Dian Nais » tradisional

TRAVELOG SENI: PERSEMBAHAN WAYANG KULIT KELANTAN DI HARI TERBUKA KEDIAMAN SISWA JAYA, UTM JALAN SEMARAK
Dalam pada bersibuk-sibuk nak menyambut Ramadhan sehari dua ni.. ambo masih sempat lagi ‘tukat-tukat’ jemputan saing sahabat dalam bidang persembahan tradisional Kelantan. Jadi ‘Saing’ ambo mintak ‘join’ untuk ‘main perkakas’ atau sebagai ‘panjak’ permainan Wayang Kulit Kelantan di hari terbuka Kediaman Siswa Jaya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Kalu nak dikirakan kepada tahap kemahiran ambo pada masa ini memang jauh lagilah, kalau nak duduk setaraf dengan penggiat-penggiat yang sudah lama berkecimpung dan mahir dalam bidang ini.. Oleh demikian, berderau jugaklah darah berserta bulu roma  semasa diajak. Bimbang serta takut-takut tak sampai tahap kemahiran yang diperlukan. Mungkin akan menjejaskan persembahan. Khabarannya lagi kena bantu mengiringi Dalang yang sudah tersohor dan muktabar. (“selok sekali nih!“, dalam hati ambo)

Tapi kalau dah peluang tu ada .. ambo fikir tak ada salahnya niat bantu-membantu.. sambil-sambil atau belan-belan menimba pengalaman.. bagi ambo yang baru-baru peluang-peluang sebegitu ambo anggap sebagai satu kepercayaan pula kepada diri ini. Sedangkan ambo tahu ada lagi yang lebih mahir, lebih cekap berbanding ambo ini.. Tambah-tambah benda tu pulak ‘Hok kita berahi doh’. Orang kata, bagai mengantuk disorongkan bantal. “Bila lagi nak kenal-kenal tokoh-tokoh mesohor, dok eh nih?” Oleh itu, ambo sahut jugalah.. oghe kelate kata “Ghok gi nga angin semata-mata!”

Sebenarnya, pernah ambo terbaca bahawa jenis muzik-muzik Wayang Kulit Kelantan ni tidak kurang daripada 150 paluan.. yang terdapat dalam rekod peribadi ambo pulak hanyalah sekadar 40 sahaja.. maksudnya tidak sampai separuh pun. Mahir pada konteks permainan Wayang Kulit Kelantan bermakna ‘tahu’ untuk memainkan apa sahaja peralatan dan lagu-lagu yang diminta oleh Dalang semasa melakonkan watak Wayang Kulit atau semasa persembahan. Ambo hanya boleh menamakan beberapa lagu yang biasa dimainkan sahaja pada masa ini.. Proses nak jadi mahir tu secara tradisionalnya, memerlukan bakat, komitmen dan disiplin yang tinggi yang jarang ada pada generasi hari ini dalam apa jua bidang seni sekali pun. Hal ini kerana, sepanjang ambo mengikuti permainan ini ambo akui bahawa untuk memahirkan diri tidaklah semudah yang disangka tanpa bakat, komitmen dan disiplin yang tinggi…

Oleh itu buat kali ini, ambo tidak dapat nak bilang kesemua lagu-lagu tersebut untuk tujuan berkongsi maklumat.. kalau ada rezeki ambo cubalah lain kali..  Namun demikian yang paling umum ambo diperhatikan pada  hari ini untuk sekadar pengenalan sekurang-kurangnya kena sesuatu pasukan kena tahu lagu-lagu berikut:

(1) Bertabuh; (2) Lagu Hulubalang; (3) Lagu Bertukar Dalang/Salin Dalang; (4) Lagu Hulubalang; (5) Lagu Perang; (6) Lagu Orang Darat; dan (7) Lagu Maharishi/ Naik Geduk..

Begitulah juga pada malam tu..  lagipun masa diperuntukkan untuk persembahan hanyalah ringkas iaitu selama satu jam sahaja. Sesuai dengan audiens sasaran pada malam itu serta permintaan penganjur untuk hanya memberi Pengenalan mengenai Wayang Kulit Kelantan di majlis Hari Terbuka tersebut.

