Dian Nais » fikiran

BELAJARLAH BERDIKIR…(BARAT)
Semalam amba berkesempatan mengunjungi Hari Kraf Kebangsaan 2012 yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Banyak barang-barang kraftangan yang dipamer serta dijual dari sekecil-kecil rantai kunci hinggalah ke perabot-perabot  dari segenap ceruk negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Dalam pada kesempatan itu, perhatian amba tertarik apabila Emcee pameran mengumumkan bahawa satu pasukan dikir barat daripada Institut Kraf Negara akan membuat persembahan. Dek kerana minat, amba singgah untuk melihat tahap persembahan tersebut.

Bagi amba, berada di kalangan penonton dan menonton persembahan dikir barat menjadikan diri amba seorang ‘hakim’ untuk memerhati apakah perkara-perkara yang boleh dijadikan tauladan dan apakah perkara yang boleh dijadikan sempadan.

Persembahan Dikir Barat - Gambar Hiasan

Emcee pada ketika itu cuba untuk menceriakan keadaan dengan menemuramah ahli-ahli pasukan waima para pemuzik. Antara soalan yang ditanya adalah mengenai instrumen yang digunakan dalam persembahan. Amba menggeleng kepala apabila penamaan instrumen salah. Contohnya Marakas disebut ‘buoh kerecheng’ dan Rebana ibu digelar ‘Gendang ibu’.

Bagi seorang peminat dan penggiat seni budaya negeri Kelantan, perkara-perkara sebegini adalah tidak patut. Sepatutnya sebuah pasukan dikir barat yang didokongi oleh penggiat-penggiat seni budaya Kelantan mestilah belajar dengan pihak-pihak yang lebih tahu. Sumber bukan sahaja melalui pembelajaran formal atau semata-semata di kelas dan berbayar. Namun banyak sumber-sumber alternatif seperti bahan-bahan bertulis yang dikeluarkan contohnya oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Jabatan Warisan Negara (JWN) serta Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (ASWARA).

Pada persembahan Dikir Barat kali ini nampak begitu senang dan mudah. Pada pandangan orang biasa, hanya perlu bersila dan melaung-laung serta mengulang-ulang satu lirik. Bilang sahaja sepuluh kali dengan kuat, anggap sahaja selesai bertabuh. Mungkin lagak gaya lucu serta mimik muka seorang dua Pendikir bisa mencuit hati para penonton. Tapi begitu sahajalah.

Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang perlu diambil tahu dalam Dikir Barat. Bagi amba yang lebih penting adalah kepaduan suara Tok Jogho digandingkan dengan kesatuan nada suara awak-awak diiringi dengan paluan rebana yang tepat adalah lebih penting. Selain itu, amba mencari kelainan dalam seni persembahan Dikir Barat melalui teknik-teknik karut yang lebih luas konteks persembahan. Termasuklah Karut Yengki, Karut Patani dan Karut Kelantan. Termasuklah Lagu Matang dan disudahi dengan lagu penutup irama wau bulan. Itu yang amba cari.

Semoga jatidiri seni ini akan sentiasa berkembang dan dipelihara oleh mereka-mereka yang berada di lembayung seni warisan ini, demi untuk generasi masa akan datang.

BERSYUKUR
Tiba-tiba terpanggil hati ini untuk membuat sedikit catatan mengenai kesyukuran. Catatan ini sekadar catatan atau log peribadi. Tiada niat untuk menjadi mufti, lebai, imam, ustaz yang berleluasa di dunia maya hari ini, mahupun menjadi ulamak muktabar. Bukan sedemikian.

Amba masih ingat pengalaman mula-mula menjejak dunia kosmopolitan untuk mencari rezeki.

Amba menghela nafas dan terus berdoa di dalam hati untuk memohon ampun kerana mungkin amba begitu jarang dan alpa untuk mengucapkan syukur kepada Allah taala. Dalam pada itu terkadang mungkin wujudnya riak dan merasa takjub kepada diri sendiri tanpa sedar, atas rezeki yang telah diberikan.

Bertitik tolak daripada dilantik sebagai pekerja kontrak untuk menukar selak dan  kunci pintu di Desasiswa Aman Damai, USM, Pulau Pinang, kemudian bekerja di dapur hospital pulau pinang, dapur-dapur hotel sekitar utara semenanjung Malaysia, tak dapat amba nafikan bahawa pejabat amba hari ini ada ‘air cond’.

