Dian Nais » dikir barat

NILAI SENI
Selepas latihan bergendang di Rumah Pena semalam, amba bersama rakan-rakan seperti biasa akan mengambil sedikit masa untuk berhimpun sambil menikmati nasi lemak ayam rempah di belakang bangunan kelab belia.

Sambil-sambil makan kami bertukar pandangan mengenai nilai seni dari sudut pandangan yang pelbagai.

Kami menilai seni itu bukanlah suatu yang mudah diperoleh. Bukanlah mudah dijaga dan bukanlah mudah untuk dipiawaikan. Seni sangat subjektif. Contohnya, seperti sebuah arca dalam seni tampak (bukan seni Visual, yang tak pandai bahasa sahaja panggil seni Visual) pada pandangan mata kasar orang yang buta seni ia mungkin persepsinya adalah sampah semata-mata. Tapi jika apresiasi mengenai yang tersirat difahami, ia boleh bernilai lebih daripada beribu-ribu malah jutaan ringgit. Itu  nilai subjektif seni.

Bagi aspek seni persembahan pula, atau lebih spesifik seni Wayang Kulit Kelantan dan Makyung, ditempat lahirnya ia sudah jauh dipinggirkan. Adalah segelintir golongan sahaja yang masih mengamalkan dalam ‘sulit’ dan bertukar-tukar kemahiran melalui kelompok yang amat kecil. Situasi yang sungguh uzur dan cahaya kegemilangannya semakin malap dan pudar dek arus globalisasi dunia.

Kami turut membincangkan mengenai kemalapan seni dan dalam pada waktu berbincang, masih ada lagi yang mengambil kesempatan ke atas kelompok kecil ini. Nilai seni di bawah dasar tradisional, apresiasi peruntukan dana pun masih dalam tahap papa. Mungkin bagus juga Akademi Seni Warisan dan Budaya Negara (ASWARA) diwujudkan sebagai satu institut pengajian tinggi (butik) khas untuk mendalami seni warisan tradisional. Hasratnya mungkin murni, tapi pelaksanaan hasrat itu masih lagi dalam keterbatasan. Batas dana dan batas pemikiran.

Batas pemikiran bermakna, tidak ramai yang jelas dengan visi dan misi serta hala tuju seni ini. Perbualan tidak formal dengan beberapa pelajar-pelajar institut itu turut menzahirkan nada hambar. Seolah-olah tiada percambahan seni dan institusi kreatif tidak boleh diaplikasikan. Ikutlah sahaja ke mana jatuhnya seni itu. Jika halanya ke lembah, maka semua akan ikut ke lembah. Jika di puncak menara gading, kita sama-samalah mendongak untuk menyanjung. Bukan disanjung. Entah apakah yang berada difikiran mereka. Mungkin ada perancangan yang hebat setelah mereka mendapat pengikitrafan yang dijanjikan kelak. Apa pun harapan mereka, Amba sentiasa impikan terbaik untuk mereka semua.

Selain itu, kami juga menzahirkan kebimbangan mengenai venue untuk bergiat. Kalau hari ini kami lega dan amat berterima kasih dengan izin serta ehsan oleh Rumah PENA untuk kami bertemu, berhimpun, berlatih dan bergiat. Namun demikian, sampai bilakah venue itu akan kekal? 1 tahun? 5 tahun? 10 tahun? 20 tahun? Tak siapa yang tahu. Contoh terdekat adalah ‘jiran sebelah’ iaitu rumah GAPENA yang akan dibangunkan satu lagi mercu tanda Kota raya Kuala Lumpur dalam masa terdekat.  Oleh itu, siapa berani jamin venue yang ditumpang kami akan kekal untuk berapa lama tempoh?

Resolusi perbincangan itu akhirnya disudahi dengan keluhan dan air wajah suram. Tafisran nilai tersemat di hati masing-masing. Amba kembali ke rumah PENA. Kami meneruskan urusan kami yang masih boleh diperjuangkan. Angnila, Anggada, Lela Bat, Sagariwa dan Sri Rama setia tunggu untuk ditebuk, diwarna dan dipelari, membongkarkan rahsia mimpi kayangan suralaya….

DIKIR BARAT, TUKANG NYANYI, TEH SUSU, ROKOK ‘SIGERIT’ DAN ROTI CANAI
Selepas sesi latihan bersama ahli-ahli Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan (PESIBAN) semalam, amba terlajak ke kedai mamak di Seri Kembangan untuk menghilangkan kering tekak bersama Abe Ming Puchong. Belan-belan tu amba terlanjur bertanya kepada Abe Ming Puchong (Tukang Karut Dikir Barat Terbaik Kebangsaaan 2008) mengenai muzik dan nyanyian Dikir Barat. Pertanyaan amba menjurus kepada nyanyian serta paluan rebananya yang lebih kompleks daripada paluan lagu Jogho.

