Dian Nais » Makyung

MAKYUNG HAK ‘SEDAP’
Amba sebenarnya sangat berat hati untuk menulis pasal Makyung. Sebab pengetahuan Amba mengenai teater tradisional yang autentik ini adalah sangat terhad. Seingat Amba, Amba mula ‘berkenal besa’ dengan Makyung ini pada tahun akhir 2008. Amba tak pernah ‘main Mokyong’. Duduk dalam ‘panggung Mokyong’. Jauh sekali untuk berperan, kirat mahupun buat apa-apa yang besar dalam dunia ‘Makyung’.

Tapi amba suka perhati. Amba suka untuk nak cari maklumat mengenai Makyung. Nak tahu. Tak boleh ada kawasan persembahan Makyung yang dekat-dekat. Tak kira di mana. Dada amba akan mula mari berasa berdebar-debar. Terngiang-ngiang di dalam benak Amba akan gesekan rebab, tingkah paluan gendang ibu anak dan sekali sekala dengung tetawak menandakan pemasa dalam satu kitaran paluan sesebuah lagu Makyung berakhir atau tiba di ‘rumah’ untuk variasi paluan kembali diulang. Adanya interaksi antara kesemua yang terlibat. Mereka yang ‘faham’ Makyung akan mengesahkan pernyataan ini.

Amba boleh ‘ghoyak’ atau ‘ceritera bari’ lebih kurang mengenai asas Makyung. Reti beza antara Makyung atau Main peteri/teri. Walau instrumen yang digunakan dalam dua persembahan ini adalah sama. Bolehlah mengangguk faham bahawa ‘air rasa’ dalam iringan paluan serta melodi antara kedua-dua persembahan tersebut ada kelainannya. Keunikan dari segi tempo dan ‘Ghapok’ antara Makyung dan Main Teri. Boleh lah sikit-sikit.

Amba juga boleh senarai dan menggariskan tentang tempat atau khususnya sesuatu terminologi yang diguna dalam Makyung. Watak utama seperti Pakyung, Makyung, Peran (yang biasanya ada dua Peran Tua dan Peran Muda), pemuzik seperti pemain rebab, dan jong gendang. Jenis-jenis lagu asas yang dimainkan seperti lagu yung bertabuh, lagu san gendang, Sedayung Pakyung, Sedayung Makyung, Barat dan sebagainya. Itu yang amba boleh beritahu.

Cuma yang Amba tak boleh nak bagitahu ialah tentang bagaimana persembahan Makyung yang dikatakan ‘Sedap’. Sebab ‘sedap’ ini subjektif.

Ada yang kata:

“Mokyong hok sedak Mokyong hok banyak kelakar-kelakar…..” pun ‘sedap’ juga

Ada yang kata:

“Mokyong sedak gak.. kena hok menyanyi key rebab tinggi..” pun ‘sedap’ juga..

Ada yang kata:

“Mokyong sedak gak.. kena hok ‘Mmakai’ pak yung comel.. menari berlenggok comel..  tu baru sedak..”

Dan sebagainya..

Itu sebahagian kata-kata bagi mereka yang pernah menyaksikan teater Makyung ini.

Secara teori pula, amba berkesempatan menghadiri sebuah seminar mengenai Makyung di Bangkok, Thailand anjuran SEAMEO-SPAAFA pada suku ke-empat tahun 2011. Dalam pada bertanya-tanya. Seorang peminat dan pengkaji dari Singapura (namanya amba terlupa) menyatakan bahawa

“setiap perkara yang jatuh dalam bidang ‘tradisional’ akan mengalami ‘evolusi’. Oleh yang demikian, masalah memelihara keaslian adalah satu halangan..”

isu asli ini pun perlu dihurai dengan lebih lanjut…

Namun, Amba yang bukan ahli dalam bidang ini turut percaya bahawa adanya penjelasan logik dalam pernyataan beliau.

Amba ambil contoh Makyung yang dijalankan pada hari ini sudah begitu mengalami evolusi. Evolusi itu tidak dapat dipastikan adakah ia akan membawa erti ‘sedap’ atau sekadar ‘melepaskan batok ditangga’?