Semasa membantu pasukan Wayang Kulit memasang kelir, kelibat pengunjung di sekeliling tertanya-tanya dan tertinjau-tinjau mengenai apakah maksud serta tujuan pasukan kami hadir? Seolah-olah nak buat kerja yang penting dan besar. Tambahan pula melihatkan kepada alatan yang kami bimbit seperti serunai, geduk, gedombak dan patung-patung wayang membuatkan mereka teruja. Saya agak, mereka tidak pernah melihat persembahan Wayang Kulit  secara langsung. Terutama yang masih di peringkat kanak-kanak.. Dengan naifnya mereka bertanya..

“Abang tengah buat apa ni?”..

Maknanya, kalaulah ambo ni jenis ‘buta serta tuli’, maka, hendak menjawab, “Pasang Kelir..” akan menjadi satu masalah.

Alhamdulillah dengan bahasa mudah ambo rasa sangat puas hati kerana dapat menyampaikan penerangan ringkas-ringkas mengenai Wayang Kulit Kelantan sebagai mana “keterangan kepada budak budak baru nak bejakoh.” Ambo kira, ia sudah memadai kerana masa yang tidak panjang. Walaupun bukan daripada kalangan kanak-kanak berasal dari Kelantan, tapi ambo rasa mereka boleh dikira amat bertuah kerana anak-anak di tanah kampung ambo sendiri pun payah dah nak menyaksikan Wayang Kulit nih. Sementelah untuk memahami selok-belok permainan.

Dewa Panah, Maharishi, Pohon Beringin Koleksi Pak Sin Gelang Mas (c) dianais.com

Memulakan Persembahan

Sedang molek jam 9.30 malam paluan bertabuh dimulakan dengan tiupan serunai oleh Saudara Baisah.. (iaitu seorang pelajar di ASWARA dan merupakan  penggiat seni budaya Kelantan di Lembah Klang).. panjak-panjak lain Pak Husin Gelang Mas (Ayah kepada Saudara Kamarul Bahri dan Baisah), Pak Saat atau Pak  ’At, Pak Ghani, Pak Mat, Abe Yie Arjunasukma dan pada malam tu juga ambo telah dapat bertemu mata dengan tokoh Menora Kelantan Choi secara peribadi.

Pak Husin Gelang Mas selepas itu pula mengambil tugas untuk memainkan ‘Babak Dalang Muda‘ secara ringkas.. kemudiannya Saudara Baisah pula menggantikan untuk babak ‘Dalang Tua’ dan melengkapkan permainan berserta cerita pada malam itu..

Sikit sebanyak ucapan Dalang Baisah hok ambo sempat rekod:

“Rak Chak Tor Ucat Sen Nator Bor Dohor.. aduh Inu Gerdapati (Kertapati) Geruba Dalung… Asal Pucuk Pujangga Susang (Songsang)… Asal titih Marang Kesukma.. asal pinang muda sebutir terbelah dua terbahagi pat (empat)… berjurai lima.. Belah digantung, ke mana jatuh di padang luas saujana padang……

….Maka hilang ghoyak,  timbul cerita timbul tersebut… Dalam negeri Kuala Dua.. Siu Sia Mendaratipura Tanah Pasir Mayang Derdap Muda dalam negeri Tanah Perbuana Perbuangan Sari.. “

- Dalang Baisah Husin,  Kediaman Siswa Jaya, UTM Jalan Semarak Kuala Lumpur,  7 Ogos 2010.-

Lebih kurang lah.. ucapan-ucapan lain tu sebenarnya panjang lagi.. tapi cukuplah sekadar itu.. harap ke ampun belaka-laka kalu ada salah silap.. boleh tolong diperbetul..

Pengalaman tu walaupun sekadar sekejap tapi telah membuatkan ambo rasa besar hati kerana.. nama-nama yang ambo sebutkan tadi tak tahu lagi bila akan ambo temui lagi memandangkan mereka semua adalah sebahagian daripada tokoh-tokoh yang terkenal dalam Wayang Kulit Kelantan dan tidak menetap di Kuala Lumpur ini. Banyak lagi yang perlu ambo tahu dan kena ambil tahu.. sikit sebanyak.. selagi daya ambo akan timba. sekurang-kurang.. walau tidak sampai kepada peringkat pakar.. boleh menjadi pengalaman peribadi ambo.. dan tidaklah orang berkata “Kecek sajo..!” ..  begitulah adanya.