(Kami duduk di sebuah meja di pinggir restoran. Hujan. Kami beralih ke dalam restoran.)

Setahu amba nama-nama paluan biasa yang dikenal pasti dikalangan ‘Oghe-oghe Dikir’ lebih-lebih lagi ‘Tukang Nyanyi’ senang disebut dengan nama Membo (mungkin berasal daripada Mambo), Cice (sebutan “Chiii-Chayy’), dengdut atau dangdut, rambong, dan beberapa lagi paluan spesifik yang ada. Mutakhir ini ada antara Tukang Nyanyi yang diiringi dengan paluan variasi muzik Melayu asli seperti zapin, inang, masri, joget dan lain-lain. Variasi ini bagi amba adalah sihat kerana masih di dalam lingkungan muzik tradisional dan menggunakan ensembel alat-alat asas dikir barat seperti rebana dikir barat dan gong.

(Lambat pulak mamak nak ambil pesanan .. )

Berbalik kepada perbincangan kami, rata-rata ‘Tukang Nyanyi’ lagu-lagu Dikir Barat pada awal 70-an dan 80-an yang berasal dari Yala dan Patani, negara Thai sentiasa merangkaikan diri mereka untuk bersama seorang pemalu rebana dikir barat pilihannya. Memandangkan amba ni peminat lagu-lagu Allahyarham Mat Yeh (yang mana lagu-lagu nyanyian beliau mempunyai pelbagai variasi paluan) perbualan kami berkisar dengan mengambil contoh kepada amalan dan pembawaan Allahyarham di bangsal/pentas dikir barat klasik. Yakni, sekiranya ada penganjur ‘memadah’ maka tidak dapat dinafikan bahawa Allahyarham akan membawa pemain rebana ibu dikir barat yang tersohor pada waktu itu iaitu, Husin Gading bersama untuk mengiringi nyanyian beliau. Adakah pada zaman kegemilangan dikir barat di Negeri Kelantan di waktu itu tidak ada pemalu rebana dikir barat yang boleh mengiringi nyanyian Allahyarham Mat Yeh?

(Jawapan kepada isu ini sedikit sebanyak telah terkupas sedikit demi sedikit sambil hirupan teh susu berselang dengan gelak hilai kami berdua.)

Sebenarnya antara masalah paling besar seorang ‘tukang nyanyi’ di bangsal/persembahan dikir barat yang bersifat ‘impromptu’ adalah untuk memberikan isyarat yang jelas mengenai paluan yang diperlukan. Memandangkan muzik dikir barat tidak seperti genre muzik moden yang mempunyai sekurang-kurangnya satu instrumen melodi, muzik dikir barat menggunakan alunan suara tukang nyanyi sebagai pembimbing (pamurba) lagu  dan kemudian disusuli oleh paluan irama variasi seperti diterangkan di perenggan sebelum ini, bertingkah antara instrumen lain seperti marakas, gong dan canang.

Interaksi dan isyarat yang diperlukan adalah kritikal kerana penentuan jenis paluan dan kelajuan atau tempo sesuatu lagu dikir barat. Walaupun seolah-olah automatik namun demikian terdapat kejadian yang menimpa ‘Tukang nyanyi’ yang kadangkala tiba-tiba terhenti dan atau tidak dapat mengalunkan sebuah lagu dengan baik kerana jenis paluan dan tempo tidak sesuai. Sebagai contoh, mungkin lagu memerlukan paluan tempo perlahan dan pemalu rebana itu adalah bergantung kepada kedua-dua pihak.

(tak cukup teh susu, roti canai kami pesan pula)

Menurut Abe Ming, tukang nyanyi perlu bawa bersama seorang pemain rebana dikir barat pilihannya atau yang tertentu adalah untuk melancarkan persembahan dan menjaga reputasi. Contoh dalam kes klasik, lagu-lagu Allahyarham Mat Yeh yang banyak menggunakan air lagu seperti lagu-lagu klasik Hindustan. Melalui beberapa lagu yang berada dalam koleksi amba kaedah paluannya berlainan daripada paluan normal. Abe Ming berkata paluan rebana yang mengiringi Mat Yeh sebenarnya memudahkan Allahyarham mengalunkan lenggok suara dengan lebih tenang, tidak tergesa-gesa dan projeksi suara yang menenangkan pendengar.

(Teh susu secawan dah separuh, rokok ‘sigerit’ pulak dihisap)

Di Lembah Kelang kini, bagi seorang tukang nyanyi akan menghadapi masalah ini. Ia menjadi dilema yang dipendam apabila khuatir pemain rebana yang kurang mahir sama ada sukar untuk mentafsirkan jenis paluan dan tempo dikehendaki seterusnya akan mencacatkan persembahan.