Dalam situasi lain pulak, amba ditanya secara berseloroh:

“Taksir tengok Mokyong ko…?”

Amba jawab..

“Kalu ada oghe Main Mokyong, Nak sangat lah.. Tapi amba nok tengok mokyong hok ‘Sedap’…”

“Mokyong lagu mana gak hok ‘sedap’…..”

Amba jawab..

“Mokyong hok ‘KKecek Kelate…”

“payah laa kalu nak cari hok lagu tu…”

“itulah hok sedak bagi amba..hahah”

Maknanya, selagi tak jupa pesen tu buat masa ini.. maknanya amba masih belum berjumpa, ‘Makyung Hak Sedak’ Belum lagi bercerita mengenai perkara-perkara lain..

NILAI SENI
Selepas latihan bergendang di Rumah Pena semalam, amba bersama rakan-rakan seperti biasa akan mengambil sedikit masa untuk berhimpun sambil menikmati nasi lemak ayam rempah di belakang bangunan kelab belia.

Sambil-sambil makan kami bertukar pandangan mengenai nilai seni dari sudut pandangan yang pelbagai.

Kami menilai seni itu bukanlah suatu yang mudah diperoleh. Bukanlah mudah dijaga dan bukanlah mudah untuk dipiawaikan. Seni sangat subjektif. Contohnya, seperti sebuah arca dalam seni tampak (bukan seni Visual, yang tak pandai bahasa sahaja panggil seni Visual) pada pandangan mata kasar orang yang buta seni ia mungkin persepsinya adalah sampah semata-mata. Tapi jika apresiasi mengenai yang tersirat difahami, ia boleh bernilai lebih daripada beribu-ribu malah jutaan ringgit. Itu  nilai subjektif seni.

Bagi aspek seni persembahan pula, atau lebih spesifik seni Wayang Kulit Kelantan dan Makyung, ditempat lahirnya ia sudah jauh dipinggirkan. Adalah segelintir golongan sahaja yang masih mengamalkan dalam ‘sulit’ dan bertukar-tukar kemahiran melalui kelompok yang amat kecil. Situasi yang sungguh uzur dan cahaya kegemilangannya semakin malap dan pudar dek arus globalisasi dunia.

Kami turut membincangkan mengenai kemalapan seni dan dalam pada waktu berbincang, masih ada lagi yang mengambil kesempatan ke atas kelompok kecil ini. Nilai seni di bawah dasar tradisional, apresiasi peruntukan dana pun masih dalam tahap papa. Mungkin bagus juga Akademi Seni Warisan dan Budaya Negara (ASWARA) diwujudkan sebagai satu institut pengajian tinggi (butik) khas untuk mendalami seni warisan tradisional. Hasratnya mungkin murni, tapi pelaksanaan hasrat itu masih lagi dalam keterbatasan. Batas dana dan batas pemikiran.

Batas pemikiran bermakna, tidak ramai yang jelas dengan visi dan misi serta hala tuju seni ini. Perbualan tidak formal dengan beberapa pelajar-pelajar institut itu turut menzahirkan nada hambar. Seolah-olah tiada percambahan seni dan institusi kreatif tidak boleh diaplikasikan. Ikutlah sahaja ke mana jatuhnya seni itu. Jika halanya ke lembah, maka semua akan ikut ke lembah. Jika di puncak menara gading, kita sama-samalah mendongak untuk menyanjung. Bukan disanjung. Entah apakah yang berada difikiran mereka. Mungkin ada perancangan yang hebat setelah mereka mendapat pengikitrafan yang dijanjikan kelak. Apa pun harapan mereka, Amba sentiasa impikan terbaik untuk mereka semua.