Dahulunya amba terpaksa bangkit setiap hari mulai jam 3.30 pagi, sekali sekala, menyorong motorsikal buruk di batu uban ke georgetown kerana tiada wang untuk mengisi petrol. Jauh sekali jika nak dibandingkan dengan persekitaran dan pemandangan pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutauan pada hari ini.

Amba susul pula dengan beristighfar beberapa kali dan sempat mengimbas kembali maki hamun, penat jerih, cerca cela, cemuh nista dan perkara-perkara yang telah berlaku termasuk dizalimi oleh majikan-majikan terdahulu. Pada masa itu, amba hanya mampu pujuk diri sendiri bahawa laut tidak selalu bergelora. Hanya kesabaran yang menjadi kemudi untuk meneruskan pelayaran hidup ini.

Namun, itulah perbandingan dulu dan hari ini.

Hari ini amba tersenyum sahaja bila mana terpandang, terbaca ‘isi hati’, ‘luahan rasa’, dan ‘kegusaran’ mereka yang amba kenal, akan siapakah yang akan menggantikan siapa hari ini.  Di situ amba sedar seolah-olah dah nampak, adanya sifat berlumba-lumba dalam mengejar status. Siapakah yang akan jadi terhebat dan terbaik.

Bagi diri amba, amba tidak kisah tentang siapa yang terhebat dan terbaik. Kerana ia adalah satu ‘pilihan’ bukanlah ‘kewajipan’. Sudah ada jalan dan ketetapan yang ditentukan. Cukuplah sekadar amba mampu menyara diri dan keluarga, ada simpanan (bekalan) dan selebihnya boleh menyumbang kepada mereka yang  memerlukan. Insya Allah.

Dari itu, amba berdoa untuk  terus dikekalkan dalam kalangan orang-orang yang tidak merasa tercabar dan pelik dengan pangkat yang tinggi, kuasa yang besar serta pendapatan yang besar.

Akhir kata, amba mohon untuk berusaha menjadi orang yang lebih bersyukur dan untuk terus bekerja tanpa putus asa. Lebih baik menjadi biasa dan tidak hebat, berbanding kaya, hebat tetapi tidak bersyukur.

Wallahua’lam.

2012
Tahun baru. Tipikal bila amba kata amba pun nak ada azam baru. Cita-cita baru. Sasaran baru.

Jalan yang amba pilih pada tahun ini akan bernafas baru. Lorongan cita-cita amba untuk lebih mendalami ilmu-ilmu Allah yang ada di muka bumi ini. Ikhlas amba katakan, amba akan cuba kutip sama ada secara formal atau tidak formal. Semoga pengalaman lalu dan akan datang akan menjadikan amba orang yang lebih sabar dan lebih tabah untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Sekiranya sedikit amba akan jinjing dan sekiranya banyak mungkin boleh dikongsi. Jika mampu menolong, amba akan menolong, jika kurang mampu, amba akan selusuri tebing bantuan.

Semoga Allah akan berikan amba kekuatan dan ketabahan untuk bersama-sama dalam meningkatkan martabat kehidupan.

Insya Allah.

KAMERA PALING BAGUS!
Sudah lama saya letak kamera saya kat dalam almari sahaja… saya makin hari makin tidak minat untuk menggalas peralatan kamera yang berat dan mudah rosak. Tetapi ia tidak bermakna saya sudah melupakan hobi saya terhadap fotografi. Teknologi pada hari ini telah membolehkan saya merakamkan saat saat berharga semasa saya menjalankan tugas rasmi di luar negara.

Kebetulan pada masa itu instrumen terbaik yang saya miliki adalah kamera telefon sahaja. Oleh yang demikian, saya manfaatkan apa sahaja yang saya ada untuk saya rakamkan saat itu.. Mungkin hari ini saya berpeluang untuk berada di tempat-tempat tersebut. Mungkin satu hari nanti saya tidak lagi berpeluang untuk ke tempat itu. Apa yang berlaku pada masa hadapan bukanlah suatu yang hakiki yang saya boleh jamin ianya akan saya alami lagi.