Memadai sebegitu dan amba belum lagi membangkitkan soal sistem audio dan kesilapan perletakan nada. Mungkin akan menyebabkan terjadinya ‘suara pecah’ atau ‘letang bbano’. Jika pembimbing lagu berasal daripada melodi yang biasa didengar mudah untuk pemalu ‘masuk’ mengiring nyanyian. Namun sekiranya melodi itu adalah melodi baru, masalah ini akan timbul semula.

Dilema ini sebenarnya boleh diatasi dengan dua (2) cara.. pertama menerusi latihan yang mencukupi antara tukang nyanyi dan pemalu rebana  dan kedua dengan memberitahu secara langsung mengenai jenis paluan dan tempo sebelum menyanyi. Jika amalan kedua-dua cara ini dilaksanakan, persembahan nyanyian seorang tukang nyanyi akan lebih baik dan teratur demi mengangkat persembahan dikir barat ke tahap lebih profesional.

(Roti canai dah habis, Teh susu dah habis.. amba pun hantar Abe Ming Puchong pulang ke rumahnya….)

Wallahu a’lam

[p/s: Belan-belan bbual, dan la siap sebuah lagu nyanyi.. tunggulah kalu ada kesempatan amba nyanyilah.. insya Allah]

PERTANDINGAN AKHIR DIKIR BARAT RTM 2010
29 November 2010 lalu memahatkan satu lagi sejarah dalam arena Dikir Barat Malaysia  yang mana pasukan 100% yang dihasilkan oleh penggiat-penggiat Dikir Barat Lembah Kelang berjaya mengungguli beberapa anugerah di peringkat akhir Pertandingan Dikir Barat RTM 2010. Setinggi syukur kerana sedikit sebanyak perjuangan yang dibawa oleh anak-anak muda yang berada di Lembah Kelang telah membuahkan hasil. Tidak banyak yang amba boleh perkatakan kerana ulasan penuh mengenai pertandingan ini secara teknikal telah dihurai panjang lebar oleh sahabat amba di laman blog beliau iaitu http://arjunasukma.com

Namun sekadar pandangan peribadi amba, secara keseluruhan kedua-dua pasukan bertanding (Pasukan Titih Pusaka UITM Shah Alam dan Pasukan Sri Gedombak, Merkang Kelantan) dengan baik dan menampakkan kualiti persembahan Dikir Barat yang telah meningkat berbanding tahun-tahun terdahulu. Rata-rata semua penyokong berpuas hati dengan keputusan yang diadili pada malam itu termasuklah diri amba ini. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

Johan: Titih Pusaka, UITM Shah Alam

Jogho Terbaik: Amar (Titih Pusaka)

Tukang Karut Terbaik: Muslih Sang Saka (Sri Gedombak)

Persembahan Terbaik: Tith Pusaka, UITM Shah Alam.

Berikut beberapa foto-foto yang sempat dirakam semasa pertandingan tersebut..

A SMILE..
F2.8, ISO 400, 1/250

ANGIN BERDIKIR
Tidaklah terniat dalam artikel ini dan daripada amba sendiri untuk menghurai tafsirkan apa itu angin berdikir. Jangan pulak salah tafsir angin ini seperti tiupan angin sepoi sepoi bahasa atau angin ribut malapetaka. Angin yang amba maksudkan di sini adalah berkaitan “semangat”, “mood” dan  “will power“.. Begitulah sedikit sebanyak. Sekiranya amba berjumpa dengan definisi Angin yang amba maksudkan ini akan amba kongsikan di sini. Insya Allah..

Namun demikian, mana yang ada angin ni akan pasti mengakui maksud angin bedikir ini.

Angin ini tidaklah datang sekali sekala. Arena Dikir Barat tempat amba berlatih adalah dalam kereta. Memandangkan perjalanan ke pejabat pergi balik memakan hampir satu (1) jam.. dan kadang-kadang lebih, di situlah tempat amba mengalunkan suara sambil memainkan MP3 lagu-lagu dikir barat Asli koleksi peribadi atau yang dipinjam daripada rakan-rakan. Tapi setara mana sangatlah jika dibandingkan dengan paluan rebana dikir barat yang original dan secara langsung? Sesungguhnya kepuasannya berbeza.

Angin seorang pendikir berbeza dengan angin orang yang mendengar dikir barat. Bagi ambo pendikir barat, selain daripada kepuasan mempersembahkan lagu/nyanyian dengan baik (tidak sumbang/”letang” rebana) adalah kepuasan kepada diri pendikir itu. Dengan kata lain kalu tak kena angin atau tidak turut angin maka kemungkinan akan makan diri.