Selain itu, kami juga menzahirkan kebimbangan mengenai venue untuk bergiat. Kalau hari ini kami lega dan amat berterima kasih dengan izin serta ehsan oleh Rumah PENA untuk kami bertemu, berhimpun, berlatih dan bergiat. Namun demikian, sampai bilakah venue itu akan kekal? 1 tahun? 5 tahun? 10 tahun? 20 tahun? Tak siapa yang tahu. Contoh terdekat adalah ‘jiran sebelah’ iaitu rumah GAPENA yang akan dibangunkan satu lagi mercu tanda Kota raya Kuala Lumpur dalam masa terdekat.  Oleh itu, siapa berani jamin venue yang ditumpang kami akan kekal untuk berapa lama tempoh?

Resolusi perbincangan itu akhirnya disudahi dengan keluhan dan air wajah suram. Tafisran nilai tersemat di hati masing-masing. Amba kembali ke rumah PENA. Kami meneruskan urusan kami yang masih boleh diperjuangkan. Angnila, Anggada, Lela Bat, Sagariwa dan Sri Rama setia tunggu untuk ditebuk, diwarna dan dipelari, membongkarkan rahsia mimpi kayangan suralaya….

TRAVELOG SENI: BUKA PANGGUNG…
POSTER BUKA PANGGUNG

Pakat mari ramai-ramai..

masuk percuma..

foto ihsan: mafaka.org

MAKYUNG WARISAN MISTIK MALAYSIA
Selang beberapa minggu selepas pelancaran rasmi buku pertama mengenai Makyung di dunia dilancarkan di Kuala Lumpur, amba telah mendapat SMS daripada salah seorang sahabat amba mengenainya. Dalam SMS itu sahabat baik Amba menyatakan kekaguman beliau mengenai fakta-fakta yang dihimpunkan mengenai seni persembahan Makyung yang satu-satunya mendapat anugerah United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) pada tahun 2005.

Amba hanya tersenyum apabila sahabat baik Amba itu juga turut menganggap penulis buku itu merupakan orang Indonesia. (gamaknya nama Rahimidn Zahari dan Sutung Umar RS itu terlalu unik untuk orang Kelantan?) Oleh demikian, Amba ambil inisiatif memperbetulkan kekeliruan yang berlaku mengenai tempat asal kedua-dua penulis tersebut. Harapan amba, mereka berdua tidak ambil hati. Moralnya, persepsi “gajah di hadapan mata tidak nampak” adalah realiti. Itulah orang-orang kita.

Kulit Buku Makyung

Che Mat Jusoh membelek buku Makyung di Kinokuniya, KLCC

Perkara ini sebenarnya tidak perlu dihairankan kerana pengiktirafan yang sebegini besar hanya segelintir sahaja yang mengendahkannya. Rata-rata orang kita lebih senang mengikuti berita tentang kenaikan harga minyak, siapakah yang akan dianugerah dengan anugerah lebih tinggi? Malah siapakah artis tersohor daripada negara pro-Yahudi nak datang ke Malaysia membuat persembahan? Walau konteks disiplin berbeza, namun dari sudut orang-orang kita, itulah yang lebih gah dinikmati.

Bagi amba, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNM) telah memahat satu titik penting dalam sejarah seni Makyung kerana berani untuk memartabatkan seni ini ke satu aras yang tinggi dengan mendokumentasikan ia buat ulung kali di dunia ini. Melihatkan kepada harga yang ditawarkan bagi fakta yang ditonjolkan, amba merasakan ia masih tidak memadai dengan usaha yang telah dibuat. Dengan adanya buku ini, maka seni ini telah menjadi semakin bernilai menerusi tradisi ilmu yang selama ini hanya mampu dicatat di disertasi-disertasi sarjana-sarjana universiti sahaja.

Sebenarnya, usaha murni ini sepatutnya telah lama dilaksana oleh pihak yang hanya semata-mata berbangga akan label “pengiktirafan dunia”. Jika dibandingkan dengan negara-negara lain contohnya Jepun yang berbangga dengan teater tradisional Kabuki hingga ada satu institusi panggung Kabuki atau Kabuki-Za di Kyoto*, Indonesia dengan Wayang Kulit Purwa melalui Sekretariat Pewayangannya di Jakarta, Negara Thai dengan pelbagai seni persembahan seperti Khon dan Menora, negara ini  masih lagi mundur. Sepatutnya dengan pengiktirafan yang ada pelbagai lagi usaha yang patut dibuat untuk mengekalkan tradisi ini. Namun, berapa kerat sangatlah mereka yang ada bagi meneruskan wadah perjuangan ini…?