Hal ini menjelaskan segalanya persoalan yang sentiasa timbul di benak saya iaitu mengenai apakah instrumen kamera yang terbaik yang perlu saya miliki untuk saya rakamkan saat berharga itu. Pernah juga saya ajukan ia kepada rakan-rakan saya. Mereka yang ekstrim akan nyatakan kecenderungan untuk saya memiliki kamera berjenama yang jauh lebih daripada lingkungan kemampuan saya. Tetapi yang paling ahli dan paling mahir menyatakan “apa yang saya ada pada masa itu!”  Ia jawapan terbaik kepada persoalan yang diajukan.

Sebenarnya apa yang saya peroleh daripada pengalaman ini adalah merupakan penyelesaian kepada konflik antara kehendak dan keperluan. Ikut keperluan, memadai saya menggunakan apa yang ada sahaja. Ikut keperluan saya mengidamkan untuk menggalas kamera berjenama Nikon model D3X dengan Lensa-lensa litupan Nano berkeupayaan bukaan apertur dua titik lapan serta genggaman bateri tambahan yang mungkin menyebabkan saya perlu melabur sekurang-kurangnya dua puluh ribu ringgit!! Mustahil pada masa ini saya milikinya melainkan saya guna jalan tidak halal! hahaha

Foto-foto berikutnya adalah yang saya rakamkan dengan menggunakan kamera telefon bimbit saya sahaja..   . Ia adalah rakaman semasa saya dibawa melawat ke dua kuil terkemuka di Yogyakarta, Indonesia. Prambanan dan Borobudur..

Wallahua’lam

INDUSTRI KARTUN SECARA RINGKAS
Hari ini di radio, semasa sedang dalam perjalanan ke pejabat, salah seorang daripada DJ radio tersebut menyatakan kekaguman mengenai usaha penghargaan Kerajaan Negara Jepun yang telah menubuhkan sebuah muzium buat satu karakter kartun bernama Doraemon.

Doraemon adalah satu watak kartun yang telah diilhamkan oleh kartunis yang menggelarkan diri beliau Fujio.F.Fujiko (meninggal dunia pada tahun 1996). Doraemon digambarkan sebagai seekor robot kucing yang berwarna biru, mempunyai sifat yang suka membantu dan memiliki kepakaran dalam menghasil serta menggunakan instrumen-instrumen futuristik, semata-mata untuk membantu menaik taraf kehidupan moyang tuannya (nobita) yang sering menjadi mangsa buli, teman sebaya (yang kuat, giant dan sunyo, kaya).

Sejarah watak ini bermula sejak tahun 1969 di Jepun, dengan lebih 1,300 cerita sama ada berbentuk animasi atau lukisan. Watak itu telah menjadi ikon kepada dunia kartun yang kemudiannya diabadikan peringatannya kepada sebuah muzium di pinggiran bandaraya Tokyo, negara Jepun. Ia telah diterjemahkan kepada 30 bahasa dan masih popular kepada pelbagai bangsa.

Episod-episod Doraemon turut menyebarkan pelbagai nilai murni termasuklah integriti, kasih sayang, percintaan, persahabatan, nilai kekeluargaan, menghormati orang tua dan banyak lagi. Ilham-ilham Fujio.F.Fujiko menyebarkan nilai-nilai tersebut sangat mengkagumkan di mana ia dibuat dalam bentuk bersahaja, komedi dan mengoptimumkan penggunaan logik dan daya fikir yang amat tinggi tetapi mudah untuk difahami.

Sebenarnya, selain daripada watak Doraemon banyak lagi watak-watak kartun yang telah menerima pengiktirafan sebegitu daripada kerajaan Jepun untuk diabadikan secara zahir di kawasan-kawasan terpilih. Contohnya karya Great Detective Conan oleh Gosho Aoyama, Dragonball karya Akira Toriyama dan pada masa kini karya popular “Tite” Kubo “Bleach” serta “One Piece” oleh Eichihiro Oda turut menjadi kegilaan di seluruh dunia hinggakan peminat-peminat fanatik manga menggelarkan diri mereka sebagai “Otaku” (terma Jepun terhadap golongan fanatik terhadap manga, anime dan permainan video).

Dari sudut ekonomi, industri kartun, manga dan anime di Jepun merupakan industri yang memiliki pasaran mencecah lebih daripada 20 Bilion Yen. Ia memberikan kesan yang amat baik kepada Jepun dari segi penyediaan peluang pekerjaan (animator, pelukis, suara, penyunting, penulis skrip, pemuzik dan sebagainya), penjenamaan (barang-barang cenderahati, hak cipta), royalti, hak harta intelek, penajaan, pengiklanan, runcitan dan sebagainya.