Saudara Halim Yazid dalam lirik lagu beliau bertajuk Angin merujuk kepada bahana yang dimaksudkan di atas seperti berikut:

Punoh tuboh rusak habih jiwa

Hok gemuk jadi kuruh kering

tokleh nok wat khijo gapo sekaro

Perkara/bahana yang ambo maksudkan itu kena ke ambo sediri… keadaan ini lebih lazim dikenali dengan ‘ssumbat angin‘ (Angin tersumbat). Yakni, keadaan yang sama seperti kenderaan bermotor tidak dilaraskan suntikan ‘angin’ dan petrol ke dalam enjin. Pembakaran tidak akan menjadi sempurna, lebih karbon akan berhimpun pada omboh dan akhirnya merosakkan enjin.

Proses melayan angin ini tidak begitu susah bagi amba. Proses ini dipanggil “isih”. Mengisih angin ni penting untuk mengekalkan kewarasan akal fikiran dan kerasional bertindak. Seperti kata pepatah Ikut rasa binasa, ikut hati mati…begitulah juga hubung kait ambo dengan “isih angin” ini.

Bagi amba, cukuplah sekadar dengan mendengar rentak-rentak paluan rebana, gendang dan gong (yang betul) sekali-sekala, maka amba akan jadi “molek semula” atau normal kembali. Namun demikian,  jikalau nak lebih puas kena nyanyi lagu lama-lama contohnya lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Mat Yeh (Pendikir tahun 70-80an) dengan tukang rebana yang mahir… (jong bbano tok mahir nyo palu ikut de.. tempo lari .. tak sedak nok melenggok lagu.. punah jahanam jugak..) . Seringkali orang-orang lama mengatakan kepada amba..

“angin ni kena isih mmolek.. kalu tak molek dia akan jadi penyebab penyakit dale tubuh.. “

Biarlah kolot, jumud dan konservatif, amba tetap percaya! Sebab yang kena tu amba sediri..

Bila sebut penyakit, maka kita tidak dapat lari daripada simptom-simptom yang ada. Antaranya, cepat marah, mudah terasa, hilang mood dan keceriaan, lebih cenderung kepada mendapat demam atau selsema, tempoh masa fokus terhadap sesuatu perkara menjadi singkat dan lebih teruk menyebabkan berlaku kemurungan..

Seseorang yang cepat kena penyakit angin atau kurang kemahiran “isih angin” lebih lazim digelar “Angin Tohor.” Namun tak ramai yang mengakui “tohornya” angin dalam dirinya kerana sifat ego dalam seseorang itu. Tetapi mereka yang berpengalaman dan lebih mahir akan mengenal pasti dengan mudah sama ada “tohor” atau tidak angin seseorang itu dan pada sesetengah orang, gelaran “angin Tohor” itu adalah agak sensitif walaupun hakikatnya sedemikian.

Wallahu a’lam

Di sini amba nak ambik kesempatan untuk berkongsi sebuah karya lirik oleh Saudara Halim Yazid lagunya yang bertajuk Angin buat renungan bersama….

Angin – Halim Yazid

Bade kurus kering

Sebule doh setok angin

Dok depe tengoh serambi

mano wei gende nok main teghi

Angin mokyong menogho

musing naik ko palo

pulut kuning nga bunga telor

bangun nok nyayin tabib nok lupo

Ribut maghi saloh musing

Hujan turun salah ketiko

Nok tohok bui koghe lain

Ingak pesan ayoh sako bondo

Nik tanggung la soghe dighi

Teluk Lesung tanoh negri

Sejuk kaki tange

Sebak didale dado

Duduk nok mitok sene

Sene lah soghe sene lah seghemo

Raja didale stano

Balae di rembak bala

Khijo biar sempuno

Tido lah male jange mengiga

Selekan lah nik selekan jaga

Toksoh ghalit duduk laung lamo

Balik asal sedio kalo

Pulang pulih adat seghupo mulo

To tabik pun ado cede

Nasik kunyit aye pange

Angin nyo manusio

Jadinyo tok seghupo

Ado angin besari bahalo

Ado pulok angin kecik dewo mudo

Angin ditengoh laut

Jange sapo nok sekat

Itu angin kepala ribut

Angin lah kudo duduk beghama

Tokleh tughut sangat angin

Punoh tuboh rusak habih jiwa

Hok gemuk jadi kuruh kering

tokleh nok wat khijo gapo sekaro

Maghi kito pakat la tukar

Angin sako tohok lebar

Tughut la angin baru

Angin semangat nok maju

Arghini lah kito melayu

Di tali angin keno besatu

Samo kito wat khijo

Rebut pluang hok ado

Kayo wi samo ghato

Sene lah soghe

Sene seghemo

PENDEK SAHAJA
Hari Sabtu (2 Oktober 2010) amba diundang untuk berdikir di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Bangsar. Meriah juga undangan tersebut. Undangan Ad Hoc dari pasukan dikir barat Basa Diwana Universiti Malaya sebagai penampilan khas untuk meraikan majlis rumah terbuka.