Buku Makyung Warisan Mistik Malaysia ini selain mengutarakan fakta-fakta yang terhimpun, secara tidak langsung memperbetulkan anggapan-anggapan yang tidak tepat melalui pemurnian penggunaan istilah dan fakta.  Pemurnian ini adalah sangat penting bagi mengelakkan generasi akan datang merosakkan keaslian dan pemahaman yang telah diwarisi turun temurun. Contoh yang paling kritikal adalah pengelasan watak Peran yang pada hari ini lebih dikenali sebagai pelawak (clown/jester) oleh para penonton yang sebenarnya mempunyai peranan yang lebih besar seperti sebagai pesuruh, penasihat, perunding dan pembantu peribadi kepada Raja dalam pelbagai hal. Pemurnian ini tidak boleh dipandang lekeh memandangkan ia dijelaskan oleh tokoh-tokoh Makyung yang masih ada. Tanpa pemurnian ini, mungkin pengetahuan orang ramai hanya akan kekal sebagai sedemikian sahaja.

dari Kanan: Kamrulbahri, Amba, Che Mat Jusoh, Rahimidin Zahari dan Sutung Umar RS di hari pelancaran buku Makyung di Kinokuniya KLCC, 19 Disember 2010. Kredit: Farhan Jufry

Banyak lagi penjelasan-penjelasan mengenai aspek-aspek yang penting yang terdapat dalam persembahan Makyung. Contohnya mengenai aspek Muzik, lakonan, peralatan muzik, busana, penceritaan, pengurusan, falsafah, etika, tokoh-tokoh yang ditonjolkan menerusi galeri-galeri yang klasik serta tiada nilaian pada hari ini. Semoga usaha ini tidak hanya diteruskan dan dipandang enteng oleh pihak yang berwajib baik Kerajaan, bukan Kerajaan mahupun swasta. Semoga ianya disokong dengan lebih mantap memandangkan pengiktirafan yang diberi, boleh juga ditarik balik, jika tiada usaha untuk mempertahan serta mengekalkan keaslian serta estetikanya.

Wallahua’lam

*Nota Kaki: Kabuki-Za, Kyoto sedang dinaik taraf oleh Kerajaan Jepun dan ditutup kepada orang ramai. Ia akan dibuka kembali pada tahun 2013. Sumber: Google.com

TENTANG MUZIK MAKYUNG..
Sehari dua ni dengan kesempatan cuti yang ada ni Amba ucap syukur kepada Allah taala kerana berkesempatan untuk kejar balik perkara-perkara yang Amba ketinggalan. Terlebih lagi dalam perkara-perkara yang melibatkan bentuk-bentuk kesenian tradisional yang berasal dari negeri kelahiran Amba. Belan-belan bertanya kepada Yana dan Farid di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), maka Amba berkesempatan bertemu mata dan bertanya khabar dengan pakar-pakar pergendangan Melayu dunia yang semakin hari semakin ditelan zaman. Kesempatan yang ada Amba cuit untuk ambil tahu dan bertanya mengenai bentuk pergendangan Melayu yang paling sukar untuk dikuasai iaitu pergendangan Makyung.

Sambil-sambil berbual bersama Ayah Li (Razli Ayub), Pok War (Anuar Ismail) dan Abe Ming Puchong mengenai pergendangan Makyung, Ayah Li berkata ada pemain-pemain gendang yang suka ‘menambah’ atau ‘mengurang’ paluan gendang yang asas (pokok) lagu Makyung. Apabila ditanya adakah sebab-sebab atau maksud-maksud tertentu akan penambahan atau pengurangan dibuat, tiada penjelasan diperolehi daripada mereka yang ditanya. Beliau juga turut menyebut bahawa pergendangan Makyung mempunyai tertib atau ‘tumakninah’ nya tersendiri. Tidak boleh sengaja dibuat-buat jika tiada keperluan. Hal ini kerana perkara yang dibuat-buat tanpa sebab musababnya akan menyebabkan ia menjadi satu amalan atau tabiat. Tabiat ini akan mencacatkan perjalanan sesebuah lagu Makyung yang bersifat spesifik turun-temurun sejak dari zaman dahulu lagi.

