Dian Nais » cikgu

DIKIR BARAT, TUKANG NYANYI, TEH SUSU, ROKOK ‘SIGERIT’ DAN ROTI CANAI
Selepas sesi latihan bersama ahli-ahli Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan (PESIBAN) semalam, amba terlajak ke kedai mamak di Seri Kembangan untuk menghilangkan kering tekak bersama Abe Ming Puchong. Belan-belan tu amba terlanjur bertanya kepada Abe Ming Puchong (Tukang Karut Dikir Barat Terbaik Kebangsaaan 2008) mengenai muzik dan nyanyian Dikir Barat. Pertanyaan amba menjurus kepada nyanyian serta paluan rebananya yang lebih kompleks daripada paluan lagu Jogho.

(Kami duduk di sebuah meja di pinggir restoran. Hujan. Kami beralih ke dalam restoran.)

Setahu amba nama-nama paluan biasa yang dikenal pasti dikalangan ‘Oghe-oghe Dikir’ lebih-lebih lagi ‘Tukang Nyanyi’ senang disebut dengan nama Membo (mungkin berasal daripada Mambo), Cice (sebutan “Chiii-Chayy’), dengdut atau dangdut, rambong, dan beberapa lagi paluan spesifik yang ada. Mutakhir ini ada antara Tukang Nyanyi yang diiringi dengan paluan variasi muzik Melayu asli seperti zapin, inang, masri, joget dan lain-lain. Variasi ini bagi amba adalah sihat kerana masih di dalam lingkungan muzik tradisional dan menggunakan ensembel alat-alat asas dikir barat seperti rebana dikir barat dan gong.

(Lambat pulak mamak nak ambil pesanan .. )

Berbalik kepada perbincangan kami, rata-rata ‘Tukang Nyanyi’ lagu-lagu Dikir Barat pada awal 70-an dan 80-an yang berasal dari Yala dan Patani, negara Thai sentiasa merangkaikan diri mereka untuk bersama seorang pemalu rebana dikir barat pilihannya. Memandangkan amba ni peminat lagu-lagu Allahyarham Mat Yeh (yang mana lagu-lagu nyanyian beliau mempunyai pelbagai variasi paluan) perbualan kami berkisar dengan mengambil contoh kepada amalan dan pembawaan Allahyarham di bangsal/pentas dikir barat klasik. Yakni, sekiranya ada penganjur ‘memadah’ maka tidak dapat dinafikan bahawa Allahyarham akan membawa pemain rebana ibu dikir barat yang tersohor pada waktu itu iaitu, Husin Gading bersama untuk mengiringi nyanyian beliau. Adakah pada zaman kegemilangan dikir barat di Negeri Kelantan di waktu itu tidak ada pemalu rebana dikir barat yang boleh mengiringi nyanyian Allahyarham Mat Yeh?

(Jawapan kepada isu ini sedikit sebanyak telah terkupas sedikit demi sedikit sambil hirupan teh susu berselang dengan gelak hilai kami berdua.)

Sebenarnya antara masalah paling besar seorang ‘tukang nyanyi’ di bangsal/persembahan dikir barat yang bersifat ‘impromptu’ adalah untuk memberikan isyarat yang jelas mengenai paluan yang diperlukan. Memandangkan muzik dikir barat tidak seperti genre muzik moden yang mempunyai sekurang-kurangnya satu instrumen melodi, muzik dikir barat menggunakan alunan suara tukang nyanyi sebagai pembimbing (pamurba) lagu  dan kemudian disusuli oleh paluan irama variasi seperti diterangkan di perenggan sebelum ini, bertingkah antara instrumen lain seperti marakas, gong dan canang.

Interaksi dan isyarat yang diperlukan adalah kritikal kerana penentuan jenis paluan dan kelajuan atau tempo sesuatu lagu dikir barat. Walaupun seolah-olah automatik namun demikian terdapat kejadian yang menimpa ‘Tukang nyanyi’ yang kadangkala tiba-tiba terhenti dan atau tidak dapat mengalunkan sebuah lagu dengan baik kerana jenis paluan dan tempo tidak sesuai. Sebagai contoh, mungkin lagu memerlukan paluan tempo perlahan dan pemalu rebana itu adalah bergantung kepada kedua-dua pihak.

