Dian Nais » tazkirah

“APA BARANG JADIK ‘FOLLOWER’?”
“Apa barang jadik ‘follower’?”

Itulah barangkali yang terdetik dalam hati kecil sesetengah manusia.. Mereka seboleh-bolehnya mesti berada di atas, di hadapan, mengepalai dan mengetuai segala-galanya. Mereka anggap orang lain tak ‘happening’, tak ‘vogue’, tak bagus, tak pandai nak menjadi ketua dan sebagainya. Hanya mereka yang mesti diikuti. Nilai dan prinsip mereka adalah yang terbaik. Merekalah yang perlu dituruti.

Dalam hati mereka ada sifat iri hati dan dengki apabila orang lain tidak menuruti mereka.Mereka akan sedaya upaya mempengaruhi dan menggunakan apa jua cara dan kaedah untuk orang lain menuruti mereka. Jika dalam sesuatu kumpulan mereka akan cuba menonjolkan diri mereka. Membuat sesuatu untuk menarik perhatian dan tidak akan segan silu melakukan perkara-perkara yang  tidak munasabah.

Bagi mereka apa yang sedia ada, tidak cukup bagus, tidak cukup indah, tidak cukup memberangsangkan. Oleh yang demikian, mereka akan cuba menidakkan yang sememangnya diiktiraf oleh keadaan semasa. Mereka akan mencari jalan supaya mereka sentiasa berada di hadapan. ‘Status Quo’ bagi mereka adalah sesuatu yang pelik dan menjengkelkan.

Keburukan mereka-mereka yang mempunyai sifat ini adalah akan menyebabkan perpecahan, pertelingkahan dan perbalahan.  Selain itu, jika mereka berada dalam satu organisasi atau kumpulan, ia boleh berpecah belah dan tidak sefahaman berlaku. Perkara ini sememangnya berlaku di sekeliling kita dan tidak mustahil kepada kita sendiri.

Menjadi ‘Follower‘ atau pengikut sama sekali mustahil. Mereka seboleh-bolehnya akan mencari jalan supaya ada pengikut lebih-lebih lagi ada orang suruhan. Mereka sangat licik. Tidak mudah mengalah dan selalunya ‘obses’ dengan keupayaan diri mereka. Walau pada hakikatnya semua orang tahu, mereka masih belum layak untuk berada dihadapan atas kekurangan pengalaman atau difikirkan boleh menyebabkan perpecahan di atas justifikasi-justifikasi tertentu.

Mereka juga tidak boleh dikritik. Cakap mereka paling tepat. Jalan mereka paling betul. Mereka yang paling sesuai untuk segala-galanya. Jika ada orang lain yang menyatakan kepada mereka tentang kelemahan diri mereka, mereka akan melenting. Mereka akan mula menuduh orang itu sombong, tidak tepat dan salah.

Puji-pujian dan kata-kata sanjungan adalah impian mereka. Mereka akan sentiasa berterima kasih ke atas setiap pujian yang dihamburkan kepada mereka. Padahal mereka tidak sedar bahawa kata-kata sanjungan dan pujian itu akan menyebabkan mereka semakin jauh daripada jalan yang benar…

Oleh sebab itulah, Islam mengajar supaya setiap insan sentiasa mengadakan Muhasabah diri. Kembali kepada yang Maha Pencipta. Dengan demikian, insan tersebut akan sentiasa ingat di mana bumi itu dipijak dan di mana langit itu dijunjung. Mereka lupa dengan kata-kata “ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya”. Supaya mereka memenuhi jalan murni dan fitrah. Beradalah di belakang sementara menunggu giliran untuk diri mereka di hadapan.

Janji Allah itu tepat. Janji Allah itu Qat’ie. Mereka-mereka yang masih belum sedar diri mereka seharusnya menginsafi kejadian mereka. Sifat yang mereka tunjukkan itu belum tentu menjanjikan kebahagiaan mereka. Walau seribu atau sejuta insan lain yang mereka pengaruhi tidak akan menguntungkan mereka sebenarnya. Malah akan merugikan. Hargailah peluang yang singkat.. kembalilah kepada jalan yang benar. Berkata benarlah walaupun pahit.