Pada pandangan Amba perkara sedemikian terjadi kerana latih tubi ensembel yang ada pada sesuatu masa tidak lengkap sepenuhnya. Maksud Amba pemuzik atau pemalu gendang akan memalu secara ‘kosong’ tanpa penyanyi dan melodi rebab. Jika ada pun mereka yang ingin berlatih/belajar, untuk menghimpunkan  satu kumpulan yang lengkap adalah sukar. Jika yang berlatih itu berada di kawasan ASWARA, maka kemungkinan ramai yang boleh menunjuk ajar serta melengkapkan perjalanan sebuah latihan. Tapi jika di luar masalah ini amat terasa lebih-lebih lagi tidak ramai yang mahir dalam satu kumpulan untuk memainkan sesuatu muzik Makyung.

Namun demikian, masalah ini masih belum kritikal. Hal ini kerana kemahiran seseorang pemuzik tradisional tidaklah tertumpu kepada satu instrumen semata-mata. Seorang pemuzik tradisi0nal biasanya mempunyai kemahiran terhadap lebih daripada satu instrumen. Contohnya dalam ensembel muzik tradisional Makyung, seorang pemain gendang  (ibu atau anak) mestilah mengetahui maksud setiap paluan gong yang juga berfungsi sebagai penanda masa bagi satu kitaran ritma/’beat’ (biasanya dalam kiraan 16 ‘beat’) dalam sesebuah lagu. Bermakna kemahiran memalu gendang juga mesti disertai dengan kemahiran memalu gong (anak/ibu) yakni dua instrumen yang berbeza bagi melancarkan perjalanan sebuah lagu.

Sebenarnya, struktur pelajaran muzik bentuk tradisional  telah begitu tersusun yang mana setiap instrumen mempunyai  perkaitan yang amat rapat antara  satu sama lain. Seseorang pemuzik yang ingin menguasai bentuk tradisional ini harus melalui proses untuk mengenal pasti kedudukan, tempo, perjalanan, susunan paluan dan ‘tanda masa’ bagi sesuatu lagu. Proses mengenal jenis-jenis lagu  serta bentuk paluan perlu diterangkan oleh mereka yang mahir. Bagi maksud mengenal tersebut hanya pengalaman sahaja yang membolehkan susunan bunga dan ranting paluan diletakkan ditempat-tempat tertentu untuk memantapkan lagi sesebuah ensembel.

Alhamdulillah, walaupun pertemuan bersama mereka adalah amat singkat, namun sedikit sebanyak terjawab jugalah beberapa persoalan mengenai muzik Makyung dan ada lagi beratus soalan yang belum selesai. Insya Allah selama masa yang ada, ada kesempatan Amba tanya..

Wallahu A’lam.

PELANCARAN BUKU MAKYUNG DI FRANKFURT, JERMAN
Pernah amba berbual-bual secara maya bersama rakan amba di laman jaringan sosial sama ada melalui twitter atau facebook mengenai kehadiran bulan Oktober yang dinantikan. Tak tahulah apa yang rakan amba nantikan.. tapi yang amba sangat nanti-nantikan adalah pelancaran buku makyung ini lah. Buat julung kalinya ia ditulis secara rasmi oleh sumber primer dan utama…. rasa amba, buku ini adalah buku yang pertama di dunia..

Berdasarkan kata-kata editornya usaha yang dijalankan untuk menghimpunkan bahan ini dan mengimpalkan ia menjadi sebuah buku memakan masa tidak kurang daripada dua tahun. Amba sungguh terharu kerana dikala zaman pasca ekonomi baru ini, masih ada insan-insan yang berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan kesinambungan dunia Makyung yang hampir dilupakan. Bukanlah kerana ia tidak menarik, tapi pada amba sendiri ia amat sukar untuk dipelajari dan hanya mereka yang benar-benar meminatinya sahaja yang mampu memahami bagaimana berdirinya Makyung itu.

