jahil
Nah! Episod artikel hamba kali ini sekali lagi memaparkan rasa kesal hamba terhadap mereka2 yang begitu jahil menghalal kan cara untuk mencapai matlamat. Seni persembahan tradisional Kelantan kononnya diberi ‘nafas’ baru. Hamba rasa tidak terlalu ekstrem jika hamba meletakkan mereka2 yang terlibat ini telah mengeksploitasi seni melalui peragaan seksual. Lihat sahaja video-video klip ini melalui link ini dan ini lalu nilailah sendiri.
Amat melampau dan memalukan…
harapan
Sejak dari awal lagi hamba dan rakan-rakan seperjuangan hamba tidak akan mengiktiraf episod ini. Hamba juga berharap dengan rasional yang terdapat kepada pembaca-pembaca sekalian semoga tidak menyokong kepada eksploitasi ini. Persoalan hamba.. apalah agaknya yang mereka fikirkan? Keuntungan? Pencapaian? Apa yang ingin ditonjolkan? Mesej? Atau sekadar menjatuhkan maruah anak bangsa dan seni persembahan itu sendiri? Celaka.
Kepada mereka yang menggelarkan diri mereka ‘Artis’ dalam eksploitasi ini hamba berharap supaya kembalilah ke jalan yang benar..
by dian
15 comments
link to this post email a friend