Form submitted successfully, thank you.

Error submitting form, please try again.

Tag Archives: psikologi

2012

Tahun baru. Tipikal bila amba kata amba pun nak ada azam baru. Cita-cita baru. Sasaran baru. Jalan yang amba pilih pada tahun ini akan bernafas baru. Lorongan cita-cita amba untuk lebih mendalami ilmu-ilmu Allah yang ada di muka bumi ini. Ikhlas amba katakan, amba akan cuba kutip sama ada secara formal atau tidak formal. Semoga...

View full post »

NILAI SENI

Selepas latihan bergendang di Rumah Pena semalam, amba bersama rakan-rakan seperti biasa akan mengambil sedikit masa untuk berhimpun sambil menikmati nasi lemak ayam rempah di belakang bangunan kelab belia. Sambil-sambil makan kami bertukar pandangan mengenai nilai seni dari sudut pandangan yang pelbagai. Kami menilai seni itu bukanlah suatu yang mudah diperoleh. Bukanlah mudah dijaga dan...

View full post »

KAMERA PALING BAGUS!

Sudah lama saya letak kamera saya kat dalam almari sahaja… saya makin hari makin tidak minat untuk menggalas peralatan kamera yang berat dan mudah rosak. Tetapi ia tidak bermakna saya sudah melupakan hobi saya terhadap fotografi. Teknologi pada hari ini telah membolehkan saya merakamkan saat saat berharga semasa saya menjalankan tugas rasmi di luar negara....

View full post »

INDUSTRI KARTUN SECARA RINGKAS

Hari ini di radio, semasa sedang dalam perjalanan ke pejabat, salah seorang daripada DJ radio tersebut menyatakan kekaguman mengenai usaha penghargaan Kerajaan Negara Jepun yang telah menubuhkan sebuah muzium buat satu karakter kartun bernama Doraemon. Doraemon adalah satu watak kartun yang telah diilhamkan oleh kartunis yang menggelarkan diri beliau Fujio.F.Fujiko (meninggal dunia pada tahun 1996)....

View full post »

MAIN KUTU!

2011 ni mencorakkan kembali hidup amba dalam kancah seni budaya yang lebih serius. Tambahan lagi dengan mandat  baru untuk memartabatkan seni budaya dan warisan di sebalik sempadan membuka mata lebih luas bahawasanya, untuk sesuatu seni bertapak dan berdiri, ia bukanlah semudah memetik jari. Tinggallah dahulu kasih menolakkan kepadalah sayang.. Seperti mana pepatah Melayu, “lagi besar...

View full post »

DIKIR BARAT MUTAKHIR INI

Sebagai salah seorang peminat seni Dikir Barat, amba merasa amat gusar dengan perkembangan seni ini mutakhir ini. Bukan apa, penggiat dan aktivis seni ini semakin hari semakin pudar akibat dimamah hari. Tidak kurang juga dengan kelibat pemikiran-pemikiran baru oleh pihak yang sepatutnya bertanggung jawab menyemarakkan seni ini turut menyumbang kepada kemalapan seni ini. Kejayaan yang...

View full post »

MAKYUNG WARISAN MISTIK MALAYSIA

Selang beberapa minggu selepas pelancaran rasmi buku pertama mengenai Makyung di dunia dilancarkan di Kuala Lumpur, amba telah mendapat SMS daripada salah seorang sahabat amba mengenainya. Dalam SMS itu sahabat baik Amba menyatakan kekaguman beliau mengenai fakta-fakta yang dihimpunkan mengenai seni persembahan Makyung yang satu-satunya mendapat anugerah United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO)...

View full post »

PERTANDINGAN AKHIR DIKIR BARAT RTM 2010

29 November 2010 lalu memahatkan satu lagi sejarah dalam arena Dikir Barat Malaysia  yang mana pasukan 100% yang dihasilkan oleh penggiat-penggiat Dikir Barat Lembah Kelang berjaya mengungguli beberapa anugerah di peringkat akhir Pertandingan Dikir Barat RTM 2010. Setinggi syukur kerana sedikit sebanyak perjuangan yang dibawa oleh anak-anak muda yang berada di Lembah Kelang telah membuahkan...

View full post »

A SMILE..

View full post »

ANGIN BERDIKIR

Tidaklah terniat dalam artikel ini dan daripada amba sendiri untuk menghurai tafsirkan apa itu angin berdikir. Jangan pulak salah tafsir angin ini seperti tiupan angin sepoi sepoi bahasa atau angin ribut malapetaka. Angin yang amba maksudkan di sini adalah berkaitan “semangat”, “mood” dan  “will power“.. Begitulah sedikit sebanyak. Sekiranya amba berjumpa dengan definisi Angin yang...

View full post »