Seharusnya sebagai seorang peminat Makyung merasa amat bangga kerana pengiktirafan terhadap seni ini dibuat sebegini dan ia tepat dengan keunikannya yang tiada tolok bandingnya di dunia. Oleh kerana itu ia telah dilancarkan di sebuah festival buku antarabangsa di Jerman. Secara peribadi amba mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan yang merealisasikan impian ini dan melakar satu lagi catatan sejarah terutamanya bagi seni persembahan yang menjadi khazanah warisan negara.

Ia mungkin akan dilancarkan sekali lagi di Malaysia pada Disember ini dan amba mengharapkan semua yang ada memberikan sokongan yang padu terhadap keilmuan dan usaha yang amat besar ini. Harga buku ini yang diletakkan RM159 senaskhah adalah murah jika dibandingkan kandungan yang berada di dalamnya yang tidak terperi nilainya. Insya Allah ia adalah satu pelaburan yang paling lumayan berbanding dengan pelaburan lain kerana ilmu yang terdapat di dalamnya tidak mampu dicapai oleh mana-mana sarjana hari ini.

Berikut adalah beberapa foto-foto yang telah di rakam oleh salah seorang peserta yang juga designer kepada buku ini dan yang menjadi kenalan amba di facebook iaitu Celia Alphonse:

Alhamdulillah syukur kepada Allah…

Credit to: Cecilia Alphonsus

Credit to: Cecilia Alphonsus

Credit to: Cecilia Alphonsus

Credit to: Cecilia Alphonsus

Credit to: Cecilia Alphonsus

ANGIN BERDIKIR
Tidaklah terniat dalam artikel ini dan daripada amba sendiri untuk menghurai tafsirkan apa itu angin berdikir. Jangan pulak salah tafsir angin ini seperti tiupan angin sepoi sepoi bahasa atau angin ribut malapetaka. Angin yang amba maksudkan di sini adalah berkaitan “semangat”, “mood” dan  “will power“.. Begitulah sedikit sebanyak. Sekiranya amba berjumpa dengan definisi Angin yang amba maksudkan ini akan amba kongsikan di sini. Insya Allah..

Namun demikian, mana yang ada angin ni akan pasti mengakui maksud angin bedikir ini.

Angin ini tidaklah datang sekali sekala. Arena Dikir Barat tempat amba berlatih adalah dalam kereta. Memandangkan perjalanan ke pejabat pergi balik memakan hampir satu (1) jam.. dan kadang-kadang lebih, di situlah tempat amba mengalunkan suara sambil memainkan MP3 lagu-lagu dikir barat Asli koleksi peribadi atau yang dipinjam daripada rakan-rakan. Tapi setara mana sangatlah jika dibandingkan dengan paluan rebana dikir barat yang original dan secara langsung? Sesungguhnya kepuasannya berbeza.

Angin seorang pendikir berbeza dengan angin orang yang mendengar dikir barat. Bagi ambo pendikir barat, selain daripada kepuasan mempersembahkan lagu/nyanyian dengan baik (tidak sumbang/”letang” rebana) adalah kepuasan kepada diri pendikir itu. Dengan kata lain kalu tak kena angin atau tidak turut angin maka kemungkinan akan makan diri.

Saudara Halim Yazid dalam lirik lagu beliau bertajuk Angin merujuk kepada bahana yang dimaksudkan di atas seperti berikut:

Punoh tuboh rusak habih jiwa

Hok gemuk jadi kuruh kering

tokleh nok wat khijo gapo sekaro

Perkara/bahana yang ambo maksudkan itu kena ke ambo sediri… keadaan ini lebih lazim dikenali dengan ‘ssumbat angin‘ (Angin tersumbat). Yakni, keadaan yang sama seperti kenderaan bermotor tidak dilaraskan suntikan ‘angin’ dan petrol ke dalam enjin. Pembakaran tidak akan menjadi sempurna, lebih karbon akan berhimpun pada omboh dan akhirnya merosakkan enjin.