Di Malaysia, pada ketika ini industri ini masih berada di tahap perintis. Hanya terdapat beberapa syarikat sahaja yang berjaya bertapak pada masa ini dan masih dalam percubaan untuk ke tahap lebih tinggi. Syarikat-syarikat penerbitan seperti Les Copaque yang menerbitkan animasi Upin Ipin dan Animosha Studios (BoboiBoy) hanyalah yang boleh disebutkan oleh saya buat masa ini.

Industri ini walaupun mempunyai potensi untuk memberikan pulangan yang lumayan berbanding industri lain, mempunyai faktor halangan tersendiri. Faktor-faktor halangan termasuklah kekurangan modal insan, halangan modal, kos penerbitan yang tinggi, kekurangan kepakaran kepada teknologi terkini serta saingan daripada penerbitan-penerbitan luar negara seperti Jepun, Korea, China, Amerika, Australia dan Britain.

Walaupun demikian, usaha-usaha bagi mengangkat industri ini sedang giat dijalankan oleh Kerajaan melalui Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDec), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Usaha-usaha seranta harus lebih giat diperkasakan demi mencapai matlamat iaitu industri ini berada dalam kedudukan selesa di peringkat nasional, serantau dan seterusnya lebih jauh seiring dengan dengan negara-negara yang lebih maju seperti Jepun, Korea, China dan Amerika Syarikat.

TRAVELOG SENI: MENGIRINGI PERSEMBAHAN TEATER
Pada 19 Mac 2011, ahli-ahli Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan (PESIBAN) telah dijemput untuk bermain muzik mengiringi sebuah persembahan teater “Jebat Derhaka, Tuah Belot” bertempat di Taman Budaya Kuala Lumpur. Persembahan yang berlangsung selama lebih kurang 1 jam setengah dihadiri oleh ramai penonton yang tersohor dalam arena seni persembahan tanah air seperti YBhg Dato’ Prof. Dr. Hashim Yaacob, bekas Naib Canselor Universiti Malaya artis-artis veteran seperti Hail Amir dan Uji Rashid. Dalam pada kesempatan itu amba berpeluang merekodkan beberapa foto bersama ahli-ahli PESIBAN pada malam itu buat kenang-kenangan. Alhamdulillah, pasukan pemuzik PESIBAN telah berjaya membantu produksi teater tersebut.

Dari Kiri: Suhaimi (Ming Puchong), Farid, Asrulfaizal, Amba

Ketika mengadakan Persembahan

Bersama Hail Amir..

Bersama ahli produksi Teater "Hang Tuah.."

Posing ketika mengadakan persembahan.

DIKIR BARAT MUTAKHIR INI
Sebagai salah seorang peminat seni Dikir Barat, amba merasa amat gusar dengan perkembangan seni ini mutakhir ini. Bukan apa, penggiat dan aktivis seni ini semakin hari semakin pudar akibat dimamah hari. Tidak kurang juga dengan kelibat pemikiran-pemikiran baru oleh pihak yang sepatutnya bertanggung jawab menyemarakkan seni ini turut menyumbang kepada kemalapan seni ini.

Kejayaan yang dikecapi oleh pasukan Dikir Barat yang disatukan di bawah payung hutan batu bandaraya Kuala Lumpur ini seharusnya dijadikan iktibar kepada semua pihak bahawa arus pembudayaan seni tradisional tersebut telah bertukar arah. Selaras dengan menjadikan bandaraya Kuala Lumpur ini sebagai suatu hab kebudayaan dan pelancongan seeloknya diperuntukkan walau secebis ihsan daripada pihak berkuasa untuk memelihara seni yang semakin pudar.

Daripada perbualan dan temuramah bersama aktivis-aktivis yang berada di Lembah Kelang pada hari ini, seolah lenguh lumpuh bertimpuh bersila, bertepuk, melaung kerana berkarya masih dipandang sinis dan dianggap seperti mimpi siang yang tiada henti.  Memandangkan paradigma ini masih belum beranjak, di samping tiada sebarang entiti yang melindungi para aktivis ini, maka mereka hanya mampu menggetap bibir dan memendam rasa, terluka dek sinis tersebut.

Perkara ini terjadi akibat salah persepsi daripada pihak-pihak tertentu:

a) Dikir Barat Untuk ‘Puak Kelantan’ sahaja.

