KISAH SEORANG ‘MAKHLUK’ (NAK LAWAN GODZILLA KONONNYA!)
Dikala anak-anak di Malaysia menempa sejarah tersendiri sebagai manusia terpelajar, terbimbing dengan ilmu dunia dan semata-mata demi untuk menyediakan diri mereka bagi menghadapi cabaran dunia masa akan datang, ambo dan rakan-rakan dalam perkhidmatan awam, telah mengukir sejarah hitam apabila ditempelak oleh sejenis makhluk yang terang-terangan menunjukkan beliau tidak redha dengan apa yang diperolehinya.
Dalam dunia maya, ‘warna’ sebenar manusia boleh ditonjolkan, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Lebih tepat lagi jika ambo katakan bahawa ‘warna’ yang dimaksudkan adalah ‘warna’ hati mereka sendiri. Melalui satu pelantar yang diilhamkan oleh salah seorang ’senior’ ambo, perkhidmatan yang juga menjadi sumber pendapatan dan karier sejumlah besar kakitangan awam negara, telah dicemari oleh cercaan makhluk ini. Oleh demikian, ambo menjadi malu untuk mengaku bahawa dia ini manusia memandangkan manusia sepatutnya dikurniakan akal boleh menerima sebarang penjelasan yang logik, lebih-lebih lagi jika penerangan tersebut disertakan dengan fakta, data dan sumber yang sahih. Oleh itu, berdasarkan penulisan dan tohmahan-tohmahan yang dibuat oleh makhluk ini dia masih belum layak untuk digelar manusia. Cukuplah sekadar makhluk.
Mungkin di laman ini, panggilan tersebut adalah terlalu kasar dan tidak sesuai dengan keperibadian ambo. Sebenarnya rakan-rakan ambo yang lebih agresif telah menggunakan panggilan yang lebih kasar kepada makhluk ini. Mungkin itulah yang paling tepat. Cukuplah sekadar ambo gelar makhluk memandangkan apa yang akan dibincang seterusnya merupakan penilaian terhadap makhluk ini yang mungkin boleh menjadi iktibar kepada pengunjung Dianais.com.
Kronologi
Apa yang makhluk ini sebenarnya dah buat?
Ikhlas ambo simpulkan bahawa ia adalah makhluk yang tidak diundang. Pada peringkat awal ambo perhatikan beliau cuba untuk menyuarakan ketidak puasan hati beliau terhadap skim perkhidmatan ambo. Itu bukanlah kes pertama dan tidak menjadi satu kejutan kepada ambo dan rakan-rakan kerana masalah ini seolah-olah berlaku sepanjang masa.
Setelah sekian lama tidak dihiraukan, makhluk ini mulai menyerang ahli-ahli forum secara peribadi. Selama beberapa minggu, kehadiran makhluk ini mulai menyusup ke dalam fikiran ahli-ahli forum. Satu demi satu penjelasan secara diplomatik mula diutarakan. Sememangnya antara tugasan utama kami adalah memberikan penjelasan mengenai apa jua perkara yang menjadi punca masalah dan dilatih untuk menyelesaikan masalah bagi mengelakkan pertikaian.
Kemudian apabila diendah, komentar negatif makhluk ini semakin rancak. Pencaknya mulai agresif. Rentak tohmah mulai galak. Makhluk itu mula memutar belitkan fakta. Kata-kata cemuhan, cacian dan cercaan mulai dihamburkan. Percikan emosinya semakin dirasai, namun rakan-rakan ambo masih boleh bersabar dan masih lagi terus memberikan penjelasan secara baik.
Namun, batas sabar manusia ini tinggi setara manalah sangat? Kami pun muda. Ditambah pula dengan tekanan-tekanan lain, kami mulai membuat kajian mengenai keperibadian makhluk ini. Keinginan untuk hendak tahu siapakah yang mempunyai perwatakan seagresif ini sehinggakan sanggup mendakwa telah mengadu kepada pemimpin tertinggi negara, naik turun jabatan yang menyelenggarakan perkhidmatan dan sebagainya, kononnya atas nama perjuangan rakan sejawat.