Proses melayan angin ini tidak begitu susah bagi amba. Proses ini dipanggil “isih”. Mengisih angin ni penting untuk mengekalkan kewarasan akal fikiran dan kerasional bertindak. Seperti kata pepatah Ikut rasa binasa, ikut hati mati…begitulah juga hubung kait ambo dengan “isih angin” ini.

Bagi amba, cukuplah sekadar dengan mendengar rentak-rentak paluan rebana, gendang dan gong (yang betul) sekali-sekala, maka amba akan jadi “molek semula” atau normal kembali. Namun demikian,  jikalau nak lebih puas kena nyanyi lagu lama-lama contohnya lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Mat Yeh (Pendikir tahun 70-80an) dengan tukang rebana yang mahir… (jong bbano tok mahir nyo palu ikut de.. tempo lari .. tak sedak nok melenggok lagu.. punah jahanam jugak..) . Seringkali orang-orang lama mengatakan kepada amba..

“angin ni kena isih mmolek.. kalu tak molek dia akan jadi penyebab penyakit dale tubuh.. “

Biarlah kolot, jumud dan konservatif, amba tetap percaya! Sebab yang kena tu amba sediri..

Bila sebut penyakit, maka kita tidak dapat lari daripada simptom-simptom yang ada. Antaranya, cepat marah, mudah terasa, hilang mood dan keceriaan, lebih cenderung kepada mendapat demam atau selsema, tempoh masa fokus terhadap sesuatu perkara menjadi singkat dan lebih teruk menyebabkan berlaku kemurungan..

Seseorang yang cepat kena penyakit angin atau kurang kemahiran “isih angin” lebih lazim digelar “Angin Tohor.” Namun tak ramai yang mengakui “tohornya” angin dalam dirinya kerana sifat ego dalam seseorang itu. Tetapi mereka yang berpengalaman dan lebih mahir akan mengenal pasti dengan mudah sama ada “tohor” atau tidak angin seseorang itu dan pada sesetengah orang, gelaran “angin Tohor” itu adalah agak sensitif walaupun hakikatnya sedemikian.

Wallahu a’lam

Di sini amba nak ambik kesempatan untuk berkongsi sebuah karya lirik oleh Saudara Halim Yazid lagunya yang bertajuk Angin buat renungan bersama….

Angin – Halim Yazid

Bade kurus kering

Sebule doh setok angin

Dok depe tengoh serambi

mano wei gende nok main teghi

Angin mokyong menogho

musing naik ko palo

pulut kuning nga bunga telor

bangun nok nyayin tabib nok lupo

Ribut maghi saloh musing

Hujan turun salah ketiko

Nok tohok bui koghe lain

Ingak pesan ayoh sako bondo

Nik tanggung la soghe dighi

Teluk Lesung tanoh negri

Sejuk kaki tange

Sebak didale dado

Duduk nok mitok sene

Sene lah soghe sene lah seghemo

Raja didale stano

Balae di rembak bala

Khijo biar sempuno

Tido lah male jange mengiga

Selekan lah nik selekan jaga

Toksoh ghalit duduk laung lamo

Balik asal sedio kalo

Pulang pulih adat seghupo mulo

To tabik pun ado cede

Nasik kunyit aye pange

Angin nyo manusio

Jadinyo tok seghupo

Ado angin besari bahalo

Ado pulok angin kecik dewo mudo

Angin ditengoh laut

Jange sapo nok sekat

Itu angin kepala ribut

Angin lah kudo duduk beghama

Tokleh tughut sangat angin

Punoh tuboh rusak habih jiwa

Hok gemuk jadi kuruh kering

tokleh nok wat khijo gapo sekaro

Maghi kito pakat la tukar

Angin sako tohok lebar

Tughut la angin baru

Angin semangat nok maju

Arghini lah kito melayu

Di tali angin keno besatu

Samo kito wat khijo

Rebut pluang hok ado

Kayo wi samo ghato

Sene lah soghe

Sene seghemo

LATIHAN
Sempena bulan Ramadhan, latihan persembahan-persembahan tradisional yang amba sertai dihentikan buat sementara waktu. Demi menghormati bulan puasa. Tambahan pula kebanyakan ahli-ahli kumpulan sibuk dengan urusan masing-masing.

