-kutukan ini lahir daripada nafsu yang liar. Nafsu yang tidak boleh memandang senang, kepada kelebihan orang lain. Jika tidak, mana mungkin jiwa penulis-penulis ini yang tidak berupaya mengenal erti ‘adab’, ‘kesopanan’ serta ‘kesusilaan’ orang Melayu, khususnya orang Kelantan, bertindak sedemikian? Sementelah, mengiktiraf perjuangan rakan-rakan hamba. Jauh sekali.

Sebenarnya, hamba amat yakin, tiada satu manusia yang memiliki jiwa yang matang, mahukan keturunan mereka tercemar dengan jiwa-jiwa yang kecut dan tidak luhur seperti yang ditunjukkan oleh penulis-penulis itu. Malah, jika ada di antara ibu bapa atau ahli keluarga yang normal, mengetahui sifat tercela penulis-penulis tersebut, hamba yakin mereka akan turut kecewa seperti mana apa yang hamba dan rakan-rakan hamba yang lain rasai.

Kemelut ini boleh diubah sebenarnya. Seperti mana dijelaskan sebelum ini, hamba yakin pencaci dan petualang-petualangan terlibat itu tidak bodoh dan sedungu tulisan-tulisan mereka. Nun jauh disudut hati mereka, sebenarnya telah terang-terangan mengiktiraf perjuangan rakan-rakan hamba. Namun demikian, penyampaian penulis-penulis ini sangat perlu untuk dimurnikan agar tidak menyinggung mana-mana pihak. Dengan kata lain, mereka membuka pekung di dada sendiri tanpa mereka sedari.

Seru hamba, di pinggiran keluhuran orang Melayu semakin menipis dan serangan budaya-budaya barat tanpa batasan, kepada penulis-penulis ini adalah supaya dapat mereka garap bibit-bibit susila dan kesopanan dalam penulisan mereka. Terutama kepada para pembaca serta audiennya, seperti kata pepatah, menarik rambut dari tepung, tepung tidak berselerak, rambut tidak putus.

Sampaikan salam hamba kepada yang berkenaan.

06/07/2009 - 1:20 pm Dian Nais - boler = BOLAN

05/07/2009 - 11:06 pm Arjunasukma Abe Yie - kalau buta ayam...siang nampak malam rabun..tp ini buta celik..bahasa ibunda saya sebut 'boler'

04/07/2009 - 11:19 pm Dian Nais - @ezdwan: memang tak sama... hairannya ramai yang celik tapi buta

04/07/2009 - 11:19 pm Dian Nais - @ezdwan: memang tak sama... hairannya ramai yang celik tapi buta

04/07/2009 - 10:56 am Ezdwan Razak - Apakah sama orang yang buta dengan orang yang celik?

04/07/2009 - 10:23 am dian - harapannya begitulah cik juka.. terima kasih

04/07/2009 - 10:09 am dian - tuan arjuna, biar wi ngango gitu lah...

03/07/2009 - 2:52 pm Dian Nais - @fiza hamlud: terima kasih..

03/07/2009 - 2:52 pm Dian Nais - @fiza hamlud: terima kasih..

03/07/2009 - 1:26 pm Fiza Hamlud - semoga perjuangan kian tegar...semangat yang diruntun kian berapi...hakikat berkawan risiko dikhianati..hakikat berlawan bakal cedera...chaiyok2...

03/07/2009 - 10:55 am Dian Nais - @arjunasukma abe yie: semua pakai topeng belaka bakalih.. tok imam tok perturun ilmu dia ko anak2.. soh ko setan@emmy: u.. i could ve believe it so too kahahah

03/07/2009 - 10:55 am Dian Nais - @arjunasukma abe yie: semua pakai topeng belaka bakalih.. tok imam tok perturun ilmu dia ko anak2.. soh ko setan@emmy: u.. i could ve believe it so too kahahah

03/07/2009 - 1:54 am Puteri Kacha - u, do devils have charisma ? hmmm..[thinking ..]

03/07/2009 - 1:54 am Emmy Tengku Eskandar - u, do devils have charisma ? hmmm..[thinking ..]

02/07/2009 - 10:31 pm Arjunasukma Abe Yie - petua orang tua..mahu kenal hantu kena bertonggeng tgk kakinya jejak bumi ke idak..tp klau syaitan susah nak kenal..klau setan pun demikian rupa..ahaks..

02/07/2009 - 10:17 pm juka - ALHAMDULILLAH. Ada sahabat yg bersimpati dgn apa yg berlaku. dgn apa yg tercatit ini, paling tidak penulis2 komen akan menitik berat kosopanan dlm memberi komen. Salam

02/07/2009 - 6:15 pm arjunasukma - biarlah angin lalu yg sampaikan salamnya..ahaks..

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

*

*