Terima kasih atas peluang yang diberikan. Mohon maaf kalau kiranya ada tersalah kata.. terkasar bicara masa membantu main ‘kesi’ malam itu.. hok baik dari Allah taala.. hok udoh tebulah, terseleh.. adalah alik ambo sediri

Alhamdulillah dan Wallahu a’lam…

VERSI PENCERITAAN DEWA PANAH DALAM WAYANG KULIT KELANTAN
Dalam Wayang Kulit Kelantan atau Wayang Siam, babak yang paling jarang dipersembahkan (atau mungkin tidak dipersembahkan lagi) adalah Babak Dalang Muda. Ini kerana,  pada masa kini, Wayang Kulit Kelantan tidak lagi dimainkan mengikut cerita pokok atau berdasarkan epik asal Hikayat Seri Rama. Selain itu faktor utama ia tidak dimainkan adalah kerana tidak ramai Dalang yang boleh memainkan babak ini kerana ia agak sukar  untuk dikuasai tanpa tunjuk ajar guru-guru yang mahir. Akhir sekali adalah  kerana tiada lagi permintaan untuk memainkan Babak Dalang Muda yang lengkap kerana keseluruhan babak mengambil masa yang agak lama sedangkan persembahan Wayang Kulit Kelantan rata-rata dimainkan untuk mengisi majlis-majlis yang tertentu sahaja mengikut kehendak penganjur.

Menerusi tulisan *Adiguru Che Mat Jusoh dalam Majalah Pentas Jil.3 (1 Jan-Mac 2008) keluaran Istana Budaya, menceritakan dengan terperinci mengenai Babak Dalang Muda ini yang mana setiap dalang yang ingin menguasai babak ini haruslah menguasai ilmu-ilmu asas pendalangan seperti Tari, Antawacana, Titik Takta Adat, Muzik, Nyanyian, Asas Pergerakan Wayang (Sabetan) dan aturan lagu-lagu khusus seperti Lagu Maharishi, Lagu Menyembah, Lagu Mahbabusanam, Serama keluar dan lain-lain lagi.

(c) Sepasang Dewa Panah dan Maharisi sedang bertapa di bawah Pohon Beringin. Dianais.com (Koleksi Dalang Pak Nasir ASWARA)

Antara adengan utama dalam Babak Dalang Muda adalah babak peperangan antara sepasang Dewa Panah. Sepasang Dewa Panah ini diletakkan di kiri dan kanan sambil seorang Maharisi berada ditengah-tengah, menggambarkan sedang bertapa (lihat Foto). Adengan ini dimainkan tanpa dialog mengikut aturan tertentu selepas lagu Bertabuh, Lagu Maharisi dan Dewa Panah Turun disertakan dengan Mantera Maharisi. Semasa peperangan antara sepasang Dewa Panah ‘sakat’ lagu akan berubah daripada paluan lagu perang kepada lagu Hulubalang dengan isyarat-isyarat tertentu oleh Dalang.

Sebenarnya adengan ini adalah terjemahan kepada sebuah cerita ranting dalam Hikayat Seri Rama. Mengikut cerita, sepasang Dewa Panah tersebut adalah berasal daripada sepasang burung jerijit yang telah bertukar rupa kepada Dewa Panah.

Maka, pintas tanjung mengambilkan rantau, jalan jauh kita perdekatkan…

Baru-baru ini ambo berpeluang hadir ke satu sesi bicara Wayang Kulit di Kuala Lumpur. Dalam sesi bicara tersebut seorang penceramah jemputan telah berceramah mengenai asal-usul watak-watak yang dimainkan dalam permainan Wayang Kulit Kelantan. Apabila sampai pada bahagian Watak Maharisi serta Dewa Panah beliau telah menyatakan bahawa sepasang Dewa Panah adalah berasal daripada Burung Tekukur. Perkara ini telah menyebabkan ambo dan rakan-rakan audiens menjadi keliru kerana berdasarkan apa yang diceritakan bahawa Dewa Panah itu berasal daripada Burung Jerijit.