Walaupun dihadiri oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Dato’ Raja Nong Chik tetapi sesi Dikir pada kali ini tidaklah panjang.

Selepas lagu jogho oleh Khairul Polis, karut salam dan sedikit karut Kelate oleh Ise Salok Madu.. amba ambil alih tugas sebagai tukang nyanyi.. amba persembahkan lagu Hari Raya.. Sedang molek habis 3 rangkap..

Nyanyian amba disambut dengan hujan yang amat lebat… ha ha ha.. tak kena banyak ..

itulah pengalaman.. Wallahu A’lam

BERDIRINYA DIKIR BARAT HARI INI
Hari ini macam2 tafsiran orang mengenai dikir barat. Salah satu seni yang amba sayang. Biarlah kata orang konservatif dan tak maju.. sekurang-kurangnya amba tak melompat melolong dalam kedai jual arak.

Banyak perdebatan di ruang maya mengenai apa itu dikir barat.. bagaimanakah dikir barat.. maksudnya masih lagi ada yang keliru dengan struktur sebenar dikir barat.. Mungkin artikel dan pendapat ini akan menyebabkan amba digolongkan dalam golongan ‘purist’ dan tak boleh berubah.. tapi kenapa nak ubah yang sedia ada? cacatkah ia? tak baguskah ia?

Seni persembahan tradisional ini jika dibandingkan dengan seni-seni yang lain seperti makyung, wayang kulit, main pateri (tteri) adalah jauh lebih junior. Terdapat catatan-catatan mengatakan ia mula diperkenalkan di negeri Kelantan disekitar tahun 40an dan mula dipopularkan disekitar tahun 60an hingga kini.

Amba mula mengenali dikir barat ini seawal berumur 5 tahun (1985). Pada zaman itu seni dikir barat di Kelantan adalah salah satu wadah untuk menyampaikan nasihat dan pelantar untuk  membahaskan isu-isu semasa dan tidak kurang juga satira-satira yang berkisarkan kehidupan masyarakat sekitar.

Persembahan dikir barat pada zaman itu juga bukanlah dibuat berasaskan keuntungan. Kegiatan itu lebih kepada hiburan di waktu lapang dan yang lebih serius mempelajari kaedah berdikir daripada tokoh-tokoh terkenal. Reputasi seseorang pendikir pada masa itu diukur berdasarkan kecerdikan mengalunkan lenggok suara, kelantangan awak-awak dan kelebihan ‘bunga’ paluan tukang rebana.

Hari ini penggiat-penggiat seni dikir barat generasi muda termasuk amba mula keliru dengan cabaran mentafsir struktur sebenar dikir barat. Seni ini telah popular di seluruh dunia dan seperti mana seni-seni lain turut mengalami asimilasi dan globalisasi. Maknanya daripada segi rentak paluan, irama dinyanyikan dan tema-tema yang diterapkan dalam dikir barat. Jika dahulu rentak yang dipalu adalah terhad kini telah mula dipelbagaikan dengan rentak paluan Melayu seperti joget, inang, masri dan ‘rambong’ yang lebih berstruktur dan lebih kompleks berbanding paluan dahulu.

Mujurlah di Lembah Klang ini masih lagi ada segelintir penggiat dikir barat yang masih berpaut kuat kepada tradisi rebana, gong dan canang…. Semangat ini disuapkan pula kepada peminat2 di sekitar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mengenai kepentingan mengenali struktur dikir barat.

Biarlah orang nak kata macam mana.. bagi amba asas berdirinya dikir barat itu adalah dengan adanya:

1. Satu kumpulan orang-orang yang ingin berdikir;

2. Dikepalai oleh seorang ketua sama ada Jogho (bukan juara) atau tukang karut (tukang bari) dan awak-awak;

3. Mengalunkan puisi (pantun) diselang seli dengan Awak-awak;

3. Diiringi alat-alat muzik dikir barat (rebana ibu, rebana anak, canang, rhomba atau maracas dan gong); dan

4. Rentak yang spesifik untuk dikir barat.

Sekadar pendapat amba..

PEMILIHAN KATA DALAM LIRIK LAGU-LAGU DIKIR BARAT. SATU PEMERHATIAN
Satu,

memerhati dengan perspektif atau kacamata yang lebih umum.. ada benarnya perkara sedemikian terjadi pada hari ini… mana-mana pencipta/penulis lirik dikir barat.. lebih gemar memilih perkara yang dekat serta berkaitan dengan hidup mereka.. kebanyakan penulis lirik akan menulis lirik untuk mereka nyanyikan sendiri kerana ia lebih kepada identiti kepada karya dan keunikan seseorang pendikir.

