Form submitted successfully, thank you.

Error submitting form, please try again.

Tag Archives: persembahan

NILAI SENI

Selepas latihan bergendang di Rumah Pena semalam, amba bersama rakan-rakan seperti biasa akan mengambil sedikit masa untuk berhimpun sambil menikmati nasi lemak ayam rempah di belakang bangunan kelab belia. Sambil-sambil makan kami bertukar pandangan mengenai nilai seni dari sudut pandangan yang pelbagai. Kami menilai seni itu bukanlah suatu yang mudah diperoleh. Bukanlah mudah dijaga dan...

View full post »

INDUSTRI KARTUN SECARA RINGKAS

Hari ini di radio, semasa sedang dalam perjalanan ke pejabat, salah seorang daripada DJ radio tersebut menyatakan kekaguman mengenai usaha penghargaan Kerajaan Negara Jepun yang telah menubuhkan sebuah muzium buat satu karakter kartun bernama Doraemon. Doraemon adalah satu watak kartun yang telah diilhamkan oleh kartunis yang menggelarkan diri beliau Fujio.F.Fujiko (meninggal dunia pada tahun 1996)....

View full post »

DIKIR BARAT MUTAKHIR INI

Sebagai salah seorang peminat seni Dikir Barat, amba merasa amat gusar dengan perkembangan seni ini mutakhir ini. Bukan apa, penggiat dan aktivis seni ini semakin hari semakin pudar akibat dimamah hari. Tidak kurang juga dengan kelibat pemikiran-pemikiran baru oleh pihak yang sepatutnya bertanggung jawab menyemarakkan seni ini turut menyumbang kepada kemalapan seni ini. Kejayaan yang...

View full post »

DIKIR BARAT, TUKANG NYANYI, TEH SUSU, ROKOK ‘SIGERIT’ DAN ROTI CANAI

Selepas sesi latihan bersama ahli-ahli Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan (PESIBAN) semalam, amba terlajak ke kedai mamak di Seri Kembangan untuk menghilangkan kering tekak bersama Abe Ming Puchong. Belan-belan tu amba terlanjur bertanya kepada Abe Ming Puchong (Tukang Karut Dikir Barat Terbaik Kebangsaaan 2008) mengenai muzik dan nyanyian Dikir Barat. Pertanyaan amba menjurus kepada nyanyian serta...

View full post »

TRAVELOG SENI: MENGHADIRI FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE 23

Masa amba bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Negara kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei pada Oktober yang lalu, amba berkesempatan untuk meluaskan hubungan rakan sejawat yang bertugas di agensi-agensi yang bernaung di bawah Kementerian di mana Amba berkhidmat. Hubungan yang baik itu telah amba manfaatkan untuk memenuhi jemputan Puan Ruzita Alias, Pegawai Pemasaran FINAS...

View full post »

ANGIN BERDIKIR

Tidaklah terniat dalam artikel ini dan daripada amba sendiri untuk menghurai tafsirkan apa itu angin berdikir. Jangan pulak salah tafsir angin ini seperti tiupan angin sepoi sepoi bahasa atau angin ribut malapetaka. Angin yang amba maksudkan di sini adalah berkaitan “semangat”, “mood” dan  “will power“.. Begitulah sedikit sebanyak. Sekiranya amba berjumpa dengan definisi Angin yang...

View full post »

PEMILIHAN KATA DALAM LIRIK LAGU-LAGU DIKIR BARAT. SATU PEMERHATIAN

Satu, memerhati dengan perspektif atau kacamata yang lebih umum.. ada benarnya perkara sedemikian terjadi pada hari ini… mana-mana pencipta/penulis lirik dikir barat.. lebih gemar memilih perkara yang dekat serta berkaitan dengan hidup mereka.. kebanyakan penulis lirik akan menulis lirik untuk mereka nyanyikan sendiri kerana ia lebih kepada identiti kepada karya dan keunikan seseorang pendikir. Contohnya:...

View full post »

LATIHAN

Sempena bulan Ramadhan, latihan persembahan-persembahan tradisional yang amba sertai dihentikan buat sementara waktu. Demi menghormati bulan puasa. Tambahan pula kebanyakan ahli-ahli kumpulan sibuk dengan urusan masing-masing. Itu bermakna kalau nak berlatih jugak, maka kenalah berlatih sendiri di rumah. Tak banyak yang boleh dilakukan bila berseorangan. Kemahiran yang ada pula sedikit. Oleh itu, amba hanya mampu...

View full post »

VERSI PENCERITAAN DEWA PANAH DALAM WAYANG KULIT KELANTAN

Dalam Wayang Kulit Kelantan atau Wayang Siam, babak yang paling jarang dipersembahkan (atau mungkin tidak dipersembahkan lagi) adalah Babak Dalang Muda. Ini kerana,  pada masa kini, Wayang Kulit Kelantan tidak lagi dimainkan mengikut cerita pokok atau berdasarkan epik asal Hikayat Seri Rama. Selain itu faktor utama ia tidak dimainkan adalah kerana tidak ramai Dalang yang...

View full post »

TRAVELOG SENI: MANTRA BUANA 2

Pada hujung minggu yang lalu ambo telah diberi peluang bersama ahli-ahli Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan (PESIBAN) untuk menyertai satu festival  kesenian dan kebudayaan anjuran Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang iaitu Mantra Buana. Maksud Mantra buana ada dijelaskan oleh Guru hamba di blog beliau. Festival persembahan seni tradisi ini merupakan kali ke-2 diadakan di mana...

View full post »