Maharisi dan Burung Jerijit

Maharisi/Maharesi menurut takrifan perkataan oleh Kamus Dewan edisi keempat terbitan Dewan Bahasa Pustaka menyatakan bahawa ia adalah pendita yang suci. Ia berasal daripada perkataan sanskrit “Mahrsi” bagi sebagai gelaran pendita yang hebat gabungan dari perkataan “Maha” yang bermakna hebat “rishi” bagi pendita.

Di dalam bahasa Thai ia juga digelar Bhikkhu/Bhiksu, manakala di Tibet digelar Dge Long disebut (gelong) Dari segi istilah ia merujuk kepada orang yang alim, berilmu dan mampu memberikan ajaran. Dalam ucapan-ucapan dan budaya orang Melayu juga turut digelar “Ajar” diletakkan di hadapan nama sebagai gelaran kepada seseorang yang alim dan memberi petunjuk.

Dalam versi penceritaan Wayang Kulit Kelantan, Maharisi merupakan gelaran kepada seorang pertapa yang alim. Maharisi yang berlainan diberikan contohnya Maharisi Mata Kala Api, Maharisi Burung Jerijit, Maharisi Mata Lembu dan ada juga nama lain kepada Maharisi yang juga dikenali sebagai Tok Mahsikul dan/atau *Maharisi Mugaharani (Versi Dalang Karim). Maharisi ini adalah seorang yang berilmu tinggi, alim, taat kepada ajaran dan perintah. Ia sangat dihormati dan menjadi rujukan pemerintah dan rakyat sekitarnya.

Manakala burung Jerijit ialah burung kelicap dariada Genus (Prodotiscus) adalah burung yang berlainan dengan burung Tekukur (Little Cuckoo Dove) (Macropygia ruficeps) yang disebut penceramah tersebut. Pada hemat ambo mungkin ia versi penceritaan daripada Siam. Namun dua spesis burung yang berlainan dalam versi penceritaan oleh sang penceramah tersebut mengajak ambo kepada mencari rujukan yang lebih dalam dan rujukan yang paling hampir adalah menerusi bahan-bahan bertulis. Ambo menemui tulisan dan versi penceritaan seperti berikut:

*1. Versi Dalang Che Mat Jusoh

Dewa Panah berasal daripada sepasang burung Jerijit yang telah membuat sarang di janggut seorang Maharisi sedang bertapa. Mereka asalnya dihukum menjadi burung Jerijit kerana melakukan kesalahan di kayangan.

Setelah berlaku perbalahan antara burung tersebut kerana sang jantan tidak pulang ke sarang kerana mencari makanan dan mengganggu pertapaan Maharisi tersebut maka ia telah menjelma kembali kepada Dewa Panah  iaitu bentuk asal mereka.

**2. Versi Dalang Awang Lah (Allahyarham)

Sepasang burung jerijit yang terbang mencari sarang bertemu dengan janggut seorang Maharisi yang bertapa selama 40 tahun dan membuat sarang. Semasa telur burung jerijit tersebut hampir menetas, pasangan burung tersebut membuat giliran untuk mencari makanan dan mengeram.

Suatu hari, semasa giliran sang betina keluar mencari makanan, lalu sang betina terleka mencari makanan di kolam teratai hingga teratai tersebut terkatup dan ia tidak dapat keluar. Pulangnya pula setelah teratai tersebut terbuka kembali ke sarang menyebabkan sang jantan menuduh sang betina mencari pasangan lain.

Lalu berkelahilah kedua-dua burung jerijit tersebut hingga menggangu pertapaan Maharisi tadi. Maharisi tadi telah memarahi kedua-dua burung tersebut kerana gangguan dialami. Kemudian burung tersebut berkata-kata kepada Maharisi bahawa walaupun mereka bergaduh, namun mereka telah ada keturunan untuk mewarisi generasi masa akan datang sedangkan Maharisi tadi tiadalah akan keturunan untuk mewarisi.

Tersentak dengan kata-kata burung jerijit tersebut telah menyebabkan beliau memperakukan diri sendiri sebagai dengan nama Maharisi Burung Jerijit.

**3. Versi Dalang Mamat Ismail (Allahyarham)

Sepasang burung jerijit yang membuat sarang di janggut Maharisi telah berkelahi dan mengganggu pertapaan Maharisi tersebut. Terganggu, lalu Maharisi tadi telah menyumpah kedua-dua burung tersebut kepada Dewa Panah.

