Form submitted successfully, thank you.

Error submitting form, please try again.

Tag Archives: Artis

MAKYUNG HAK ‘SEDAP’

Amba sebenarnya sangat berat hati untuk menulis pasal Makyung. Sebab pengetahuan Amba mengenai teater tradisional yang autentik ini adalah sangat terhad. Seingat Amba, Amba mula ‘berkenal besa’ dengan Makyung ini pada tahun akhir 2008. Amba tak pernah ‘main Mokyong’. Duduk dalam ‘panggung Mokyong’. Jauh sekali untuk berperan, kirat mahupun buat apa-apa yang besar dalam dunia...

View full post »

NILAI SENI

Selepas latihan bergendang di Rumah Pena semalam, amba bersama rakan-rakan seperti biasa akan mengambil sedikit masa untuk berhimpun sambil menikmati nasi lemak ayam rempah di belakang bangunan kelab belia. Sambil-sambil makan kami bertukar pandangan mengenai nilai seni dari sudut pandangan yang pelbagai. Kami menilai seni itu bukanlah suatu yang mudah diperoleh. Bukanlah mudah dijaga dan...

View full post »

DIKIR BARAT MUTAKHIR INI

Sebagai salah seorang peminat seni Dikir Barat, amba merasa amat gusar dengan perkembangan seni ini mutakhir ini. Bukan apa, penggiat dan aktivis seni ini semakin hari semakin pudar akibat dimamah hari. Tidak kurang juga dengan kelibat pemikiran-pemikiran baru oleh pihak yang sepatutnya bertanggung jawab menyemarakkan seni ini turut menyumbang kepada kemalapan seni ini. Kejayaan yang...

View full post »

DIKIR BARAT, TUKANG NYANYI, TEH SUSU, ROKOK ‘SIGERIT’ DAN ROTI CANAI

Selepas sesi latihan bersama ahli-ahli Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan (PESIBAN) semalam, amba terlajak ke kedai mamak di Seri Kembangan untuk menghilangkan kering tekak bersama Abe Ming Puchong. Belan-belan tu amba terlanjur bertanya kepada Abe Ming Puchong (Tukang Karut Dikir Barat Terbaik Kebangsaaan 2008) mengenai muzik dan nyanyian Dikir Barat. Pertanyaan amba menjurus kepada nyanyian serta...

View full post »

TENTANG MUZIK MAKYUNG..

Sehari dua ni dengan kesempatan cuti yang ada ni Amba ucap syukur kepada Allah taala kerana berkesempatan untuk kejar balik perkara-perkara yang Amba ketinggalan. Terlebih lagi dalam perkara-perkara yang melibatkan bentuk-bentuk kesenian tradisional yang berasal dari negeri kelahiran Amba. Belan-belan bertanya kepada Yana dan Farid di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), maka Amba berkesempatan...

View full post »

TRAVELOG SENI: MENGHADIRI FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE 23

Masa amba bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Negara kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei pada Oktober yang lalu, amba berkesempatan untuk meluaskan hubungan rakan sejawat yang bertugas di agensi-agensi yang bernaung di bawah Kementerian di mana Amba berkhidmat. Hubungan yang baik itu telah amba manfaatkan untuk memenuhi jemputan Puan Ruzita Alias, Pegawai Pemasaran FINAS...

View full post »

TRAVELOG SENI: MENYAMPAIKAN TAKLIMAT KEPADA PENGGIAT FILEM NEGARA

Kerjaya hakiki ambo yang baru ini telah membolehkan ambo ‘panjang langkah’ sikit dalam rencah kehidupan seni. Tambahan pula ia berkaitan dengan bidang  yang kita minat lagilah mudah untuk dilaksanakan. Pada 20 Februari yang lalu, sempena dengan hari terbuka Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), ambo telah diarahkan untuk menyampaikan taklimat kepada para penggiat filem tanah air. Sebenarnya...

View full post »