Itu bermakna kalau nak berlatih jugak, maka kenalah berlatih sendiri di rumah. Tak banyak yang boleh dilakukan bila berseorangan. Kemahiran yang ada pula sedikit. Oleh itu, amba hanya mampu melihat kembali catatan-catatan terdahulu yang boleh membantu amba memahami dengan lebih lanjut bidang persembahan tradisional. Menerusi rakaman-rakaman yang ada sama ada daripada perbualan, koleksi buku-buku mengenai persembahan tradisional, himpunan lagu-lagu dan koleksi peribadi sedikit sebanyak mengubati rindu amba kepada permainan sama ada Makyung, Wayang Kulit dan Dikir Barat. Selain itu artikel-artikel yang diterbitkan sama ada dalam majalah, surat khabar mahupun blog menjadi sumber rujukan untuk amba tahu dengan lebih lanjut.

Insya Allah,  lepas raya sambunglah berlatih balik. Bukan apa, amba ni…jika benda yang baru dipelajari kalau tak berlatih.. lama-lama jadi tak ingat.

THE THIN LINE BETWEEN TRADITIONAL, CREATIVITY AND MANNERISM
The traditional Malay performing arts fascinates me a lot because it exhibits the diverse cultural heritage of my origins. It does not only  reflects the grandeur of the old court life and the rustic nature of proletariat but also served as a vehicle for transmission of norms and values. It is also an intermediary between real and the nether worlds. Nowadays, not much of  younger generations become attracted to the art because of the latest advent of technologies. There are subtle needed impetus to reawaken the interest towards the Traditional malay performing arts. Some of the traditional performances actually have been neglected. Few have succumbed to the death bed and died naturally. Others only remains survived as an intellectual interest of academia and commercial needs of the tourist industry.

The germ of the art does not only emphasize on the entertainment value or to the matter of placating the spirits. Profoundly, a distinction between the disciples of the traditional performances and the modern forms of act is the microcosm world of manners. The cosmology of  it does not means one to avoid the professionality tenet which forbade the realistic representation of the creativity figures. I mean, the presence of  humility, modesty and obedience are the elements added together alongside the authentic foothold which proved that its legacy holds intact until today.

In my line of duty, not many new generations of creative folks adapt to this. They would rather face and use any platforms, interface to blurt hostility, defiance or feuding factions.  In order to be heard or acknowledged, one presence in the surface slur the feeling of abhorrence towards those which are around. I experienced that myself.

The traditional Malay performances were brought along with the assimilated elements of numerous parallels. Be it at the level of communities or at the behest of deities and kingship. The influence and concept  of its divine status in the Malay community reflected inside the traditional performances. For instance, the ‘Makyung’ or ‘Wayang Kulit’ chronicles depict the existence of proletariat and ruling class, which appeal (automatically) for respect and adoration.

Contrasting to the practices of the traditional performers, the hierarchy of creativity nowadays almost allow everything in the context of manners to be thrown away. The esteemed  facade of humility seems to be collapsing rapidly to this secular function of entertainment. I encountered some so-called “creative” folks that arrogantly trying to be heard in a closed platform between the demarcated line of duty and interest. The conflict of interest are portrayed more than its original purpose in which to look for solutions. The earlier mansion grows and the interface goes as if the purpose is to bicker. Most of us shrugged our shoulders, looked at each other and finally leave the premise as a protest.

I must say and strongly believe that the necessity of procuring the correct approach is no longer a theory. Authorized party needs to react and  profoundly execute. To be a developed nation, the creative industry should no longer neglect to this values. It is going to be useless if the authority spend millions and hundred millions in forms of anything, be it grants or loans to sponsor the interests of such ill-mannered people and claim that they have fulfill the needs of the commercial industry. Kindly revive the industry of mannerism. Then we will see some changes. I personally believe so.