Kesimpulan

Sebenarnya, terdapat lagi beberapa versi penceritaan yang direkodkan seperti versi Dalang Mamat Senik, Dalang Mustafa Chicha Tinggi, Dalang Wan Ibrahim Sabak dan sebagainya.. tetapi apa yang nak ambo beritahu bahawasanya tiada satu versi pun yang menyatakan bahawa dewa panah tadi berasal daripada burung tekukur. Sekadar pengetahuan yang dikongsi untuk tidak menjadikan kekeliruan kepada pernyataan yang kurang tepat.

Wallahu A’lam.

Rujukan:

*1. Che Mat Jusoh, Babak Dalang Muda Dalam Wayang Kulit Kelantan, Majalah Pentas Jil. 3 Bil. 1 Jan-Mac 2008, Istana Budaya.

**2. P. L. Amin Sweeney: The Ramayana and the Malay shadow-play. Kuala Lumpur: National University of Malaysia Press, 1972

3.  Amin Sweeney, Malay shadow puppets: The Wayang Siam of Kelantan, The British Museum, London 1972

4. Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka.

TRAVELOG SENI: MANTRA BUANA 2
Pada hujung minggu yang lalu ambo telah diberi peluang bersama ahli-ahli Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan (PESIBAN) untuk menyertai satu festival  kesenian dan kebudayaan anjuran Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang iaitu Mantra Buana. Maksud Mantra buana ada dijelaskan oleh Guru hamba di blog beliau. Festival persembahan seni tradisi ini merupakan kali ke-2 diadakan di mana kali pertamanya ialah pada tahun 2009.

Poster Mantra Buana 2

Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan (PESIBAN), telah diberikan kesempatan mempersembahkan dua genre seni  persembahan tradisional iaitu Wayang Kulit Kelantan dan Dikir Barat. Ambo rasa sangat bertuah dan telah menjadi sejarah peribadi kepada diri ambo kerana, selain daripada Wayang Kulit Kelantan dan Dikir Barat terdapat juga persembahan-persembahan lain yang didatangkan khas daripada dua negara lain iaitu  Negara Indonesia  (Universiti Sumatera Utara) dan Negara Thai (Prince of Songkhla University ).  Kalau tidak silap ambo  wakil Indonesia telah mempersembahkan muzik tradisional yang diberi nama “Ona Ona Sabil-Sabil” manakala wakil dari Negara Thai pula mempersembahkan tarian tradisional  “Menora”.

Selain daripada itu, ambo berkesempatan untuk melihat beberapa bentuk persembahan kesenian yang turut mengisi slot seperti Tarik Selampit (Kelantan), Wayang Gedek (Kedah), Awang Batil (Perlis), Joghee (sejenis tarian berlatarkan muzik arab), Cak Lempong (Negeri Sembilan), Hadrah (Perlis), Alu Bunyi (Perlis) dan Boria (Pulau Pinang). Ambo amat merasa besar hati kerana pada festival Mantra Buana ini membolekan ambo berpeluang untuk menyaksikan persembahan2 tersebut secara langsung, berbanding hanya membaca mengenainya dalam artikel-artikel serta buku-buku berkaitan.

Persembahan Menora oleh Prince of Songkhla University, Thailand

Sayangnya kebanyakan persembahan ini, berada di ambang kepupusan seperti Awang Batil dan Tarik Selampit. Hal ini kerana, tidak ada lagi pewarisnya. Kemungkinan besar ia tidak dianggap mempunyai nilai komersil oleh generasi ini dan barangkali ia sukar memandangkan tiada komitmen untuk mempelajari persembahan-persembahan ini. Jika ada pun ia hanyalah dipersembahkan di festival-festival seperti ini sebagai pendedahan bahawa persembahan ini masih wujud di zaman sains dan teknologi.

Pada pendapat ambo, pemuliharaan dan pemeliharaan kepada nilai-nilai estetika ini memerlukan usaha dan kekuatan dari pelbagai pihak. Sama ada dari segi peringkat kemahiran penggiat, golongan akademik hinggalah kepada golongan pemerintah. Jika permainan/persembahan-persembahan ini telah wujud dan hidup sehingga hari ini tidak disokong oleh kesemua peringkat, tidak perlulah mana-mana pihak mengeluh oleh kelekangan ia kerana ditelan arus masa. Penyemaian benih-benih kepada aspirasi seni mestilah seiring dengan penjagaan dan menyuburkannya.