Salah Langkah
Sehinggalah pada suatu ketika makhluk ini salah langkah. Setelah diselidiki, kami dapat tahu bahawa:
- makhluk ini adalah antara golongan yang teramat kecewa kerana tidak terpilih untuk memasuki perkhidmatan kami. Makhluk ini gagal walaupun pada peringkat permulaan. – kemudiannya mendabik bahawa perkhidmatan ini tidak sesuai dengan minatnya! -
- makhluk ini mendabik dada dengan menyatakan beliau memiliki ijazah sarjana bidang pengurusan perniagaan – bila diselidiki, kredibiliti sarjana makhluk ini sebenarnya meragukan -
- makhluk ini berpaksikan pengalaman beliau dinaikkan pangkat dari eksekutif ke penolong pengurus di Petronas – rupa-rupanya taraf jawatannya adalah kontrak dan tidak disambung kerana prestasi -
dan banyak lagi penemuan-penemuan yang boleh disimpulkan bahawa makhluk ini adalah sebenarnya makhluk yang tak sedar diri.
Ambo sebenarnya semakin malas dan hilang hormat kepada makhluk ini lebih-lebih lagi perkara-perkara yang tidak senonoh yang diletakkan di laman-laman jaringan sosial seperti facebook dan youtube. Cuma ambo merasa kasihan dan terasa agak sesal kerana status beliau masih bergelar seorang guru yang merupakan pekerjaan yang dijamin oleh agama dan bangsa sebagai satu pekerjaan yang mulia. Bagaimanakah ajaran yang akan diberikan kepada generasi baru yang jua bakal pewaris negara? Ambo sangsi dengan ‘siqah‘ yang ditunjukkan….
Jika Makhluk ini membaca lembaran ini, ambo cuma ingin menyeru kepada anda untuk ‘Grow-up!’, dan jadilah orang yang bersyukur. Ini berikutan ambo masih belum mampu untuk menolong rakan-rakan ambo yang lain yang lebih ikhlas, yang lebih tulus, yang lebih layak untuk bergelar guru malah mendapat pekerjaan, walaupun keputusan akademik, bidang pengajian dan sikapnya jauh lebih baik berbanding anda.
Wallahu a’lam.
http://dianais.com





owh…dah agak dah dia tu kontrak! sbb jarang org keluar dari petronas. lg nak menipu. terer habis yg membuat risikan kali ni. syabas mera betey!
banyak lagi nak reveal.. heheh.. tapi biarlah.. sesikit niha..
tak sabarnya saye!
keep in touch within the loop.. ahahaha..
dah agak awal lg. jenih akai xleh pakai.
wah.. cam drama.. kalau ada sambungan mmg tak sabar nk tunggu ni
Chup! Camne cikgu leh keje Petronas.. dia keje ape sebenarnye? Wahh, siap selidik² ni, menariiiiikkkkk
@ayu: itu dia dok dabik dada tuh.. kata kitorang tak reti buat kerja.. dia la segalanya.. hehe.. benda kena stadi ayu.. bukan main hentam kromo jer..
@fariz: wat masa ni dia sedang dorman.. mcm kena tungau.. ramai dok tunggu nak terkam jer nih..
@a.j: hehe akai dia rasanya mcm tak berapa betul sahaja.. cemana leh lepas tah..
oits ngumpat x hingat
*geleng pale
@delyla: mana ada ngumpats.. ngumpats taruk nama.. ini just nak buat pengajaran.. heheh
okai la dikategorikan ala2… ‘mengata’ haha
*ceh tanak ngaku gak… /me piat lingo
okehlah.. mengaku… memang mengeji hahahahaha
lama dah dia menyepi tu.. aku dah ada peluru artileri nak bedil nih..
hahah.. tu lah pasal.. aku dok rasa dia takkan jengoi dah.. mampus kena cantas..