(tak cukup teh susu, roti canai kami pesan pula)

Menurut Abe Ming, tukang nyanyi perlu bawa bersama seorang pemain rebana dikir barat pilihannya atau yang tertentu adalah untuk melancarkan persembahan dan menjaga reputasi. Contoh dalam kes klasik, lagu-lagu Allahyarham Mat Yeh yang banyak menggunakan air lagu seperti lagu-lagu klasik Hindustan. Melalui beberapa lagu yang berada dalam koleksi amba kaedah paluannya berlainan daripada paluan normal. Abe Ming berkata paluan rebana yang mengiringi Mat Yeh sebenarnya memudahkan Allahyarham mengalunkan lenggok suara dengan lebih tenang, tidak tergesa-gesa dan projeksi suara yang menenangkan pendengar.

(Teh susu secawan dah separuh, rokok ‘sigerit’ pulak dihisap)

Di Lembah Kelang kini, bagi seorang tukang nyanyi akan menghadapi masalah ini. Ia menjadi dilema yang dipendam apabila khuatir pemain rebana yang kurang mahir sama ada sukar untuk mentafsirkan jenis paluan dan tempo dikehendaki seterusnya akan mencacatkan persembahan.

Memadai sebegitu dan amba belum lagi membangkitkan soal sistem audio dan kesilapan perletakan nada. Mungkin akan menyebabkan terjadinya ‘suara pecah’ atau ‘letang bbano’. Jika pembimbing lagu berasal daripada melodi yang biasa didengar mudah untuk pemalu ‘masuk’ mengiring nyanyian. Namun sekiranya melodi itu adalah melodi baru, masalah ini akan timbul semula.

Dilema ini sebenarnya boleh diatasi dengan dua (2) cara.. pertama menerusi latihan yang mencukupi antara tukang nyanyi dan pemalu rebana  dan kedua dengan memberitahu secara langsung mengenai jenis paluan dan tempo sebelum menyanyi. Jika amalan kedua-dua cara ini dilaksanakan, persembahan nyanyian seorang tukang nyanyi akan lebih baik dan teratur demi mengangkat persembahan dikir barat ke tahap lebih profesional.

(Roti canai dah habis, Teh susu dah habis.. amba pun hantar Abe Ming Puchong pulang ke rumahnya….)

Wallahu a’lam

[p/s: Belan-belan bbual, dan la siap sebuah lagu nyanyi.. tunggulah kalu ada kesempatan amba nyanyilah.. insya Allah]

LATIHAN
Sempena bulan Ramadhan, latihan persembahan-persembahan tradisional yang amba sertai dihentikan buat sementara waktu. Demi menghormati bulan puasa. Tambahan pula kebanyakan ahli-ahli kumpulan sibuk dengan urusan masing-masing.

Itu bermakna kalau nak berlatih jugak, maka kenalah berlatih sendiri di rumah. Tak banyak yang boleh dilakukan bila berseorangan. Kemahiran yang ada pula sedikit. Oleh itu, amba hanya mampu melihat kembali catatan-catatan terdahulu yang boleh membantu amba memahami dengan lebih lanjut bidang persembahan tradisional. Menerusi rakaman-rakaman yang ada sama ada daripada perbualan, koleksi buku-buku mengenai persembahan tradisional, himpunan lagu-lagu dan koleksi peribadi sedikit sebanyak mengubati rindu amba kepada permainan sama ada Makyung, Wayang Kulit dan Dikir Barat. Selain itu artikel-artikel yang diterbitkan sama ada dalam majalah, surat khabar mahupun blog menjadi sumber rujukan untuk amba tahu dengan lebih lanjut.

Insya Allah,  lepas raya sambunglah berlatih balik. Bukan apa, amba ni…jika benda yang baru dipelajari kalau tak berlatih.. lama-lama jadi tak ingat.

IDEA OH IDEA
Semenjak dua menjak ni.. ambo perhatikan  banyak sungguh lambakan idea. Ada yang ambo tengok boleh diterima pakai.. ada yang sememangnya pelik, aneh dan tidak munasabah langsung. Sepanjang umur hidup ambo, inilah pertama kali idea-idea sebegini diutarakan. Terlebih aneh ambo perhati idea-idea itu seolah-olah tiada efek dan kesan kepada yang berkenaan sahaja. Pendidikan Seks lah.. Memansuhkan pelajaran lah.. Cikgu nak berpolitik lah.. alahai.. tu semua ideologi yang buat orang berkerut kening saja tu..

Secara kasar, tujuan sesuatu idea itu dikeluarkan adalah untuk menyelesaikan masalah. Secara halusnya ambo merasakan seolah-olah pemberi idea berkenaan tidak membuat siasatan terlebih dahulu akan punca masalah itu terjadi secara kritikal. Itu yang menyebabkan ambo merasa aneh dan hairan akan mengapa terjadinya sedemikian.