Semasa mempersembahkan Wayang Kulit Kelantan (Foto oleh Farhan Jufry)

Setinggi-tinggi penghargaan buat pihak Penganjur yang telah berusaha bertungkus lumus dalam memberikan peluang dan menyediakan ruang kepada seni-seni ini dengan meniupkan semangat kepada penggiat seni untuk terus berkarya. Semoga usaha yang dibuat oleh pihak penganjur iaitu Universiti Sains Malaysia akan sentiasa diteruskan dan diterapkan dengan lebih mantap sehingga masa-masa seterusnya.

DIKIR BARAT SECARA UMUM
Dikir Barat merupakan salah satu persembahan tradisional yang berasal daripada Kelantan. Ia  merupakan persembahan muzik gabungan antara instrumental tradisional  dan puisi yang dinyanyikan. Ia sangat popular di Kelantan dan ia merupakan sejenis hiburan yang sangat popular di Malaysia pada masa kini.

Bentuk muzik persembahan Dikir Barat ditonjolkan melalui nyanyian pantun bersahut-sahutan antara seorang penyanyi  dan sebuah korus. Pada zaman dahulu, Dikir Barat hanya dipelopori dan dianggotai oleh kaum lelaki sahaja namun telah terdapat kini pasukan Dikir Barat yang dianggotai oleh kaum wanita.

Tema yang selalu diketengahkan asalnya melibatkan gaya hidup seharian orang-orang tempatan dengan unsur-unsur lucu. Kini ia telah dikomersilkan dengan memaparkan topik semasa, mengenai ekonomi, politik, kebajikan, kesihatan dan isu sosial.

Loghat utama yang digunakan dalam persembahan Dikir barat adalah loghat Kelantan. Namun demikian, pada masa kini, bahasa yang digunakan tidak terhad termasuk bahasa inggeris, bahasa cina, india, Siam dan sebagainya. Melodi yang dimainkan juga berbagai-bagai daripada bertempo perlahan sehingga lebih rancak.

INSTRUMEN MUZIK UTAMA DIKIR BARAT

Beng dan Matusky, menyatakan muzik Dikir Barat dihasilkan terdiri pelbagai beberapa bahagian rentak dan melodi dalam masa yang sama dipanggil muzik polifonik.. (atau tekstur polifoni). Oleh kerana itu tidak boleh diertikan dengan Dikir Barat sekiranya dimasukkan alat-alat muzik lain selain daripada instrumen-instrumen berikut:

1. Rebana Ibu (selalu disalah ertikan dengan gendang Ibu, atau Gedak Ibu)

2. Rebana Anak (selalu disalah ertikan dengan gendang Anak atau Gedak Anak)

3. Gong (tetawak) – dipalu pada setiap 4 bit.

3. Canang – alat gong  ‘Chime’ – terdiri daripada gong kecil berbusut.

4. Marakas atau Rhomba

5. Kesi atau Cing (alat tambahan dan tidak wajib)

DAYA BUNYI

Seperti mana alat-alat muzik membranofon (membrano: kulit dan fon: bunyi), persembahan Dikir Barat dihasilkan oleh gabungan daya bunyi (timbre) melalui paluan atau pukulan oleh pemain rebana (atau Jong Bano) seperti ‘Tak’ ‘Teng’ ‘Duh’ ‘Dung’ ‘Dowk’ ‘Ping’  [*perlu rujukan khusus]. Rentak Rebana Ibu dan Rebana Anak akan meningkah antara satu sama lain dikepalai oleh Rebana Ibu.

CARA PERSEMBAHAN DIKIR BARAT

Dalam persembahan Dikir Barat, ensembel instrumental memperkenalkan sesuatu lagu dengan memainkan dan mengulangi rentak yang pendek dan rancak secara tepukan tangan oleh anggota-anggota korus (Awok-awok) atau dikenali sebagai Bertabuh. Pada kebiasaan, bertabuh akan dimulakan dengan rentak paluan ‘Buka Panggung’ atau ‘Tabuh perlahan’ kemudian disusuli dengan ‘Bertabuh Laju’.