Masih lagi terdapat sentimen ini di tempat sendiri. Benarlah seni ini berasal dari Kelantan, namun demikian jika diperhati, ia sebenarnya satu seni global kerana telah merentas sempadan. Jika kita mencari “Dikir Barat” di internet, kita akan berjumpa dengan persembahan-persembahan di ASEAN seperti Singapura, Negara Thai dan Brunei Darussalam. Kemudian ada beberapa klip video menonjolkan persembahan Dikir Barat di Warwick, United Kingdom serta Jepun.. dan bukti rasmi adalah klip video jemputan oleh Kerajaan Korea terhadap pendikir Saudara Halim Yazid di sana.. Walaupun strukturnya adalah tidak sama namun ia masih lagi dipanggil dan dikenali secara umum sebagai “Dikir Barat”.

b) Dikir Barat untuk Orang-Orang Dewasa Sahaja..

Dakwaan ini salah semata-mata. Dikir Barat adalah untuk semua peringkat.. tanpa mengira had umur, jantina, kaum, bangsa, agama dan merupakan satu instrumen yang tidak berasaskan etnik semata mata. Bukti formal adalah menerusi pertandingan Dikir Barat yang diadakan di pelbagai peringkat seperti peringkat sekolah rendah, peringkat sekolah menengah, remaja, IPTA/S, Politeknik-politeknik dan juga terbuka.

c) Dikir Barat merupakan Agenda Tersembunyi Parti-Parti Politik

Ini merupakan salah satu faktor utama mengapa seni ini semakin pudar. Ada setengah pihak menggunakan seni ini untuk kepentingan parti-parti politik dengan honorarium yang minima. Para aktivis yang tidak menyahut seruan ini akan menjadi serba salah kerana itulah platform untuk berkarya. Namun pihak-pihak lain yang menolak untuk menyertai cabaran ini akan mula disisih, dipinggir akhirnya padam meninggalkan nama semata-mata.

d) Kurangnya Kualiti Persembahan

Seperti mana seni persembahan yang lain. Kualiti adalah faktor yang terpenting dalam menghidangkan menu hiburan yang pelbagai. Secara tidak langsung, Dikir Barat bersaing dengan seni persembahan yang lain sama ada tradisional mahupun moden. Kualiti yang dimaksudkan termasuklah pemasaan, elemen persembahan, busana dan sebagainya. Jika sesuatu persembahan hambar, tidak bermaya, dan dibuat secara acuh tak acuh. Maka ia tidak akan lagi menjadi pilihan utama sebagai hiburan kepada penonton.  Begitulah ringkasnya.

Sebenarnya banyak lagi faktor yang boleh dimuatkan. Tetapi memadai empat faktor utama yang dapat amba perhatikan menjadi suatu pelantar persepsi dan yang timbul dibenak fikiran mereka yang tidak memahami erti sebenar Dikir Barat.. Oleh kerana itu, seni ini seolah-olah seperti suatu pertandingan tarik tali yang mana ada pihak nak memadamkan seni ini .. ada pihak pula yang cuba mengangkat martabat seni ini ke suatu tingkatan yang lebih tinggi.

Harapan amba adalah supaya seni Dikir Barat ini terus subur walau kerana persepsi-persepsi ini mengekang ianya dari terus maju, demi meneruskan warisan seni budaya turun temurun dari generasi terdahulu.

Wallahu a’lam.

p/s: taklih nak kata apa

MAKYUNG WARISAN MISTIK MALAYSIA
Selang beberapa minggu selepas pelancaran rasmi buku pertama mengenai Makyung di dunia dilancarkan di Kuala Lumpur, amba telah mendapat SMS daripada salah seorang sahabat amba mengenainya. Dalam SMS itu sahabat baik Amba menyatakan kekaguman beliau mengenai fakta-fakta yang dihimpunkan mengenai seni persembahan Makyung yang satu-satunya mendapat anugerah United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) pada tahun 2005.

Amba hanya tersenyum apabila sahabat baik Amba itu juga turut menganggap penulis buku itu merupakan orang Indonesia. (gamaknya nama Rahimidn Zahari dan Sutung Umar RS itu terlalu unik untuk orang Kelantan?) Oleh demikian, Amba ambil inisiatif memperbetulkan kekeliruan yang berlaku mengenai tempat asal kedua-dua penulis tersebut. Harapan amba, mereka berdua tidak ambil hati. Moralnya, persepsi “gajah di hadapan mata tidak nampak” adalah realiti. Itulah orang-orang kita.

