“Photo Hunting”: bersama Ted Adnan dan Persatuan Jurufoto Pahang

Posted by dian in basic, Events, Experience, Friends, Photographers | Tagged , , , , , , , | 15 Comments

Entri rasmi oleh Ted Adnan (A Malaysian Professional Photographer) mengenai acara ini seperti di capaian.

Pada 9 Januari 2010 lalu, ambo telah berkesempatan untuk bersama-sama dengan ahli-ahli Persatuan Jurufoto Pahang mengikuti satu program ”photo Hunting” di Kuantan, Pahang Darul Makmur. Program ini telah di hoskan oleh seorang jurufoto Profesional Malaysia iaitu saudara Ted Adnan.

Pantulan Imej Peserta Program Photo Hunting bersama Ted Adnan

Ambo rasa sangat bertuah kerana turut diberikan peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan bersama-sama ahli-ahli persatuan Jurufoto Kuantan yang mempunyai kecenderungan untuk mendapatkan tip-tip mengenai teknik bagi menghasilkan foto yang lebih baik. Rupanya banyak lagi yang perlu ambo tahu…

Terima kasih kepada Persatuan Jurufoto Kuantan, terutama kepada Azraie (Rejimus),  Ted Adnan dan tidak dilupakan pakar Make-up yang turut menyumbang kepada penghasilan foto yang menarik iaitu Zue Hassim ke atas peluang itu.  

With the Pressident Rejimus!

Sedikit hasil yang direkodkan oleh ambo ”sewaktu photo hunting” tersebut…

(f2.8 1/5000)

(f16, 1/160)

  Selepas habis program tersebut.. acara bebas.. kitorang gi berkelah.. kat situ.. try lagik skill.. :D

f7.1 1/125s by H. Neil

Akhir sekali, mestilah ambil gambar bersama sifu.. buat kenang-kenangan.. hahah

Me with Sifu Ted Adnan (f11 1/250s) taken by H. Neil

15 Responses to “Photo Hunting”: bersama Ted Adnan dan Persatuan Jurufoto Pahang

  1. Al Hadi says:

    pergh…. patut la gambar2 kau cun belaka. berguru dgn Master Lampu rupanya.

    kalaulah aku mampu beli dslr :(

  2. dian says:

    elop Hadi…. well.. ada peluang belajar kita belajar.. lagipun aku pun masih perlu buckle up skil nih.. hehe.. banyaaaaaakkk lagi yang perlu diketahui banyaaakk sangat..

  3. Al Hadi says:

    ye la. tapi kalo ada tools kan lagi senang nak belajar kan :D

  4. dian says:

    well.. at least tool asas kena ada lah.. tak nafi la bro.. :D tapi its all an investment ma.. :D

  5. salam bro….aku matyie org kamu mu nih ( depe umoh adisarman )…jupo mu dale facebook…tak sangka mu bijok fotografi jugok…aku pun tgh blaja nih……gud luck bro :)

  6. kalu nok tgk gambar keris2 koleksi lawatlah http://www.yiekeris.multiply.com

  7. dian says:

    matyie anak abe hok ko.. matyie anok cik mail muda ko.. matyie cino? haa.. ramai mat yie tuh.. belajar belajar jaaah heheh selamat.. hahahh tima kasih komen

  8. matyie hok panda kecek cino lah…haha….lamo dok jupo mu…balik kampung helo2 lah bro…0199557979..tubik2 minum ko…

  9. dian says:

    bereh laa yie.. tahu doh.. haha.. aku tok dok tg. mas doh lonih.. takpo nanti aku kelik aku halo laa … bereh yie

  10. alhamdulillah mu kenal lg aku….c u soon….mu tetap my orang kampung…hahha…kao meng arrrrr!!!!

  11. dian says:

    hahaha.. mestilah aku kenal.. saing jak kkecik maa…

  12. dwan deen says:

    berminat untuk join dan bertukar-tukar pengalaman
    dalam kelab ini.

    Saya berasal dari anak Felda Jengka, Pahang
    kita bekerja di Gombak

  13. dian says:

    salam.. terima kasih kerana singgah ke laman saya yang tak seberapa ni..
    sebenarnya saya join outing ni atas pelawaan jurufoto profesional Malaysia Encik Ted Adnan..

    Setahu saya kelab ni base dia di pahang.. kalu betul tuan berminat boleh kontek dia nyer orang kuat encik Azraie aka (Rejim Monggol) di INDAHKU STUDIO, A185, 1st Floor, Lorong IM16/1, Taman Sri Perdana Kuantan, Malaysia, 25200. carik dia di facebook Rejim Photography… :)
    terima kasih..

  14. Jamilah says:

    Sy nak minta kebenaran admin untuk promosikan Pertandingan Potografi Warisan Pekan bersempena dengan Majlis Perasmian Persisiran Warisan Pekan Sempena Karnival Rakyat yang akan dirasmikan oleh PM.

    Marilah uji kehebatan skill fotografi yang anda miliki dengan melibatkan diri dlm Pertandingan Potografi Warisan Pekan!!

    Detail of Event as followed :-
    Name of Event : Pekan Warisan Photography Competition
    Date : 26 March – 15 April 2012 Closing
    … Date : 16 April 2012 before 1:00 p.m.
    Send Photo at this Address : ECERDC Office Kuantan, Pahang
    B8002 Sri Kuantan Square Jalan Telok Sisek 25050 Kuantan
    Theme : Community, Heritage & Culture
    2 Categories : Under 18 and below & 18 and above
    Prizes for below 18 years old :
    First Runner up – Netbook, Printer & Certificate
    Second Runner up – Digital Camera & Certificate
    Third Runner up – Digital camera & Certificate

    Above 18 years old:
    First Runner up – DSLR Camera, printer & Certificate
    Second Runner up – Digital Camera & Certificate
    Third Runner up – Digital camera & Certificate

    Tiada bayaran di kenakan. Jika admin mahu poster saya boleh hantar emelkan pd admin selepas admin reply emel sy.

  15. dian says:

    boleh sahaja..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>