Tok Jora  (yang selalu disalah ertikan dengan JUARA) akan mula mengalunkan pantun sebaik sahaja selesai irama ‘Bertabuh’. Alunan pantun ini tidak bermeter, berbunga sederhana (Beng dan Matusky, 1998) dan dalam tempo yang perlahan. Permulaan ini tidak menggunakan iringan muzik. Namun pemain rebana sekali sekala akan melakukan ‘gertak’ pada bait-bait tertentu untuk ‘main angin’ atau membangkitkan semangat para pendikir.

Awok-awok yang merupakan korus sama ada terdiri daripada sekurang-kurangnya 4 orang sehingga 20 orang dalam satu pasukan akan:

- menyanyikan korus secara serentak (unison) dan berselang-selang dengan pantun oleh Tok Jora;

- duduk dalam satu bulatan, secara bersila dan akan  menepuk tangan pada kiraan bit ke-4 atau lebih senang diistilahkan ‘Tepuk Atas Gong”; dan

- berteriak secara tajam untuk menguatkan bit-bit tertentu dalam muzik.

Selepas persembahan Tok Jora, seorang Tukang Karut akan berdiri mencipta senikata berbentuk pantun secara spontan sama ada mengenegahkan tema tempatan tertentu berasskan tema pantun Tok Jora atau isu semasa yang lain. Nyanyian Tukang Karut akan diikuti oleh Awok-awok dan tempo akan beransur-ansur menjadi rancak.

Penamat persembahan akan diakhiri dengan lagu penutup sama ada lagu Wau Bulan  atau lagu Wau Beremas oleh Tukang Karut.

Nota: Selain daripada ini bagi ambo tidak boleh digelar Dikir Barat. Namun demikian, boleh digelar Dikir Kreatif atau selain daripada Dikir Barat…. Ambo buka untuk dibahas, komen dan diperbaiki… Secara Umum.

Terima kasih

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="660" height="525" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/NxCen6zmH18&hl=en_US&fs=1&border=1" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="660" height="525" src="http://www.youtube.com/v/NxCen6zmH18&hl=en_US&fs=1&border=1" allowfullscreen="true" allowscriptaccess="always"></embed></object>

Contoh Persembahan Dikir Barat Asli!

Rujukan:

1.  Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng. Pengantar Muzik Malaysia. Pulau Pinang. The Asian Cultural Heritage, 1998.

2. http://arjunasukma.com

3. http://dikirbarat.net/forum/index.php

LUKISAN SEORANG PENGGESEK REBAB
Dalam pada ambo tengah menjalankan tugas di Kompleks Kraf Negara, ambo terpandang satu lukisan yang sangat menarik hati.. lukisan seorang  Pemain Rebab yang sedang menggesek rebab.. ambo pun rakamkan gambar itu buat kenang-kenangan…

(foto ini dirakam dengan menggunakan kamera iphone)

WARNA LAMBANG DIRI
Kali ini ambo ingin bercerita mengenai warna sebagai salah satu alat komunikasi yang penting terutamanya dalam aspek etika dan perwakilan diri. Menurut Wikipedia bebas Bahasa Melayu, Warna secara saintifiknya ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Mahu penjelasan lanjut mengenai definisi dan trait warna boleh klik pada link ini.

#1: Warna Mewakili Peribadi

Melalui pembacaan dan rujukan beberapa buah buku dan laman web, ambo sedari bahawa warna adalah satu alat komunikasi yang amat penting. Ia amat berkait rapat dengan agama, budaya, pengaruh sosial temasuklah politik. Kesilapan pemilihan kepada dan warna akan menyebabkan kita berisiko menghantar mesej yang kurang menyenangkan lebih-lebih lagi kepada audien atau sasaran komunikasi kita.

#2: Mood

Warna menyatakan mood. Warna-warna asas seperti warna merah dipercayai boleh meningkatkan keaktifan diri, warna kuning membolehkan orang merasa ceria dan warna biru dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah. Kombinasi antara warna kuning dan biru akan memberikan warna hijau, yang memberikan perasaan releks/tenang apabila memandang. Warna-warna  ’pastel’ seperti putih, perang muda dan kuning langsat pula memberikan mood tenang, harmoni dan keceriaan. Ambo pasti kita semua lebih selesa berada dalam ruang yang berwarna pastel berbanding ruang yang mempunyai warna yang terang seperti merah atau hitam..