Contohnya: jika dia seorang penarik beca atau pemandu teksi.. maka lirik dia akan berada di sekitar kerjayanya sebagai penarik beca atau pemandu teksi…. dan sebagainya.

Dua,

secara ilmiah ada penggubah seni lirik ini sendiri memilih prolog terhadap elemen-elemen yang negatif dan kurang sihat. Mungkin difikiran mereka, ia merupakan lelucon, dapat menghibur serta dapat menarik minat penonton. Namun tanpa disedari rasional penulis/pencipta lirik lagu dikir barat dirasakan telah terjejas akibat terlalu dipengaruhi oleh perasaan sensasi untuk tujuan komersil. Kebanggaan memperagakan unsur-unsur sedemikian, sebenarnya mengubah tanggapan dan persepsi sesetengah audiens dan demografik hari ini yang lebih terperingkat yakni lebih matang.

Oleh hal demikian, jika wujudnya mana-mana elemen yang cuba membantah rasional ini.. maka institusi akal yang rasional, akan membangkitkan perasaan sesal terhadap pemilihan lirik dengan cara ini….

Tiga,

seni penggubahan lirik itu merupakan suatu penghasilan yang berasaskan pemikiran.. terutamanya lirik dikir barat.. yang lebih bersifat rakyat dan pada zaman ini, tidak begitu tinggi dari segi daya kreativitinya…. Malah lebih terdorong oleh daya nafsu dan hanya sekadar ikut-ikutan. Mereka juga tidak sedar bahawa pemilihan lirik itu sebenarnya mengidentitikan budaya masyarakat yang menghasilkannya….. Hanya kebijaksanaan sahajalah yang mampu menyerlahkan secara indah seni perutusan positif yang diharap khalayak menanggapinya…

Empat,

pada peringkat yang lebih tinggi, pemilihan lirik dibuat berasaskan semiotik atau perlambangan atau analogi daripada unsur-unsur yang kegunaan harian seperti periuk, belanga, kukur, lesung, tepak sirih, parang kapak, keris, lembing, tombak, cangkul, baldi dan sebagainya. Ini juga termasuk kepada keperluan rohaniah seperti cinta, kasih, rindu, ingin disayangi, dibenci, dibelai dan sebagainya. Peringkat pemilihan seni lirik ini memerlukan pengalaman hidup, renungan mendalam dan diksi yang tepat. Dapatan terhasilnya ungkapan-ungkapan yang dikenali sebagai bidalan, pembilangan, kiasan, kata-kata hikmah, kata bari dan sebagainya. Hanya kekuatan ilmu sahajalah yang dapat menghasilkan daya rekaan yang halus dalam bidang menggubah lirik, yang mana akan mencerminkan daya pemikiran dan pengalaman kelompok bangsa yang mendukung nilai berkenaan.

Akhir sekali, pemilihan lirik yang bermutu dan penuh seni mampu dibuat. Secara generiknya ini ia mampu dilaksanakan melalui pendekatan ilmu dan amali. Pendidikan yang lahir daripada pengalaman mereka-mereka yang arif, rasional dan berwawasan boleh merealisasikan aspirasi ini. Persepsi negatif harus diubah. Maka barulah keteraturan seni itu akan menjadi kukuh dengan rencah nilai kemanusiaan dan keagamaan… insya Allah..

LATIHAN
Sempena bulan Ramadhan, latihan persembahan-persembahan tradisional yang amba sertai dihentikan buat sementara waktu. Demi menghormati bulan puasa. Tambahan pula kebanyakan ahli-ahli kumpulan sibuk dengan urusan masing-masing.

Itu bermakna kalau nak berlatih jugak, maka kenalah berlatih sendiri di rumah. Tak banyak yang boleh dilakukan bila berseorangan. Kemahiran yang ada pula sedikit. Oleh itu, amba hanya mampu melihat kembali catatan-catatan terdahulu yang boleh membantu amba memahami dengan lebih lanjut bidang persembahan tradisional. Menerusi rakaman-rakaman yang ada sama ada daripada perbualan, koleksi buku-buku mengenai persembahan tradisional, himpunan lagu-lagu dan koleksi peribadi sedikit sebanyak mengubati rindu amba kepada permainan sama ada Makyung, Wayang Kulit dan Dikir Barat. Selain itu artikel-artikel yang diterbitkan sama ada dalam majalah, surat khabar mahupun blog menjadi sumber rujukan untuk amba tahu dengan lebih lanjut.

