SAJAK: JAUHNYA JARAK KITA…

Sahabat,
jauhnya jarak kita..
kerana diameter roda itu terlalu lebar..
ukur lilit roda itu terlalu besar
menggambarkan jurang hidup ini
terlalu angkuh menjauhkan
aku dan dikau
Pernah,
aku di bawah..
tangan tergapai
memohon topangan..
hingga,
aku terlupa dikau
di atas..
Lantaran,
kita masih diroda sama,
ia terus berputar
tanpa belas
menuruti jejak tetap
alur yang tidak berubah..
oleh hanya,
beberapa detik
kita setara..
Roda
terus beputar lagi,
menolak dikau
ke bawah..
aku ke atas..,
giliran aku menghulur bantuan,
sekadar mampu..
dengan izin
yang Maha Kuasa
Lantaran,
jarak kita masih jauh..
walau pada
roda yang sama..
pasti cuma
cubaan sementara..
____
dianais
1 Muharram 1431H
Selangor
« PENDAPAT: FEStKUM OH FEStKUM..(DIKIR BARAT)
“APA BARANG JADIK ‘FOLLOWER’?” »
by dian
2 comments
link to this post email a friend