Dian.. im about to buy a camera.. which one should i Buy?”
“Bro.. gua nak beli kamera.. rekemen sket!”
…..

Seringkali saya dapat ‘inbox’/sms/emel dan sebagainya meminta untuk dicadangkan apa kamera untuk dibeli bagi kegunaannya.. saya faham dengan situasi ini… memandangkan saya juga pernah berada di situasi yang sama.. Tiada apa masalah dan saya merasa amat bangga jika pertanyaan sedemikian diajukan kepada saya. Sedikit sebanyak ia turut membantu saya dalam mendalami dunia fotografi dengan lebih lanjut. Bermakna saya perlu memiliki pengetahuan teknikal mengenai peralatan yang ada dipasaran pada masa kini.
1. Bajet
Perkara pertama yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli sesebuah kamera ialah, bajet..
Harga sebuah kamera digital berada dalam lingkungan RM400 – RM20 ribu ringgit dan ini bergantung kepada keperluan dan kewajaran di dalam menggunakan kamera secara optimum.
Setelah mengenal pasti bajet… barulah difikirkan jenis kamera nak dibeli.. Umumnya, kamera digital yang lazim digunakan ada dua jenis..
1. Compact Digital atau lebih senang dibahasakan sebagai Point and Shoot (P&S); dan
2. Digital Single Lens Reflex. (DSLR)..
Nak tahu benda-benda tu kena carik kat google senang….rujuk Definisi:
Kemudian, pertimbangan-pertimbangan berikut harus diambil kira… terutama sekali dari segi kegunaan seperti dalam rumah, luar rumah, waktu siang/malam dan sebagainya… faktor-faktor tersebut perlu diambil kira..
Okeh itu asas…

Bila dah tahu perkara-perkara tersebut barulah boleh membuat perancangan tentang apa yang diperlukan untuk kegunaan yang optimum.
2. Megapixels. (MP)
MP merupakan Unit yang digunakan dalam kamera digital.
‘Pixel’ bermaksud satu titik grafik. Megapixel pula bererti ada berjuta2 titik dalam grafik. Lagi banyak MP lagi teliti (detail) sesuatu imej tersebut. Hari ini, sebuah kamera digital selalunya memiliki lingkungan keupayaan antara 4 MP sehingga 14 MP.
Peminat fotografi yang baru selalunya salah sangka dengan unit ini. Mereka menganggap unit ini menggambarkan keupayaan sebenar sesebuah kamera digital secara menyeluruh. Sebenarnya harus diingat, banyak lagi faktor-faktor lain yang perlu dijelaskan untuk mengukur keupayaan sebuah kamera digital dan bukanlah semata-mata faktor MP sahaja
Untuk mencetak gambar 4R (4X6), sebuah kamera digital dengan keupayaan 4MP sudah memadai. Kebanyakan gambar disiar di laman web atau laman sosial seperti facebook dan lain-lain. Kamera berkeupayaan 2MP juga memadai bagi menampilkan imej yang teliti.
Bagi yang lebih maju, sebuah DSLR yang memiliki keupayaan sehingga 24.5 MP mungkin paling memuaskan atau optimum untuk pelbagai tujuan yang lebih komersil. Jangan hairan jika harga kamera tersebut boleh mencecah sehingga RM27 ribu. Pastinya anda tahu apa yang saya maksudkan keupayaan kamera ini..
3. Zoom (Optikal vs Digital)
Secara asasnya, terdapat dua jenis zoom pada sebuah kamera digital. Iaitu Optikal atau/dan digital.
Secara teknikal, kedua-dua zoom lebih mudah difahami:
Optikal – pergerakan antara jarak fokus kanta dalam sesuatu lensa yang boleh memberikan kesan pembesaran kepada imej yang akan dikomposisikan.
Digital – merupakan pembesaran zoom dalam cip pemprosesan kamera digital. Imej akan menjadi besar, namun ketelitian dan kualiti gambar terpaksa dikorbankan.
Bagi memilih sebuah kamera digital, optikal zoom adalah jauh lebih baik daripada digital zoom. Begitu juga dengan nilainya. Lebih besar nilai zoom optikal maka itu lebih baik.
4. Saiz dan Berat
Berdasarkan kegunaan, ada jurufoto yang tidak kisah dengan saiz dan berat. Jurufoto yang professional ada yang membibit sehingga 2-3 kilogram beserta lensa dan lampu denyar (flash gun).
Namun untuk asas dan bagi kegunaan mengambil gambar rekreasi, dan tidak komersil, kamera yang ringan disyorkan. Kerana lebih memudahkan pergerakan dan penyimpanan.
Subjek ini akan saya ulas dengan khusus di artikel yang lain.
5. Hayat Bateri
Saya pernah menggunakan kamera-kamera digital kompak (jenis point and shoot) yang tidak memiliki hayat bateri yang panjang. Apabila tiba di kemuncak acara/ majlis dan saat yang sesuai bateri habis! Keadaan itu sangat mengecewakan.
Ada kamera digital menggunakan jenis bateri AAA/AA dan ada kamera yang menggunakan internal bateri yang boleh dicaj semula. Berbanding dengan bateri caj semula, jenis bateri AAA/AA ketahanan kurang, dan tidak tahan lama berbanding bateri caj semula. Tempoh menukar bateri boleh menyebabkan seorang jurufoto hilang shot2 yang menarik.
Oleh itu, disyorkan memilih bateri yang boleh dicaj semula dan disarankan mempunyai bateri tambahan bagi mengelakkan kekecewaan ini.
6. Aksesori Tambahan
Seringkali mereka yang ingin memiliki kamera ‘overlook’ mengenai perkara ini. Terlalu sibuk dan ‘over-excited’ dengan harga kamera (body) atau lensa, sehingga terlupa perkara-perkara berikut:
- bekas simpan kamera
- beg menyimpan kamera atau membawa kamera
- memori kad berserta`card reader’
- tripod/ monopod
- bateri tambahan
- lampu denyar (external flash gun)
Aksesori-aksesori tersebut biasanya dijual berasingan dan ia amat penting sebelum menggunakan kamera. Ada penjual menawarkan pakej bagi aksesori-aksesori ini, namun harus diingat perkara pertama yang diutarakan iaitu bajet… berapa yang perlu kita laburkan dan kegunaannya.

