Dian Nais » warna

WARNA LAMBANG DIRI
Kali ini ambo ingin bercerita mengenai warna sebagai salah satu alat komunikasi yang penting terutamanya dalam aspek etika dan perwakilan diri. Menurut Wikipedia bebas Bahasa Melayu, Warna secara saintifiknya ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Mahu penjelasan lanjut mengenai definisi dan trait warna boleh klik pada link ini.

#1: Warna Mewakili Peribadi

Melalui pembacaan dan rujukan beberapa buah buku dan laman web, ambo sedari bahawa warna adalah satu alat komunikasi yang amat penting. Ia amat berkait rapat dengan agama, budaya, pengaruh sosial temasuklah politik. Kesilapan pemilihan kepada dan warna akan menyebabkan kita berisiko menghantar mesej yang kurang menyenangkan lebih-lebih lagi kepada audien atau sasaran komunikasi kita.

#2: Mood

Warna menyatakan mood. Warna-warna asas seperti warna merah dipercayai boleh meningkatkan keaktifan diri, warna kuning membolehkan orang merasa ceria dan warna biru dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah. Kombinasi antara warna kuning dan biru akan memberikan warna hijau, yang memberikan perasaan releks/tenang apabila memandang. Warna-warna  ’pastel’ seperti putih, perang muda dan kuning langsat pula memberikan mood tenang, harmoni dan keceriaan. Ambo pasti kita semua lebih selesa berada dalam ruang yang berwarna pastel berbanding ruang yang mempunyai warna yang terang seperti merah atau hitam..

#3: Warna Kelabu

Semasa mengikuti bengkel fotografi yang dianjurkan oleh jurufoto yang terkenal, ambo telah diberitahu kenapa latar belakang aplikasi-aplikasi komputer bagi tujuan pengeditan foto contohnya, Adobe Photoshop ™, Adobe Lightroom ™ mahupun aplikasi pemprosesan perkataan seperti Microsoft Word ™ menggunakan warna kelabu. Sebenarnya warna kelabu merupakan warna yang paling banyak terserak secara semulajadi. Mata manusia secara automatik menghantar mesej kepada otak untuk mentafsirkan kelabu sebagai warna semulajadi.

Seperti mana warna-warna yang digunakan secara menyeluruh dalam perkomputeran dan fotografi digital, kelabu dicipta selain daripada Merah (R), Hijau (G) dan Biru (B) yang juga diletakkan dalam kod 8bit bagi memenuhi pentafsiran pemandangan secara semulajadi.

Secara perlambangan, warna kelabu dikatakan menonjolkan sifat suram, kesedihan atau ’sorrow’. Namun demikian, bagi pendapat ambo, ia melambangkan neutral/kesamaran di antara hitam dan putih yang melengkapkan (compliment) realiti hobi ambo.

#4 Warna dan Blog Ambo

Ambo telah beberapa kali menukarkan tema blog ambo. Pada awalnya ambo mensasarkan untuk menonjolkan elemen kontra dalam blog antara subjek dan imej. Namun ia tidak menggambarkan mood dan impak terhadap audien. Setelah beberapa kali menukar dan mencari-cari, ambo akhirnya berpuas hati dengan tema yang diguna pakai sekarang. Biarlah orang nak kata ambo syok sendiri pun, tetapi biarlah ia menjadi laman tempat ambo nukilkan pengalaman dan pendapat ambo. Inilah dia. kuning dan terdapat sedikit corak vektor yang menampilkan kebudayaan.

#5 Kesimpulan

Warna merupakan perkara yang amat kompleks. Ia juga mempunyai kuasa subliminal untuk menyampaikan nilai dan penceritaan. Maklumat-maklumat yang ambo kongsi ini amat sedikit. Tetapi ia amat penting kepada mereka-mereka yang menggunakan warna sebagai alat komunikasi melalui blog. Pengetahuan yang mendalam dalam perkara ini boleh diguna pakai dalam pelbagai bidang terutamanya dalam mengenal pasti dan menekankan sensitiviti warna kepada audien.

http://dianais.com