Dian Nais » cabaran 2010

TENTANG MUZIK MAKYUNG..
Sehari dua ni dengan kesempatan cuti yang ada ni Amba ucap syukur kepada Allah taala kerana berkesempatan untuk kejar balik perkara-perkara yang Amba ketinggalan. Terlebih lagi dalam perkara-perkara yang melibatkan bentuk-bentuk kesenian tradisional yang berasal dari negeri kelahiran Amba. Belan-belan bertanya kepada Yana dan Farid di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), maka Amba berkesempatan bertemu mata dan bertanya khabar dengan pakar-pakar pergendangan Melayu dunia yang semakin hari semakin ditelan zaman. Kesempatan yang ada Amba cuit untuk ambil tahu dan bertanya mengenai bentuk pergendangan Melayu yang paling sukar untuk dikuasai iaitu pergendangan Makyung.

Sambil-sambil berbual bersama Ayah Li (Razli Ayub), Pok War (Anuar Ismail) dan Abe Ming Puchong mengenai pergendangan Makyung, Ayah Li berkata ada pemain-pemain gendang yang suka ‘menambah’ atau ‘mengurang’ paluan gendang yang asas (pokok) lagu Makyung. Apabila ditanya adakah sebab-sebab atau maksud-maksud tertentu akan penambahan atau pengurangan dibuat, tiada penjelasan diperolehi daripada mereka yang ditanya. Beliau juga turut menyebut bahawa pergendangan Makyung mempunyai tertib atau ‘tumakninah’ nya tersendiri. Tidak boleh sengaja dibuat-buat jika tiada keperluan. Hal ini kerana perkara yang dibuat-buat tanpa sebab musababnya akan menyebabkan ia menjadi satu amalan atau tabiat. Tabiat ini akan mencacatkan perjalanan sesebuah lagu Makyung yang bersifat spesifik turun-temurun sejak dari zaman dahulu lagi.

Pada pandangan Amba perkara sedemikian terjadi kerana latih tubi ensembel yang ada pada sesuatu masa tidak lengkap sepenuhnya. Maksud Amba pemuzik atau pemalu gendang akan memalu secara ‘kosong’ tanpa penyanyi dan melodi rebab. Jika ada pun mereka yang ingin berlatih/belajar, untuk menghimpunkan  satu kumpulan yang lengkap adalah sukar. Jika yang berlatih itu berada di kawasan ASWARA, maka kemungkinan ramai yang boleh menunjuk ajar serta melengkapkan perjalanan sebuah latihan. Tapi jika di luar masalah ini amat terasa lebih-lebih lagi tidak ramai yang mahir dalam satu kumpulan untuk memainkan sesuatu muzik Makyung.

Namun demikian, masalah ini masih belum kritikal. Hal ini kerana kemahiran seseorang pemuzik tradisional tidaklah tertumpu kepada satu instrumen semata-mata. Seorang pemuzik tradisi0nal biasanya mempunyai kemahiran terhadap lebih daripada satu instrumen. Contohnya dalam ensembel muzik tradisional Makyung, seorang pemain gendang  (ibu atau anak) mestilah mengetahui maksud setiap paluan gong yang juga berfungsi sebagai penanda masa bagi satu kitaran ritma/’beat’ (biasanya dalam kiraan 16 ‘beat’) dalam sesebuah lagu. Bermakna kemahiran memalu gendang juga mesti disertai dengan kemahiran memalu gong (anak/ibu) yakni dua instrumen yang berbeza bagi melancarkan perjalanan sebuah lagu.

Sebenarnya, struktur pelajaran muzik bentuk tradisional  telah begitu tersusun yang mana setiap instrumen mempunyai  perkaitan yang amat rapat antara  satu sama lain. Seseorang pemuzik yang ingin menguasai bentuk tradisional ini harus melalui proses untuk mengenal pasti kedudukan, tempo, perjalanan, susunan paluan dan ‘tanda masa’ bagi sesuatu lagu. Proses mengenal jenis-jenis lagu  serta bentuk paluan perlu diterangkan oleh mereka yang mahir. Bagi maksud mengenal tersebut hanya pengalaman sahaja yang membolehkan susunan bunga dan ranting paluan diletakkan ditempat-tempat tertentu untuk memantapkan lagi sesebuah ensembel.

Alhamdulillah, walaupun pertemuan bersama mereka adalah amat singkat, namun sedikit sebanyak terjawab jugalah beberapa persoalan mengenai muzik Makyung dan ada lagi beratus soalan yang belum selesai. Insya Allah selama masa yang ada, ada kesempatan Amba tanya..

Wallahu A’lam.

TRAVELOG SENI: MENGHADIRI FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE 23
Masa amba bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Negara kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei pada Oktober yang lalu, amba berkesempatan untuk meluaskan hubungan rakan sejawat yang bertugas di agensi-agensi yang bernaung di bawah Kementerian di mana Amba berkhidmat. Hubungan yang baik itu telah amba manfaatkan untuk memenuhi jemputan Puan Ruzita Alias, Pegawai Pemasaran FINAS menghadiri majlis gilang gemilang penggiat filem negara iaitu Festival Filem Malaysia ke-23. Amba merasa amat terharu ke atas jemputan yang dipanjangkan kepada diri amba. Bukan apa, peluang yang datang tu bukanlah hari-hari dan kebetulan pula tiada apa-apa program pada hari jemputan berkenaan.

FFM 23 diadakan di SACC, Shah Alam. Amba bersama rakan iaitu salah seorang rakan daripada pejabat Encik Amilizan memenuhi jemputan itu. Kami pergi awal. 6.30 petang dah ada kat SACC untuk mengelakkan sesak. Merasalah juga amba berpakaian ‘Black Tie’. Kali terakhir adalah masa berkursus di Intan Bukit Kiara menghadiri Jamuan makan malam Black Tie anjuran Maktab Polis Cheras. Pengalaman daripada kehadiran amba yang lepas amba manfaatkan untuk memenuhi protokol yang ditetapkan.

Tetamu hadir tepat pada masanya. Termasuk VVIP seperti Yang Berhormat Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, YB Timbalan-timbalan Menteri, Pengerusi FINAS, Ahli-ahli Lembaga FINAS dan sebagainya. Siaran secara langsung disiarkan di ASTRO.. tapi tak dapat lah nak tengok dalam TV sebab amba berada di dewan. Logiknya.

Sebagai kenang-kenangan amba snap beberapa foto bersama Encik Amilizan dan Puan Ruzita Alias di festival tersebut.. malas nak rekod foto artis-artis.. sebab kena berebut dengan Paparazzi.. Kedua-dua rakan ini lebih bermakna daripada artis-artis yang memang tak kenal amba.. ha ha ha..    Amba di majlis tak lama. Mungkin tak kena ngan ‘angin’ kot? Setengah jam majlis bermula… amba balik.. lain kalilah pula kalu ada peluang.. Terima kasih Puan Ruzita ke atas jemputan..

Amilizan semasa minum2 di hadapan SACC sebelum majlis bermula..

Bersama Puan Ruzita (berbaju Hijau) dan Amilizan

Karpet Merah Buat Penggiat-Penggiat Filem Malaysia..

BERDIRINYA DIKIR BARAT HARI INI
Hari ini macam2 tafsiran orang mengenai dikir barat. Salah satu seni yang amba sayang. Biarlah kata orang konservatif dan tak maju.. sekurang-kurangnya amba tak melompat melolong dalam kedai jual arak.

Banyak perdebatan di ruang maya mengenai apa itu dikir barat.. bagaimanakah dikir barat.. maksudnya masih lagi ada yang keliru dengan struktur sebenar dikir barat.. Mungkin artikel dan pendapat ini akan menyebabkan amba digolongkan dalam golongan ‘purist’ dan tak boleh berubah.. tapi kenapa nak ubah yang sedia ada? cacatkah ia? tak baguskah ia?

Seni persembahan tradisional ini jika dibandingkan dengan seni-seni yang lain seperti makyung, wayang kulit, main pateri (tteri) adalah jauh lebih junior. Terdapat catatan-catatan mengatakan ia mula diperkenalkan di negeri Kelantan disekitar tahun 40an dan mula dipopularkan disekitar tahun 60an hingga kini.

Amba mula mengenali dikir barat ini seawal berumur 5 tahun (1985). Pada zaman itu seni dikir barat di Kelantan adalah salah satu wadah untuk menyampaikan nasihat dan pelantar untuk  membahaskan isu-isu semasa dan tidak kurang juga satira-satira yang berkisarkan kehidupan masyarakat sekitar.

Persembahan dikir barat pada zaman itu juga bukanlah dibuat berasaskan keuntungan. Kegiatan itu lebih kepada hiburan di waktu lapang dan yang lebih serius mempelajari kaedah berdikir daripada tokoh-tokoh terkenal. Reputasi seseorang pendikir pada masa itu diukur berdasarkan kecerdikan mengalunkan lenggok suara, kelantangan awak-awak dan kelebihan ‘bunga’ paluan tukang rebana.

Hari ini penggiat-penggiat seni dikir barat generasi muda termasuk amba mula keliru dengan cabaran mentafsir struktur sebenar dikir barat. Seni ini telah popular di seluruh dunia dan seperti mana seni-seni lain turut mengalami asimilasi dan globalisasi. Maknanya daripada segi rentak paluan, irama dinyanyikan dan tema-tema yang diterapkan dalam dikir barat. Jika dahulu rentak yang dipalu adalah terhad kini telah mula dipelbagaikan dengan rentak paluan Melayu seperti joget, inang, masri dan ‘rambong’ yang lebih berstruktur dan lebih kompleks berbanding paluan dahulu.

Mujurlah di Lembah Klang ini masih lagi ada segelintir penggiat dikir barat yang masih berpaut kuat kepada tradisi rebana, gong dan canang…. Semangat ini disuapkan pula kepada peminat2 di sekitar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mengenai kepentingan mengenali struktur dikir barat.

Biarlah orang nak kata macam mana.. bagi amba asas berdirinya dikir barat itu adalah dengan adanya:

1. Satu kumpulan orang-orang yang ingin berdikir;

2. Dikepalai oleh seorang ketua sama ada Jogho (bukan juara) atau tukang karut (tukang bari) dan awak-awak;

3. Mengalunkan puisi (pantun) diselang seli dengan Awak-awak;

3. Diiringi alat-alat muzik dikir barat (rebana ibu, rebana anak, canang, rhomba atau maracas dan gong); dan

4. Rentak yang spesifik untuk dikir barat.

Sekadar pendapat amba..

TRAVELOG SENI: MENYAMPAIKAN TAKLIMAT KEPADA PENGGIAT FILEM NEGARA
Kerjaya hakiki ambo yang baru ini telah membolehkan ambo ‘panjang langkah’ sikit dalam rencah kehidupan seni. Tambahan pula ia berkaitan dengan bidang  yang kita minat lagilah mudah untuk dilaksanakan. Pada 20 Februari yang lalu, sempena dengan hari terbuka Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), ambo telah diarahkan untuk menyampaikan taklimat kepada para penggiat filem tanah air. Sebenarnya perancangan yang dibuat bukanlah sedemikan. Ambo ditugaskan untuk hadir dan memberi sokongan kepada program yang sepatutnya dianjurkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan kerjasama FINAS. Tapi atas alasan yang kecil dan kurang munasabah, ambo-lah yang kena ganti. Tak mengapalah.

Menyampaikan taklimat..

Sebenarnya ambo rasa amat rendah diri pada hari itu kerana, kalaulah hendak dibandingkan dengan pakar-pakar dalam bidang filem ini siapalah ambo ini. Memandangkan satu tanggung jawab, jadi ambo gagahkan semangat berbekalkan sedikit pengalaman semasa mengendalikan klien-klien di pejabat sebelum ini, membolehkan ambo menyampaikan taklimat itu.

Bersama Ketua Pengarah FINAS dan Khairi semasa sesi soal jawab

Sebenarnya bagi ambo, ia merupakan satu pengalaman yang bercampur-baur. Seolah-olah makan buah mangga yang masih putik. Tergigit di sebelah hampir masak, berkerut muka menahan rasa masam..terpepak ke pangkal bijinya..maka terjulur lidah menahan menahan pahitnya. Oleh hal yang kena makan jugak, ambo cicah mangga dengan garam. Syukur, rasa masin garam menutupi masam dan pahit. Indah sungguh ciptaan Allah.

Pada taklimat itu, beberapa ikon industri perfileman negara turut hadir. Di podium, ambo sempat melewatkan pandangan dan hampir terkedu apabila ia berlabuh ke jeti wajah-wajah tersohor seperti Yang Berhormat Senator Tan Sri Jins Samsuddin, Yang Berbahagia Datuk Mustafa Maarof, Yang Berbahagia Datin Paduka Suhaimi Baba, Encik Jurey Rosli dan lain-lain. Gusar kalaulah tersalah cakap dan menyinggung perasaan mana-mana pihak, mengundang padah kepada diri dan para ‘stakeholders’. Tapi taklimat itu tetap perlu diteruskan.

Kelihatan YB Senator Tan Sri Jins Samsuddin khusyuk mendengar taklimat..

Dipendekkan cerita, sebenarnya di samping merasa lega selesainya majlis, ambo rasa sedikit sesal kerana tidak sempat memohon ampun maaf kepada kepada hampir 120 penggiat seni yang hadir sesi tersebut. Itulah kelemahan ambo sebagai seorang manusia. Syukur Alhamdulillah, ambo boleh membantu sedikit sebanyak menjayakan majlis tersebut.

Sebelum melabuhkan tirai taklimat di FINAS, ambo sempat merakamkan beberapa foto sebagai kenang-kenangan bersama rakan yang baru dikenali… bak kata pepatah… tempat jatuh lagikan dikenang.. kan?

bersama Zue Hassim dan Jamal 'Tommy Run' (talent scout) di hadapan FINAS...

YB Senator Tan Sri Jins Samsuddin berlatarkan poster salah satu filem lakonan beliau...

"kita orang lama tak bermakna kita tidak berwarna.. "

AZAM AMBO
a year to resurrect my artistic indulgence..

Tahun baru akan menjelma tiga hari lagi.. Ramai orang sudah bercita cita untuk menyambung perjalanan hidup mereka dengan pelbagai azam dan resolusi. Pada hakikatnya walaupun tidak menyedari, umur ambo juga akan meningkat dan tiada akan berkurang walaupun sesaat.

Tahun baru bereti satu lagi lembaran baru hidup ambo akan dibuka. Memandangkan karier ambo juga telah pun beralih pelantar, ambo kini sedang dalam rangka pelaksanaan dasar baru dalam bidang yang diceburi dan ingin menerjah ke peringkat yang lebih tinggi daripada sedia ada. Satu azam ambo untuk tahun depan adalah menambah pengetahuan kerana Allah Taala. Menambah pengetahuan ni tidaklah semata-mata untuk nak menjadi ‘Tok Guru’ atau seumpanya. Cukuplah sekadar amalan dan manfaat bagi ambo dan ahli keluarga ambo yang terdekat. Seperti mana disarankan agama… “ibda binafsika” atau “bermulalah dengan diri sendiri”.

Bidang yang ambo sasar tidak lain dan tidak bukan adalah yang ulung bidang agama ambo sendirilah. Ambo tidak mahu dilabel sebagai ‘Muslim Baka’. Biarlah orang lain nak kata apa pun mungkin inilah yang terbaik untuk ambo. Selain mencari ilmu baru dalam agama ni, ambo juga nak ‘perhangat’ balik benda-benda yang ambo ada belajar masa di sekolah rendah, menengah, matrikulasi dan universiti. Dengan tujuan nak perkukuh balik asas-asas pegangan Aqidah ambo kepada Allah taala.. dan bukanlah ke arah nak jadi ekstremis dalam bidang agama. Paling penting boleh ambo bimbing diri mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara mungkar… Insya Allah

Selain itu, ambo juga mensasarkan diri untuk meningkatkan lagi kemahiran ambo dalam bidang seni. Bidang-bidang seni termasuklah seni fotografi, seni Mak Yong, Seni Wayang kulit dan Seni Dikir Barat. Ambo belajar untuk kekalkan perkara-perkara ini supaya dapat diperturunkan kepada generasi selepas ambo dan tidak berkubur seperti mana Seni Wayang Melayu yang telah pupus sejak tahun 1993 (kalu tak silap ambo) (Sumber: Lokanbertepuk). Walaupun tidak sepantas mereka-mereka yang diberi peluang untuk menuntut secara formal dalam bidang ini, ambo masih berminat untuk belajar, jika diberikan peluang, dan selagi ada daya ambo berbekalkan keizinan Allah. Maka, ambo akan terus cari ilmu-ilmu ini..

Mengikut perancangan dan perkiraan, tahun 2010 yang akan datang akan menjadi satu tahun yang amat mencabar kepada ambo. Ini berdasarkan tanggung jawab semakin besar, amanah yang dipikul semakin  berat. Ambo doa supaya ambo tidak diberikan satu ujian yang ambo tidak mampu tangani dan hadapi… tu jah lah..

Cukuplah wat setakat ini..