7. Baca reviu
Internet menyediakan banyak maklumat yang percuma kepada jurufoto. Hari ini, maklumat-maklumat tersebut boleh dipercayai dan datangnya daripada pelbagai aspek dan sudut. Terutamanya kamera. Saya menggunakan internet sepenuhnya bagi mengetahui mengenai kamera dan yang lebih baik menyediakan contoh foto yang diambil menggunakan kamera tersebut. Yang tinggal adalah penilaian jurufoto tersebut sama ada hasil itu adalah baik dan sesusai atau tidak bagi dirinya.
Selain internet, terdapat majalah-majalah fotografi yang dijual dipasaran turut memberikan reviu yang baik terhadap kamera-kamera digital. Saya memilih untuk membaca majalah seperti Digital Camera Monthly, Advance Imaging dan beberapa majalah fotografi antarabangsa bagi mendapatkan pengetahuan sama ada mengenai kamera, teknik mengambil gambar serta menikmati keindahan foto-foto yang dipaparkan.
8. Bertanyalah kepada yang Pakar
Selain membaca reviu, bertanya kepada pakar-pakar adalah lebih baik. Seorang jurufoto yang baik boleh memberikan penjelasan tanpa ’bias’ kepada mana2 jenama. Hari ini, bidang fotografi amat luas. Sesiapa sahaja boleh jadi jurufoto. Saya tidak segan bertanya kepada sesiapa sahaja. Sehingga kini, saya tidak pernah bertemu seorang jurufoto yang lokek dengan pengetahuan baik professional atau amatur. Oleh itu, jangan segan bertanya dan jangan bongkak bila dah tahu.
9. ‘Hands On Feel’
Tiada kaedah yang lebih sesuai untuk menerangkan kegemaran dan keutamaan setiap individu, sehingga seorang jurufoto memegang sendiri dan mencuba kamera digital itu. Bagi mendapatkan perasaan ini, tidak susah. Sama ada pergi terus ke kedai menjual kamera dan mohon untuk mencuba sendiri kamera itu. Mahirkan diri dengan asas-asas ini, rasa sendiri butang ’Shutter’, pandangan daripada kamera dan sebagainya.
Tiada yang lebih penting daripada keselesaan individiu itu dengan apa yang ingin digunakan. Bagi saya, setiap sen yang saya laburkan untuk fotografi adalah satu pelaburan yang saya tidak akan sesali.
Wassalam.

by dian
4 comments
link to this post email a friend