Proses Idea

Berdasarkan pengalaman dan latihan yang ambo telah lalui sepanjang ambo hidup ni, apabila ambo nak mengeluarkan sesuatu idea ambo mesti memikirkan adakah idea tadi merupakan suatu keperluan atau merupakan satu kehendak? Jika keperluan maka idea itu  hendaklah dibuat dan ia lebih diutamakan. Manakala jika ia kehendak,  ia lebih bersifat peribadi dan bolehlah dikemudiankan.

Seterusnya ambo akan kenal pasti apakah sumber-sumber yang ada untuk melaksana idea itu. Siapakah yang nak membuat? Berapa kos? Berapa lama tempoh yang ada?  Apa alatan yang ada serta diperlukan dan sebagainya.

Setelah dikenalpasti barulah ambo tetapkan matlamat yang hendak dicapai dan memikirkan pula akan kesan yang akan terjadi sekiranya sesuatu idea diterima.

Seterusnya ambo akan cabar idea ambo tadi berdasarkan persoalan-persoalan yang akan timbul sewaktu pelaksanaan idea. Teknik yang paling lazim ambo guna adalah sama ada provokasi dan mempersoalkan keputusan majoriti… Teknik provokasi (secara memancing atau menembak) tu mungkin ramai yang tahu tapi mempersoalkan keputusan majoriti tu jarang ambo  berjumpa sebab? Pertamanya, mungkin akan menimbulkan konflik  dan kedua, menonjolkan kita sebagai seorang penentang.

Kemudian setelah itu barulah idea itu dijana dengan memfokuskan keadaan sama ada secara induktif dan deduktif serta alternatif terbaik kepada untuk menyelesaikan sesuatu masalah.  Itu secara kasarnyalah..

Emosi Vs Rasional

Namun demikian, tak ramai yang berfikir secara demikian. Ambo tidak nafi. Lebih-lebih lagi bila emosi mengatasi rasional. Buktinya apa bila terjadi sesuatu perkara barulah nak ambil tindakan, nak mengadah, nak ubah dasar, nak pinda akta. Padahal perkara itu boleh dihitung dan diukur terlebih awal lagi. Tapi kalu yang mengemukakan idea tu sekadar anak bilis (hok beleh)… takkan lah Bapok paus nak ambil letak di ‘perut’? Ke guana?

Wallahu a’lam

p/s: “Payoh-payoh sangat gak.. paka lenggok alah kelangit .. dah tu menyupoh ssoghe.. Hak tu baghe tetu ia meme takdok kena mengena dengan oghe.. puah-puah menyupoh.. dok diam.”

KISAH SEORANG ‘MAKHLUK’ (NAK LAWAN GODZILLA KONONNYA!)
Ilustrasi Godzilla (Kiri) yang cuba dilawan oleh makhluk (Kanan)..

Dikala anak-anak di Malaysia menempa sejarah tersendiri sebagai manusia terpelajar, terbimbing dengan ilmu dunia dan semata-mata demi untuk menyediakan diri mereka bagi menghadapi cabaran dunia masa akan datang, ambo dan rakan-rakan dalam perkhidmatan awam, telah mengukir sejarah hitam apabila ditempelak oleh sejenis makhluk yang terang-terangan menunjukkan beliau tidak redha dengan apa yang diperolehinya.

Dalam dunia maya, ‘warna’ sebenar manusia boleh ditonjolkan, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Lebih tepat lagi jika ambo katakan bahawa ‘warna’ yang dimaksudkan adalah ‘warna’ hati mereka sendiri. Melalui satu pelantar yang diilhamkan oleh salah seorang ‘senior’ ambo, perkhidmatan yang juga menjadi sumber pendapatan dan karier sejumlah besar kakitangan awam negara, telah dicemari oleh cercaan makhluk ini. Oleh demikian, ambo menjadi malu untuk mengaku bahawa dia ini manusia memandangkan manusia sepatutnya dikurniakan akal boleh menerima sebarang penjelasan yang logik, lebih-lebih lagi jika penerangan tersebut disertakan dengan fakta, data dan sumber yang sahih. Oleh itu, berdasarkan penulisan dan tohmahan-tohmahan yang dibuat oleh makhluk ini dia masih belum layak untuk digelar manusia. Cukuplah sekadar makhluk.