Kulit Buku Makyung

Che Mat Jusoh membelek buku Makyung di Kinokuniya, KLCC

Perkara ini sebenarnya tidak perlu dihairankan kerana pengiktirafan yang sebegini besar hanya segelintir sahaja yang mengendahkannya. Rata-rata orang kita lebih senang mengikuti berita tentang kenaikan harga minyak, siapakah yang akan dianugerah dengan anugerah lebih tinggi? Malah siapakah artis tersohor daripada negara pro-Yahudi nak datang ke Malaysia membuat persembahan? Walau konteks disiplin berbeza, namun dari sudut orang-orang kita, itulah yang lebih gah dinikmati.

Bagi amba, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNM) telah memahat satu titik penting dalam sejarah seni Makyung kerana berani untuk memartabatkan seni ini ke satu aras yang tinggi dengan mendokumentasikan ia buat ulung kali di dunia ini. Melihatkan kepada harga yang ditawarkan bagi fakta yang ditonjolkan, amba merasakan ia masih tidak memadai dengan usaha yang telah dibuat. Dengan adanya buku ini, maka seni ini telah menjadi semakin bernilai menerusi tradisi ilmu yang selama ini hanya mampu dicatat di disertasi-disertasi sarjana-sarjana universiti sahaja.

Sebenarnya, usaha murni ini sepatutnya telah lama dilaksana oleh pihak yang hanya semata-mata berbangga akan label “pengiktirafan dunia”. Jika dibandingkan dengan negara-negara lain contohnya Jepun yang berbangga dengan teater tradisional Kabuki hingga ada satu institusi panggung Kabuki atau Kabuki-Za di Kyoto*, Indonesia dengan Wayang Kulit Purwa melalui Sekretariat Pewayangannya di Jakarta, Negara Thai dengan pelbagai seni persembahan seperti Khon dan Menora, negara ini  masih lagi mundur. Sepatutnya dengan pengiktirafan yang ada pelbagai lagi usaha yang patut dibuat untuk mengekalkan tradisi ini. Namun, berapa kerat sangatlah mereka yang ada bagi meneruskan wadah perjuangan ini…?

Buku Makyung Warisan Mistik Malaysia ini selain mengutarakan fakta-fakta yang terhimpun, secara tidak langsung memperbetulkan anggapan-anggapan yang tidak tepat melalui pemurnian penggunaan istilah dan fakta.  Pemurnian ini adalah sangat penting bagi mengelakkan generasi akan datang merosakkan keaslian dan pemahaman yang telah diwarisi turun temurun. Contoh yang paling kritikal adalah pengelasan watak Peran yang pada hari ini lebih dikenali sebagai pelawak (clown/jester) oleh para penonton yang sebenarnya mempunyai peranan yang lebih besar seperti sebagai pesuruh, penasihat, perunding dan pembantu peribadi kepada Raja dalam pelbagai hal. Pemurnian ini tidak boleh dipandang lekeh memandangkan ia dijelaskan oleh tokoh-tokoh Makyung yang masih ada. Tanpa pemurnian ini, mungkin pengetahuan orang ramai hanya akan kekal sebagai sedemikian sahaja.

dari Kanan: Kamrulbahri, Amba, Che Mat Jusoh, Rahimidin Zahari dan Sutung Umar RS di hari pelancaran buku Makyung di Kinokuniya KLCC, 19 Disember 2010. Kredit: Farhan Jufry

Banyak lagi penjelasan-penjelasan mengenai aspek-aspek yang penting yang terdapat dalam persembahan Makyung. Contohnya mengenai aspek Muzik, lakonan, peralatan muzik, busana, penceritaan, pengurusan, falsafah, etika, tokoh-tokoh yang ditonjolkan menerusi galeri-galeri yang klasik serta tiada nilaian pada hari ini. Semoga usaha ini tidak hanya diteruskan dan dipandang enteng oleh pihak yang berwajib baik Kerajaan, bukan Kerajaan mahupun swasta. Semoga ianya disokong dengan lebih mantap memandangkan pengiktirafan yang diberi, boleh juga ditarik balik, jika tiada usaha untuk mempertahan serta mengekalkan keaslian serta estetikanya.

