Sempena bulan Ramadhan, latihan persembahan-persembahan tradisional yang amba sertai dihentikan buat sementara waktu. Demi menghormati bulan puasa. Tambahan pula kebanyakan ahli-ahli kumpulan sibuk dengan urusan masing-masing.
Itu bermakna kalau nak berlatih jugak, maka kenalah berlatih sendiri di rumah. Tak banyak yang boleh dilakukan bila berseorangan. Kemahiran yang ada pula sedikit. Oleh itu, amba hanya mampu melihat kembali catatan-catatan terdahulu yang boleh membantu amba memahami dengan lebih lanjut bidang persembahan tradisional. Menerusi rakaman-rakaman yang ada sama ada daripada perbualan, koleksi buku-buku mengenai persembahan tradisional, himpunan lagu-lagu dan koleksi peribadi sedikit sebanyak mengubati rindu amba kepada permainan sama ada Makyung, Wayang Kulit dan Dikir Barat. Selain itu artikel-artikel yang diterbitkan sama ada dalam majalah, surat khabar mahupun blog menjadi sumber rujukan untuk amba tahu dengan lebih lanjut.
Insya Allah, lepas raya sambunglah berlatih balik. Bukan apa, amba ni…jika benda yang baru dipelajari kalau tak berlatih.. lama-lama jadi tak ingat.

by dian
4 comments
link to this post email a friend