Mungkin di laman ini, panggilan tersebut adalah terlalu kasar dan tidak sesuai dengan keperibadian ambo. Sebenarnya rakan-rakan ambo yang lebih agresif telah menggunakan panggilan yang lebih kasar kepada makhluk ini. Mungkin itulah yang paling tepat. Cukuplah sekadar ambo gelar makhluk memandangkan apa yang akan dibincang seterusnya merupakan penilaian terhadap makhluk ini yang mungkin boleh menjadi iktibar kepada pengunjung Dianais.com.

Kronologi

Apa yang makhluk ini sebenarnya dah buat?

Ikhlas ambo simpulkan bahawa ia adalah makhluk yang tidak diundang. Pada peringkat awal ambo perhatikan beliau cuba untuk menyuarakan ketidak puasan hati beliau terhadap skim perkhidmatan ambo. Itu bukanlah kes pertama dan tidak menjadi satu kejutan kepada ambo dan rakan-rakan kerana masalah ini seolah-olah berlaku sepanjang masa.

Setelah sekian lama tidak dihiraukan, makhluk ini mulai menyerang ahli-ahli forum secara peribadi. Selama beberapa minggu, kehadiran makhluk ini mulai menyusup ke dalam fikiran ahli-ahli forum. Satu demi satu penjelasan secara diplomatik mula diutarakan. Sememangnya antara tugasan utama kami adalah memberikan penjelasan mengenai apa jua perkara yang menjadi punca masalah dan dilatih untuk menyelesaikan masalah bagi mengelakkan pertikaian.

Kemudian apabila diendah, komentar negatif makhluk ini semakin rancak. Pencaknya mulai agresif. Rentak tohmah mulai galak. Makhluk itu mula memutar belitkan fakta. Kata-kata cemuhan, cacian dan cercaan mulai dihamburkan. Percikan emosinya semakin dirasai, namun rakan-rakan ambo masih boleh bersabar dan masih lagi terus memberikan penjelasan secara baik.

Namun, batas sabar manusia ini tinggi setara manalah sangat? Kami pun muda. Ditambah pula dengan tekanan-tekanan lain, kami mulai membuat kajian mengenai keperibadian makhluk ini. Keinginan untuk hendak tahu siapakah yang mempunyai perwatakan seagresif ini sehinggakan sanggup mendakwa telah mengadu kepada pemimpin tertinggi negara, naik turun jabatan yang menyelenggarakan perkhidmatan dan sebagainya, kononnya atas nama perjuangan rakan sejawat.

Salah Langkah

Sehinggalah pada suatu ketika makhluk ini salah langkah. Setelah diselidiki, kami dapat tahu bahawa:

makhluk ini adalah antara golongan yang teramat kecewa kerana tidak terpilih untuk memasuki perkhidmatan kami. Makhluk ini gagal walaupun pada peringkat permulaan. – kemudiannya mendabik bahawa perkhidmatan ini tidak sesuai dengan minatnya! -

makhluk ini mendabik dada dengan menyatakan beliau memiliki ijazah sarjana bidang pengurusan perniagaan – bila diselidiki, kredibiliti sarjana makhluk ini sebenarnya meragukan -

makhluk ini berpaksikan pengalaman beliau dinaikkan pangkat dari eksekutif ke penolong pengurus di Petronas – rupa-rupanya taraf jawatannya adalah kontrak dan tidak disambung kerana prestasi -

dan banyak lagi penemuan-penemuan yang  boleh disimpulkan bahawa makhluk ini adalah sebenarnya makhluk yang tak sedar diri.

Ambo sebenarnya semakin malas dan hilang hormat kepada makhluk ini lebih-lebih lagi perkara-perkara yang tidak senonoh yang diletakkan di laman-laman jaringan sosial seperti facebook dan youtube. Cuma ambo merasa kasihan dan terasa agak sesal kerana status beliau masih bergelar seorang guru yang merupakan pekerjaan yang dijamin oleh agama dan bangsa sebagai satu pekerjaan yang mulia. Bagaimanakah ajaran yang akan diberikan kepada generasi baru yang jua bakal pewaris negara? Ambo sangsi dengan ‘siqah‘ yang ditunjukkan….

Jika Makhluk ini membaca lembaran ini, ambo cuma ingin menyeru kepada anda untuk ‘Grow-up!’, dan jadilah orang yang bersyukur. Ini berikutan ambo masih belum mampu untuk menolong rakan-rakan ambo yang lain yang lebih ikhlas, yang lebih tulus, yang lebih layak untuk bergelar guru  malah mendapat pekerjaan, walaupun keputusan akademik, bidang pengajian dan sikapnya jauh lebih baik berbanding anda.

Wallahu a’lam.

http://dianais.com