Wallahua’lam

*Nota Kaki: Kabuki-Za, Kyoto sedang dinaik taraf oleh Kerajaan Jepun dan ditutup kepada orang ramai. Ia akan dibuka kembali pada tahun 2013. Sumber: Google.com

ANGIN BERDIKIR
Tidaklah terniat dalam artikel ini dan daripada amba sendiri untuk menghurai tafsirkan apa itu angin berdikir. Jangan pulak salah tafsir angin ini seperti tiupan angin sepoi sepoi bahasa atau angin ribut malapetaka. Angin yang amba maksudkan di sini adalah berkaitan “semangat”, “mood” dan  “will power“.. Begitulah sedikit sebanyak. Sekiranya amba berjumpa dengan definisi Angin yang amba maksudkan ini akan amba kongsikan di sini. Insya Allah..

Namun demikian, mana yang ada angin ni akan pasti mengakui maksud angin bedikir ini.

Angin ini tidaklah datang sekali sekala. Arena Dikir Barat tempat amba berlatih adalah dalam kereta. Memandangkan perjalanan ke pejabat pergi balik memakan hampir satu (1) jam.. dan kadang-kadang lebih, di situlah tempat amba mengalunkan suara sambil memainkan MP3 lagu-lagu dikir barat Asli koleksi peribadi atau yang dipinjam daripada rakan-rakan. Tapi setara mana sangatlah jika dibandingkan dengan paluan rebana dikir barat yang original dan secara langsung? Sesungguhnya kepuasannya berbeza.

Angin seorang pendikir berbeza dengan angin orang yang mendengar dikir barat. Bagi ambo pendikir barat, selain daripada kepuasan mempersembahkan lagu/nyanyian dengan baik (tidak sumbang/”letang” rebana) adalah kepuasan kepada diri pendikir itu. Dengan kata lain kalu tak kena angin atau tidak turut angin maka kemungkinan akan makan diri.

Saudara Halim Yazid dalam lirik lagu beliau bertajuk Angin merujuk kepada bahana yang dimaksudkan di atas seperti berikut:

Punoh tuboh rusak habih jiwa

Hok gemuk jadi kuruh kering

tokleh nok wat khijo gapo sekaro

Perkara/bahana yang ambo maksudkan itu kena ke ambo sediri… keadaan ini lebih lazim dikenali dengan ‘ssumbat angin‘ (Angin tersumbat). Yakni, keadaan yang sama seperti kenderaan bermotor tidak dilaraskan suntikan ‘angin’ dan petrol ke dalam enjin. Pembakaran tidak akan menjadi sempurna, lebih karbon akan berhimpun pada omboh dan akhirnya merosakkan enjin.

Proses melayan angin ini tidak begitu susah bagi amba. Proses ini dipanggil “isih”. Mengisih angin ni penting untuk mengekalkan kewarasan akal fikiran dan kerasional bertindak. Seperti kata pepatah Ikut rasa binasa, ikut hati mati…begitulah juga hubung kait ambo dengan “isih angin” ini.

Bagi amba, cukuplah sekadar dengan mendengar rentak-rentak paluan rebana, gendang dan gong (yang betul) sekali-sekala, maka amba akan jadi “molek semula” atau normal kembali. Namun demikian,  jikalau nak lebih puas kena nyanyi lagu lama-lama contohnya lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Mat Yeh (Pendikir tahun 70-80an) dengan tukang rebana yang mahir… (jong bbano tok mahir nyo palu ikut de.. tempo lari .. tak sedak nok melenggok lagu.. punah jahanam jugak..) . Seringkali orang-orang lama mengatakan kepada amba..

“angin ni kena isih mmolek.. kalu tak molek dia akan jadi penyebab penyakit dale tubuh.. “

Biarlah kolot, jumud dan konservatif, amba tetap percaya! Sebab yang kena tu amba sediri..

Bila sebut penyakit, maka kita tidak dapat lari daripada simptom-simptom yang ada. Antaranya, cepat marah, mudah terasa, hilang mood dan keceriaan, lebih cenderung kepada mendapat demam atau selsema, tempoh masa fokus terhadap sesuatu perkara menjadi singkat dan lebih teruk menyebabkan berlaku kemurungan..

Seseorang yang cepat kena penyakit angin atau kurang kemahiran “isih angin” lebih lazim digelar “Angin Tohor.” Namun tak ramai yang mengakui “tohornya” angin dalam dirinya kerana sifat ego dalam seseorang itu. Tetapi mereka yang berpengalaman dan lebih mahir akan mengenal pasti dengan mudah sama ada “tohor” atau tidak angin seseorang itu dan pada sesetengah orang, gelaran “angin Tohor” itu adalah agak sensitif walaupun hakikatnya sedemikian.

