TENTANG MUZIK MAKYUNG..

Posted by dian in basic, Cakap-Cakap, Experience, Friends, insight, Jurnal, Makyung, Muzik, PESIBAN, seni, travelog seni, Wayang Kulit | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | 6 Comments

Sehari dua ni dengan kesempatan cuti yang ada ni Amba ucap syukur kepada Allah taala kerana berkesempatan untuk kejar balik perkara-perkara yang Amba ketinggalan. Terlebih lagi dalam perkara-perkara yang melibatkan bentuk-bentuk kesenian tradisional yang berasal dari negeri kelahiran Amba. Belan-belan bertanya kepada Yana dan Farid di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), maka Amba berkesempatan bertemu mata dan bertanya khabar dengan pakar-pakar pergendangan Melayu dunia yang semakin hari semakin ditelan zaman. Kesempatan yang ada Amba cuit untuk ambil tahu dan bertanya mengenai bentuk pergendangan Melayu yang paling sukar untuk dikuasai iaitu pergendangan Makyung.

Sambil-sambil berbual bersama Ayah Li (Razli Ayub), Pok War (Anuar Ismail) dan Abe Ming Puchong mengenai pergendangan Makyung, Ayah Li berkata ada pemain-pemain gendang yang suka ‘menambah’ atau ‘mengurang’ paluan gendang yang asas (pokok) lagu Makyung. Apabila ditanya adakah sebab-sebab atau maksud-maksud tertentu akan penambahan atau pengurangan dibuat, tiada penjelasan diperolehi daripada mereka yang ditanya. Beliau juga turut menyebut bahawa pergendangan Makyung mempunyai tertib atau ‘tumakninah’ nya tersendiri. Tidak boleh sengaja dibuat-buat jika tiada keperluan. Hal ini kerana perkara yang dibuat-buat tanpa sebab musababnya akan menyebabkan ia menjadi satu amalan atau tabiat. Tabiat ini akan mencacatkan perjalanan sesebuah lagu Makyung yang bersifat spesifik turun-temurun sejak dari zaman dahulu lagi.

Pada pandangan Amba perkara sedemikian terjadi kerana latih tubi ensembel yang ada pada sesuatu masa tidak lengkap sepenuhnya. Maksud Amba pemuzik atau pemalu gendang akan memalu secara ‘kosong’ tanpa penyanyi dan melodi rebab. Jika ada pun mereka yang ingin berlatih/belajar, untuk menghimpunkan  satu kumpulan yang lengkap adalah sukar. Jika yang berlatih itu berada di kawasan ASWARA, maka kemungkinan ramai yang boleh menunjuk ajar serta melengkapkan perjalanan sebuah latihan. Tapi jika di luar masalah ini amat terasa lebih-lebih lagi tidak ramai yang mahir dalam satu kumpulan untuk memainkan sesuatu muzik Makyung.

Namun demikian, masalah ini masih belum kritikal. Hal ini kerana kemahiran seseorang pemuzik tradisional tidaklah tertumpu kepada satu instrumen semata-mata. Seorang pemuzik tradisi0nal biasanya mempunyai kemahiran terhadap lebih daripada satu instrumen. Contohnya dalam ensembel muzik tradisional Makyung, seorang pemain gendang  (ibu atau anak) mestilah mengetahui maksud setiap paluan gong yang juga berfungsi sebagai penanda masa bagi satu kitaran ritma/’beat’ (biasanya dalam kiraan 16 ‘beat’) dalam sesebuah lagu. Bermakna kemahiran memalu gendang juga mesti disertai dengan kemahiran memalu gong (anak/ibu) yakni dua instrumen yang berbeza bagi melancarkan perjalanan sebuah lagu.

Sebenarnya, struktur pelajaran muzik bentuk tradisional  telah begitu tersusun yang mana setiap instrumen mempunyai  perkaitan yang amat rapat antara  satu sama lain. Seseorang pemuzik yang ingin menguasai bentuk tradisional ini harus melalui proses untuk mengenal pasti kedudukan, tempo, perjalanan, susunan paluan dan ‘tanda masa’ bagi sesuatu lagu. Proses mengenal jenis-jenis lagu  serta bentuk paluan perlu diterangkan oleh mereka yang mahir. Bagi maksud mengenal tersebut hanya pengalaman sahaja yang membolehkan susunan bunga dan ranting paluan diletakkan ditempat-tempat tertentu untuk memantapkan lagi sesebuah ensembel.

Alhamdulillah, walaupun pertemuan bersama mereka adalah amat singkat, namun sedikit sebanyak terjawab jugalah beberapa persoalan mengenai muzik Makyung dan ada lagi beratus soalan yang belum selesai. Insya Allah selama masa yang ada, ada kesempatan Amba tanya..

Wallahu A’lam.

6 Responses to TENTANG MUZIK MAKYUNG..

  1. arjunasukma says:

    ada setengah pemalu…kes nak bbadi tunjuk biso yg tokok tambah tu..nk wi ore xdan hambat..bg hok a yie napok la

  2. dian says:

    setahu amba, tokok tambah yang dibenarkan adalah dalam lajuran instrumen itu sahaja.. dan dalam muzik Makyung wajib ambil kira oghe menyanyi.. kalu tidak dia jadi ‘letang kale’ abih.. itu yang diterangkan kepada amba lah… tapi sebabkan oghe menyanyi, oghe berebab, oghe memalu gendang suku-suku (asing-asing)..dan tidak semakan.. tu yang menjadi kes bbadi nak tunjuk bisa tuh… hehe..

  3. dian says:

    guana suka dewa muda tuh? salah hok amba kata tulum bbetol laa.. hehe

  4. dewa muda says:

    bkn suko ko hok a.yi oyak la…

  5. dian says:

    oo.. patut la..
    hahah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>