Insya Allah,  lepas raya sambunglah berlatih balik. Bukan apa, amba ni…jika benda yang baru dipelajari kalau tak berlatih.. lama-lama jadi tak ingat.

VERSI PENCERITAAN DEWA PANAH DALAM WAYANG KULIT KELANTAN
Dalam Wayang Kulit Kelantan atau Wayang Siam, babak yang paling jarang dipersembahkan (atau mungkin tidak dipersembahkan lagi) adalah Babak Dalang Muda. Ini kerana,  pada masa kini, Wayang Kulit Kelantan tidak lagi dimainkan mengikut cerita pokok atau berdasarkan epik asal Hikayat Seri Rama. Selain itu faktor utama ia tidak dimainkan adalah kerana tidak ramai Dalang yang boleh memainkan babak ini kerana ia agak sukar  untuk dikuasai tanpa tunjuk ajar guru-guru yang mahir. Akhir sekali adalah  kerana tiada lagi permintaan untuk memainkan Babak Dalang Muda yang lengkap kerana keseluruhan babak mengambil masa yang agak lama sedangkan persembahan Wayang Kulit Kelantan rata-rata dimainkan untuk mengisi majlis-majlis yang tertentu sahaja mengikut kehendak penganjur.

Menerusi tulisan *Adiguru Che Mat Jusoh dalam Majalah Pentas Jil.3 (1 Jan-Mac 2008) keluaran Istana Budaya, menceritakan dengan terperinci mengenai Babak Dalang Muda ini yang mana setiap dalang yang ingin menguasai babak ini haruslah menguasai ilmu-ilmu asas pendalangan seperti Tari, Antawacana, Titik Takta Adat, Muzik, Nyanyian, Asas Pergerakan Wayang (Sabetan) dan aturan lagu-lagu khusus seperti Lagu Maharishi, Lagu Menyembah, Lagu Mahbabusanam, Serama keluar dan lain-lain lagi.

(c) Sepasang Dewa Panah dan Maharisi sedang bertapa di bawah Pohon Beringin. Dianais.com (Koleksi Dalang Pak Nasir ASWARA)

Antara adengan utama dalam Babak Dalang Muda adalah babak peperangan antara sepasang Dewa Panah. Sepasang Dewa Panah ini diletakkan di kiri dan kanan sambil seorang Maharisi berada ditengah-tengah, menggambarkan sedang bertapa (lihat Foto). Adengan ini dimainkan tanpa dialog mengikut aturan tertentu selepas lagu Bertabuh, Lagu Maharisi dan Dewa Panah Turun disertakan dengan Mantera Maharisi. Semasa peperangan antara sepasang Dewa Panah ‘sakat’ lagu akan berubah daripada paluan lagu perang kepada lagu Hulubalang dengan isyarat-isyarat tertentu oleh Dalang.

Sebenarnya adengan ini adalah terjemahan kepada sebuah cerita ranting dalam Hikayat Seri Rama. Mengikut cerita, sepasang Dewa Panah tersebut adalah berasal daripada sepasang burung jerijit yang telah bertukar rupa kepada Dewa Panah.

Maka, pintas tanjung mengambilkan rantau, jalan jauh kita perdekatkan…

Baru-baru ini ambo berpeluang hadir ke satu sesi bicara Wayang Kulit di Kuala Lumpur. Dalam sesi bicara tersebut seorang penceramah jemputan telah berceramah mengenai asal-usul watak-watak yang dimainkan dalam permainan Wayang Kulit Kelantan. Apabila sampai pada bahagian Watak Maharisi serta Dewa Panah beliau telah menyatakan bahawa sepasang Dewa Panah adalah berasal daripada Burung Tekukur. Perkara ini telah menyebabkan ambo dan rakan-rakan audiens menjadi keliru kerana berdasarkan apa yang diceritakan bahawa Dewa Panah itu berasal daripada Burung Jerijit.

Maharisi dan Burung Jerijit

Maharisi/Maharesi menurut takrifan perkataan oleh Kamus Dewan edisi keempat terbitan Dewan Bahasa Pustaka menyatakan bahawa ia adalah pendita yang suci. Ia berasal daripada perkataan sanskrit “Mahrsi” bagi sebagai gelaran pendita yang hebat gabungan dari perkataan “Maha” yang bermakna hebat “rishi” bagi pendita.

Di dalam bahasa Thai ia juga digelar Bhikkhu/Bhiksu, manakala di Tibet digelar Dge Long disebut (gelong) Dari segi istilah ia merujuk kepada orang yang alim, berilmu dan mampu memberikan ajaran. Dalam ucapan-ucapan dan budaya orang Melayu juga turut digelar “Ajar” diletakkan di hadapan nama sebagai gelaran kepada seseorang yang alim dan memberi petunjuk.