#3: Warna Kelabu

Semasa mengikuti bengkel fotografi yang dianjurkan oleh jurufoto yang terkenal, ambo telah diberitahu kenapa latar belakang aplikasi-aplikasi komputer bagi tujuan pengeditan foto contohnya, Adobe Photoshop ™, Adobe Lightroom ™ mahupun aplikasi pemprosesan perkataan seperti Microsoft Word ™ menggunakan warna kelabu. Sebenarnya warna kelabu merupakan warna yang paling banyak terserak secara semulajadi. Mata manusia secara automatik menghantar mesej kepada otak untuk mentafsirkan kelabu sebagai warna semulajadi.

Seperti mana warna-warna yang digunakan secara menyeluruh dalam perkomputeran dan fotografi digital, kelabu dicipta selain daripada Merah (R), Hijau (G) dan Biru (B) yang juga diletakkan dalam kod 8bit bagi memenuhi pentafsiran pemandangan secara semulajadi.

Secara perlambangan, warna kelabu dikatakan menonjolkan sifat suram, kesedihan atau ’sorrow’. Namun demikian, bagi pendapat ambo, ia melambangkan neutral/kesamaran di antara hitam dan putih yang melengkapkan (compliment) realiti hobi ambo.

#4 Warna dan Blog Ambo

Ambo telah beberapa kali menukarkan tema blog ambo. Pada awalnya ambo mensasarkan untuk menonjolkan elemen kontra dalam blog antara subjek dan imej. Namun ia tidak menggambarkan mood dan impak terhadap audien. Setelah beberapa kali menukar dan mencari-cari, ambo akhirnya berpuas hati dengan tema yang diguna pakai sekarang. Biarlah orang nak kata ambo syok sendiri pun, tetapi biarlah ia menjadi laman tempat ambo nukilkan pengalaman dan pendapat ambo. Inilah dia. kuning dan terdapat sedikit corak vektor yang menampilkan kebudayaan.

#5 Kesimpulan

Warna merupakan perkara yang amat kompleks. Ia juga mempunyai kuasa subliminal untuk menyampaikan nilai dan penceritaan. Maklumat-maklumat yang ambo kongsi ini amat sedikit. Tetapi ia amat penting kepada mereka-mereka yang menggunakan warna sebagai alat komunikasi melalui blog. Pengetahuan yang mendalam dalam perkara ini boleh diguna pakai dalam pelbagai bidang terutamanya dalam mengenal pasti dan menekankan sensitiviti warna kepada audien.

http://dianais.com

TRAVELOG SENI: DEMONSTRASI TEKNIK PALUAN GENDANG
Pada Syawal yang lalu, hamba bersama rakan hamba (arjunasukma.com) dan (mafaka.org) telah mengambil kesempatan untuk melawat seorang bekas penggiat seni budaya Kelantan yang kurang dikenali namanya. Tokoh ini lebih selesa dan senang dikenal dengan nama Pak Su Wel. Dikesempatan itu juga, kami mengambil peluang untuk meminta Paksu Wel menunjukkan demonstrasi akan teknik-teknik paluan alat-alat muzik tradisional Melayu Kelantan. Pengetahuan  beliau dalam teknik-teknik paluan gendang amatlah meluas. Beliau mahir dalam hampir kesemua jenis muzik tradisional Kelantan terutama gendang.

Dari Kiri: Dian Nais, mafaka, Che Ya (serunai), Paksu Wel, Arjunasukma, Pak Jen (Tetawak)

Di sini suka hamba berkongsi akan teknik-teknik paluan alat muzik seperti Gendang Anak, Gendang Ibu, Gedombak dan Geduk oleh beliau. Alat-alat muzik ini merupakan alat-alat muzik utama yang dimainkan dalam persembahan-persembahan tradisional Melayu Kelantan seperti Wayang Kulit, Mak Yong dan Main Peteri.

Enjoy!

<object width="425" height="350" data="http://www.youtube.com/v/eX0SAn-RF5o" type="application/x-shockwave-flash"><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/eX0SAn-RF5o" /></object>‘