Wallahu a’lam

Di sini amba nak ambik kesempatan untuk berkongsi sebuah karya lirik oleh Saudara Halim Yazid lagunya yang bertajuk Angin buat renungan bersama….

Angin – Halim Yazid

Bade kurus kering

Sebule doh setok angin

Dok depe tengoh serambi

mano wei gende nok main teghi

Angin mokyong menogho

musing naik ko palo

pulut kuning nga bunga telor

bangun nok nyayin tabib nok lupo

Ribut maghi saloh musing

Hujan turun salah ketiko

Nok tohok bui koghe lain

Ingak pesan ayoh sako bondo

Nik tanggung la soghe dighi

Teluk Lesung tanoh negri

Sejuk kaki tange

Sebak didale dado

Duduk nok mitok sene

Sene lah soghe sene lah seghemo

Raja didale stano

Balae di rembak bala

Khijo biar sempuno

Tido lah male jange mengiga

Selekan lah nik selekan jaga

Toksoh ghalit duduk laung lamo

Balik asal sedio kalo

Pulang pulih adat seghupo mulo

To tabik pun ado cede

Nasik kunyit aye pange

Angin nyo manusio

Jadinyo tok seghupo

Ado angin besari bahalo

Ado pulok angin kecik dewo mudo

Angin ditengoh laut

Jange sapo nok sekat

Itu angin kepala ribut

Angin lah kudo duduk beghama

Tokleh tughut sangat angin

Punoh tuboh rusak habih jiwa

Hok gemuk jadi kuruh kering

tokleh nok wat khijo gapo sekaro

Maghi kito pakat la tukar

Angin sako tohok lebar

Tughut la angin baru

Angin semangat nok maju

Arghini lah kito melayu

Di tali angin keno besatu

Samo kito wat khijo

Rebut pluang hok ado

Kayo wi samo ghato

Sene lah soghe

Sene seghemo

MALAM TUJUH LIKUR
Hari ini merupakan hari ke-27 puasa. Bermakna ada lagi tiga hari untuk umat Islam seluruh dunia menyambut hari raya Aidilfitri. Termasuklah di Malaysia.

Pada setiap malam Ramadhan ke-27 amat signifikan dengan malam Lailatul Qadar yang merupakan ‘bonus’ kepada Umat  Rasulullah Muhammad S.A.W.  Kelebihan malam ini di sebut dalam al-Quran Al-Qadr melebihi bulan-bulan lain seribu kali ganda.

Terjemahan surah Al-Qadr:

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

Hadis Riwayat Al-Bukhari juga meriwayatkan malam ke-27 merupakan salah satu daripada malam-malam yang mungkin merupakan malam tersebut:

Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

Bagi masyarakat Melayu, malam ke-27 merupakan malam yang agak istimewa dan menggelarkan malam ini sebagai Malam Tujuh Likur. Lazimnya pada malam yang istimewa ini masyarakat kampung Melayu akan menghiaskan halaman rumah mereka dengan panjut atau pelita. Sesetengah tempat pula akan mengadakan kenduri atau jamuan kecil-kecilan bagi meraikan malam tersebut. Amalan ini merupakan satu adat sahaja dan tidak ada hadis atau perintah syariat yang menyuruh kepada sambutan malam ini.

Tidak dapat Amba pastikan secara tepat mengenai bilakah amalan ini dimulakan oleh orang-orang Melayu. Tetapi terdapat catatan yang menyatakan bahawa amalan memasang panjut atau pelita merupakan salah satu tanda untuk memberikan panduan kepada tetamu-tetamu yang dijemput menghadiri jamuan kecil sempena malam tujuh likur. Ini kerana pada zaman dulu jalan-jalan kampung masih tidak ada lampu jalan dan elektrik.  Hanya panjut-panjut ini menjadi penanda bagi lokasi rumah yang mengadakan jamuan tersebut.  Secara logiknya adalah sedemikian..

Amalan ini rasanya masih segar bagi orang-orang Melayu di kawasan desa atau pinggir bandar sehingga hari ini.. namun Amba tak tahu apakah maksud sambutan malam tujuh likur ini masih lagi difahami oleh generasi muda atau sekadar satu lagi amalan yang tidak difahami…