Dalam versi penceritaan Wayang Kulit Kelantan, Maharisi merupakan gelaran kepada seorang pertapa yang alim. Maharisi yang berlainan diberikan contohnya Maharisi Mata Kala Api, Maharisi Burung Jerijit, Maharisi Mata Lembu dan ada juga nama lain kepada Maharisi yang juga dikenali sebagai Tok Mahsikul dan/atau *Maharisi Mugaharani (Versi Dalang Karim). Maharisi ini adalah seorang yang berilmu tinggi, alim, taat kepada ajaran dan perintah. Ia sangat dihormati dan menjadi rujukan pemerintah dan rakyat sekitarnya.

Manakala burung Jerijit ialah burung kelicap dariada Genus (Prodotiscus) adalah burung yang berlainan dengan burung Tekukur (Little Cuckoo Dove) (Macropygia ruficeps) yang disebut penceramah tersebut. Pada hemat ambo mungkin ia versi penceritaan daripada Siam. Namun dua spesis burung yang berlainan dalam versi penceritaan oleh sang penceramah tersebut mengajak ambo kepada mencari rujukan yang lebih dalam dan rujukan yang paling hampir adalah menerusi bahan-bahan bertulis. Ambo menemui tulisan dan versi penceritaan seperti berikut:

*1. Versi Dalang Che Mat Jusoh

Dewa Panah berasal daripada sepasang burung Jerijit yang telah membuat sarang di janggut seorang Maharisi sedang bertapa. Mereka asalnya dihukum menjadi burung Jerijit kerana melakukan kesalahan di kayangan.

Setelah berlaku perbalahan antara burung tersebut kerana sang jantan tidak pulang ke sarang kerana mencari makanan dan mengganggu pertapaan Maharisi tersebut maka ia telah menjelma kembali kepada Dewa Panah  iaitu bentuk asal mereka.

**2. Versi Dalang Awang Lah (Allahyarham)

Sepasang burung jerijit yang terbang mencari sarang bertemu dengan janggut seorang Maharisi yang bertapa selama 40 tahun dan membuat sarang. Semasa telur burung jerijit tersebut hampir menetas, pasangan burung tersebut membuat giliran untuk mencari makanan dan mengeram.

Suatu hari, semasa giliran sang betina keluar mencari makanan, lalu sang betina terleka mencari makanan di kolam teratai hingga teratai tersebut terkatup dan ia tidak dapat keluar. Pulangnya pula setelah teratai tersebut terbuka kembali ke sarang menyebabkan sang jantan menuduh sang betina mencari pasangan lain.

Lalu berkelahilah kedua-dua burung jerijit tersebut hingga menggangu pertapaan Maharisi tadi. Maharisi tadi telah memarahi kedua-dua burung tersebut kerana gangguan dialami. Kemudian burung tersebut berkata-kata kepada Maharisi bahawa walaupun mereka bergaduh, namun mereka telah ada keturunan untuk mewarisi generasi masa akan datang sedangkan Maharisi tadi tiadalah akan keturunan untuk mewarisi.

Tersentak dengan kata-kata burung jerijit tersebut telah menyebabkan beliau memperakukan diri sendiri sebagai dengan nama Maharisi Burung Jerijit.

**3. Versi Dalang Mamat Ismail (Allahyarham)

Sepasang burung jerijit yang membuat sarang di janggut Maharisi telah berkelahi dan mengganggu pertapaan Maharisi tersebut. Terganggu, lalu Maharisi tadi telah menyumpah kedua-dua burung tersebut kepada Dewa Panah.

Kesimpulan

Sebenarnya, terdapat lagi beberapa versi penceritaan yang direkodkan seperti versi Dalang Mamat Senik, Dalang Mustafa Chicha Tinggi, Dalang Wan Ibrahim Sabak dan sebagainya.. tetapi apa yang nak ambo beritahu bahawasanya tiada satu versi pun yang menyatakan bahawa dewa panah tadi berasal daripada burung tekukur. Sekadar pengetahuan yang dikongsi untuk tidak menjadikan kekeliruan kepada pernyataan yang kurang tepat.

Wallahu A’lam.

Rujukan:

*1. Che Mat Jusoh, Babak Dalang Muda Dalam Wayang Kulit Kelantan, Majalah Pentas Jil. 3 Bil. 1 Jan-Mac 2008, Istana Budaya.

**2. P. L. Amin Sweeney: The Ramayana and the Malay shadow-play. Kuala Lumpur: National University of Malaysia Press, 1972

3.  Amin Sweeney, Malay shadow puppets: The Wayang Siam of Kelantan, The British Museum, London 1972

4. Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka.