Dian Nais » basa diwana

DIKIR BARAT SECARA UMUM
Dikir Barat merupakan salah satu persembahan tradisional yang berasal daripada Kelantan. Ia  merupakan persembahan muzik gabungan antara instrumental tradisional  dan puisi yang dinyanyikan. Ia sangat popular di Kelantan dan ia merupakan sejenis hiburan yang sangat popular di Malaysia pada masa kini.

Bentuk muzik persembahan Dikir Barat ditonjolkan melalui nyanyian pantun bersahut-sahutan antara seorang penyanyi  dan sebuah korus. Pada zaman dahulu, Dikir Barat hanya dipelopori dan dianggotai oleh kaum lelaki sahaja namun telah terdapat kini pasukan Dikir Barat yang dianggotai oleh kaum wanita.

Tema yang selalu diketengahkan asalnya melibatkan gaya hidup seharian orang-orang tempatan dengan unsur-unsur lucu. Kini ia telah dikomersilkan dengan memaparkan topik semasa, mengenai ekonomi, politik, kebajikan, kesihatan dan isu sosial.

Loghat utama yang digunakan dalam persembahan Dikir barat adalah loghat Kelantan. Namun demikian, pada masa kini, bahasa yang digunakan tidak terhad termasuk bahasa inggeris, bahasa cina, india, Siam dan sebagainya. Melodi yang dimainkan juga berbagai-bagai daripada bertempo perlahan sehingga lebih rancak.

INSTRUMEN MUZIK UTAMA DIKIR BARAT

Beng dan Matusky, menyatakan muzik Dikir Barat dihasilkan terdiri pelbagai beberapa bahagian rentak dan melodi dalam masa yang sama dipanggil muzik polifonik.. (atau tekstur polifoni). Oleh kerana itu tidak boleh diertikan dengan Dikir Barat sekiranya dimasukkan alat-alat muzik lain selain daripada instrumen-instrumen berikut:

1. Rebana Ibu (selalu disalah ertikan dengan gendang Ibu, atau Gedak Ibu)

2. Rebana Anak (selalu disalah ertikan dengan gendang Anak atau Gedak Anak)

3. Gong (tetawak) – dipalu pada setiap 4 bit.

3. Canang – alat gong  ‘Chime’ – terdiri daripada gong kecil berbusut.

4. Marakas atau Rhomba

5. Kesi atau Cing (alat tambahan dan tidak wajib)

DAYA BUNYI

Seperti mana alat-alat muzik membranofon (membrano: kulit dan fon: bunyi), persembahan Dikir Barat dihasilkan oleh gabungan daya bunyi (timbre) melalui paluan atau pukulan oleh pemain rebana (atau Jong Bano) seperti ‘Tak’ ‘Teng’ ‘Duh’ ‘Dung’ ‘Dowk’ ‘Ping’  [*perlu rujukan khusus]. Rentak Rebana Ibu dan Rebana Anak akan meningkah antara satu sama lain dikepalai oleh Rebana Ibu.

CARA PERSEMBAHAN DIKIR BARAT

Dalam persembahan Dikir Barat, ensembel instrumental memperkenalkan sesuatu lagu dengan memainkan dan mengulangi rentak yang pendek dan rancak secara tepukan tangan oleh anggota-anggota korus (Awok-awok) atau dikenali sebagai Bertabuh. Pada kebiasaan, bertabuh akan dimulakan dengan rentak paluan ‘Buka Panggung’ atau ‘Tabuh perlahan’ kemudian disusuli dengan ‘Bertabuh Laju’.

Tok Jora  (yang selalu disalah ertikan dengan JUARA) akan mula mengalunkan pantun sebaik sahaja selesai irama ‘Bertabuh’. Alunan pantun ini tidak bermeter, berbunga sederhana (Beng dan Matusky, 1998) dan dalam tempo yang perlahan. Permulaan ini tidak menggunakan iringan muzik. Namun pemain rebana sekali sekala akan melakukan ‘gertak’ pada bait-bait tertentu untuk ‘main angin’ atau membangkitkan semangat para pendikir.

Awok-awok yang merupakan korus sama ada terdiri daripada sekurang-kurangnya 4 orang sehingga 20 orang dalam satu pasukan akan:

- menyanyikan korus secara serentak (unison) dan berselang-selang dengan pantun oleh Tok Jora;

- duduk dalam satu bulatan, secara bersila dan akan  menepuk tangan pada kiraan bit ke-4 atau lebih senang diistilahkan ‘Tepuk Atas Gong”; dan

- berteriak secara tajam untuk menguatkan bit-bit tertentu dalam muzik.

Selepas persembahan Tok Jora, seorang Tukang Karut akan berdiri mencipta senikata berbentuk pantun secara spontan sama ada mengenegahkan tema tempatan tertentu berasskan tema pantun Tok Jora atau isu semasa yang lain. Nyanyian Tukang Karut akan diikuti oleh Awok-awok dan tempo akan beransur-ansur menjadi rancak.

Penamat persembahan akan diakhiri dengan lagu penutup sama ada lagu Wau Bulan  atau lagu Wau Beremas oleh Tukang Karut.

Nota: Selain daripada ini bagi ambo tidak boleh digelar Dikir Barat. Namun demikian, boleh digelar Dikir Kreatif atau selain daripada Dikir Barat…. Ambo buka untuk dibahas, komen dan diperbaiki… Secara Umum.

Terima kasih

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="660" height="525" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/NxCen6zmH18&hl=en_US&fs=1&border=1" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="660" height="525" src="http://www.youtube.com/v/NxCen6zmH18&hl=en_US&fs=1&border=1" allowfullscreen="true" allowscriptaccess="always"></embed></object>

Contoh Persembahan Dikir Barat Asli!

Rujukan:

1.  Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng. Pengantar Muzik Malaysia. Pulau Pinang. The Asian Cultural Heritage, 1998.

2. http://arjunasukma.com

3. http://dikirbarat.net/forum/index.php

TRAVELOG SENI: DIKIR BARAT DI SEMINAR SENI LISAN ANTARABANGSA
Walaupun masih dalam dukacita memandangkan berlakunya musibah terhadap ambo, namun demikian hidup mesti diteruskan.

Ambo telah diberi kesempatan untuk membuat persembahan Dikir Barat di Seminar Seni Lisan Antarabangsa bertempat di Kelab Golf Danau, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Persembahan kali ini merupakan persembahan korporat dan berbentuk akademik sempena pembentangan Kertas Kerja mengenai Dikir Barat dalam konteks Seni Lisan oleh saudara Halim Yazid. Agak sayang memandangkan ia tidak terbuka untuk tatapan peminat seni Dikir Barat yang lain.

Pada persembahan Dikir Barat ini, ambo telah diberi kesempatan untuk menjadi ‘Tok Jora’ bersama Pasukan gabungan antara Kumpulan dikir barat Warisan Seni Budaya Putrajaya pimpinan saudara Halim Yazid dan Kumpulan Basa Diwana Universiti Malaya. Persembahan dimulakan pada jam lebih kurang jam 8.30 malam dengan paluan muzik-muzik dari permainan Wayang kulit serta kemudiannya diikuti dengan Dikir Barat.

Saudara Halim Yazid sedang memberikan taklimat mengenai persembahan.

Persembahan kali ini agak dinamis dan unik. Keunikan ini menyebabkan ambo rasa puas hati walaupun masa untuk latihan agak terhad. Keunikan tersebut adalah yang mana terdapatnya nilai akademik yang cuba ditonjolkan berbanding persembahan biasa. Saudara Halim Yazid cuba untuk memberikan perbezaan antara format Dikir Barat yang dipersembahkan pada zaman dahulu dengan persembahan yang cuba ‘digarap’ oleh pihak media terutamanya RTM.

Pusingan pertama persembahan dibuat dengan semua ahli memakai Kostum seperti mana yang terdapat di kaca televisyen yang lebih bersifat untuk pelancong atau dalam satu rujukan dinamakan ‘airport arts’. Lebih popular tetapi berbudaya rendah. Persembahan kumpulan menjadi kaku dan formal. Berdasarkan pemerhatian ambo dari pentas, tidak ramai yang mengambil perhatian terhadap persembahan.

Kemudian, pada pusingan kedua, kami menyalin kostum dan hanya menggunakan pakaian harian biasa dan membuat format dikir bulat atau ‘lingkung’. Persembahan menjadi kurang formal namun masih mengekalkan kesopanan atau formaliti persembahan yakni tiada perkataan yang kesat atau tidak sopan digunakan. Kumpulan dipecahkan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai set lengkap dari segi Tok Jora, Tukang Karut (2 pasang), Pemuzik dan ‘Awok-awok’. Hasilnya lebih ramai penonton yang masuk ke dewan dan menikmati persembahan. Alhamdulillah, riak muka dan ‘gesture‘ penonton lebih ceria dan perhatian terhadap persembahan lebih tinggi berbanding pusingan pertama. Di situlah kepuasan yang ambo temui dalam mengadakan persembahan.

Persembahan diakhiri dengan Lagu Wau Bulan oleh Saudara Halim Yazid.

Sedikit foto buat kenang-kenangan semasa persembahan ini.

(‘direkodkan’ dengan menggunakan kamera telefon sahaja, mohon maaf di atas ‘getar-getar’ foto-foto ini)

http://dianais.com

TRAVELOG SENI: PERSEMBAHAN DIKIR BARAT LAMAN BUDAYA, DATARAN MERDEKA
Baru-baru ini hamba bersama dengan Pasukan Dikir Barat Basa Diwana Universiti Malaya telah dijemput untuk mengadakan Persembahan Dikir Barat bersempena dengan Karnival Seni Budaya yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, agensi Kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dianais dan Basa Diwana UM

Persembahan dijalankan dua kali iaitu di sebelah petang dan acara kemuncak pada waktu malam. Antara lain persembahan adalah dondang sayang, nyanyian lagu asli, nyanyian lagu moden dan persembahan kugiran turut diadakan. Selain itu, hadirin yang mengunjungi karnival itu turut mengambil kesempatan untuk mencuba bakat menyumpit, memiliki karikatur dan mendapatkan penerangan daripada Orang Asli  mengenai kegunaan beberapa jenis akar kayu yang turut dipamerkan di karnval tersebut.

Karnival ini amat dialu-alukan oleh penggiat seni budaya bagi menonjolkan aktiviti dan bakat oleh penggiat seni sekaligus menambahkan lagi aktiviti pelancongan dalam negara khususnya.

Penglibatan hamba dalam karnival ini turut dimuatkan dalam akhbar Metro bertarikh 9 November 2009 pada halaman V16 slot Variasi seperti foto berikut.

Paparan Metro bertarikh 9/11/2009

Karnival tersebut turut berjalan lancar walaupun keadaan hujan yang agak lebat pada waktu petang dan kami amat risau akan tiada pengunjung untuk bersama menikmati persembahan kami. Mujurlah hujan berhenti selepas jam 7.30 pm. Walaupun pentas basah namun kami amat seronok mempersembahkan  persembahan dikir barat tersebut..

Dianais bersama Muslih Sang Saka

Syabas hamba ucapkan kepada penganjur dan semoga acara-acara seperti ini diteruskan lagi dengan kepelbagaian seni budaya seperti wayang kulit mahu pun Mak Yong.

http://dianais.com