
Wajah http://dianais.com telah.. berubah. Seperti mana masa, ambo perlu berubah..
Sebut pasal berubah, ambo ingat satu cerita masa di ‘tempat kerja lama’. Memandangkan ambo ada sedikit masalah dengan tempat kerja lama ambo telah dinasihatkan untuk berubah. Bos lama ambo bercerita mengenai perubahan. Kata beliau:
Ada seorang lelaki yang cuba merubah dunia dan alam semesta. Macam-macam percubaan yang dia cuba lakukan. Namun ia tidak berjaya. Kemudian dia cuba untuk merubah negara. Juga tidak berjaya. Setelah itu, dia cuba untuk merubah negeri yang didiami. Sekali lagi ia turut tidak berjaya. Begitulah juga dengan kampung, desa, sehinggalah sekecil-kecil unit iaitu keluarganya. Dia tak dapat merubah segalanya.
Lantas dengan perasaan yang amat kecewa dia telah pergi berjumpa dengan seorang pendita yang hampir untuk mendapatkan nasihat. Diceritakan segala-galanya kepada pendita tersebut. Diluahkan segalanya. Pelbagai cara kaedah, teori dan sebagainya dilakukan namun hasratnya masih belum tercapai.
Sambil tersenyum, pendita tersebut berkata, “Ubahlah dirimu sebelum kamu merubah apa sahaja yang kamu inginkan, nescaya perubahan yang dihajati itu akan dicapai.”.. Bagaikan satu tempelak, beliau mulai mengambil melaksanakan apa yang disuruh. Selang tidak lama kemudian, kata-kata pendita itu menjadi kenyataan..
Ambo ambil iktibar atas pengajaran cerita di atas.. dan ambo telah jumpa titik perubahan itu.. dengan izin Allah.. Alhamdulillah….
by dian
19 comments
link to this post email a friend