Form submitted successfully, thank you.

Error submitting form, please try again.

IDEA OH IDEA

Semenjak dua menjak ni.. ambo perhatikan  banyak sungguh lambakan idea. Ada yang ambo tengok boleh diterima pakai.. ada yang sememangnya pelik, aneh dan tidak munasabah langsung. Sepanjang umur hidup ambo, inilah pertama kali idea-idea sebegini diutarakan. Terlebih aneh ambo perhati idea-idea itu seolah-olah tiada efek dan kesan kepada yang berkenaan sahaja. Pendidikan Seks lah.. Memansuhkan pelajaran lah.. Cikgu nak berpolitik lah.. alahai.. tu semua ideologi yang buat orang berkerut kening saja tu..

Secara kasar, tujuan sesuatu idea itu dikeluarkan adalah untuk menyelesaikan masalah. Secara halusnya ambo merasakan seolah-olah pemberi idea berkenaan tidak membuat siasatan terlebih dahulu akan punca masalah itu terjadi secara kritikal. Itu yang menyebabkan ambo merasa aneh dan hairan akan mengapa terjadinya sedemikian.

Proses Idea

Berdasarkan pengalaman dan latihan yang ambo telah lalui sepanjang ambo hidup ni, apabila ambo nak mengeluarkan sesuatu idea ambo mesti memikirkan adakah idea tadi merupakan suatu keperluan atau merupakan satu kehendak? Jika keperluan maka idea itu  hendaklah dibuat dan ia lebih diutamakan. Manakala jika ia kehendak,  ia lebih bersifat peribadi dan bolehlah dikemudiankan.

Seterusnya ambo akan kenal pasti apakah sumber-sumber yang ada untuk melaksana idea itu. Siapakah yang nak membuat? Berapa kos? Berapa lama tempoh yang ada?  Apa alatan yang ada serta diperlukan dan sebagainya.

Setelah dikenalpasti barulah ambo tetapkan matlamat yang hendak dicapai dan memikirkan pula akan kesan yang akan terjadi sekiranya sesuatu idea diterima.

Seterusnya ambo akan cabar idea ambo tadi berdasarkan persoalan-persoalan yang akan timbul sewaktu pelaksanaan idea. Teknik yang paling lazim ambo guna adalah sama ada provokasi dan mempersoalkan keputusan majoriti… Teknik provokasi (secara memancing atau menembak) tu mungkin ramai yang tahu tapi mempersoalkan keputusan majoriti tu jarang ambo  berjumpa sebab? Pertamanya, mungkin akan menimbulkan konflik  dan kedua, menonjolkan kita sebagai seorang penentang. :)

Kemudian setelah itu barulah idea itu dijana dengan memfokuskan keadaan sama ada secara induktif dan deduktif serta alternatif terbaik kepada untuk menyelesaikan sesuatu masalah.  Itu secara kasarnyalah..

Emosi Vs Rasional

Namun demikian, tak ramai yang berfikir secara demikian. Ambo tidak nafi. Lebih-lebih lagi bila emosi mengatasi rasional. Buktinya apa bila terjadi sesuatu perkara barulah nak ambil tindakan, nak mengadah, nak ubah dasar, nak pinda akta. Padahal perkara itu boleh dihitung dan diukur terlebih awal lagi. Tapi kalu yang mengemukakan idea tu sekadar anak bilis (hok beleh)… takkan lah Bapok paus nak ambil letak di ‘perut’? Ke guana?

Wallahu a’lam

p/s: “Payoh-payoh sangat gak.. paka lenggok alah kelangit .. dah tu menyupoh ssoghe.. Hak tu baghe tetu ia meme takdok kena mengena dengan oghe.. puah-puah menyupoh.. dok diam.”

29/07/2010 - 1:19 pm dian - tak dan mengelit... harusnya kena atah ke muko sediri.. :| kena ambil kira belaka segala faktor.. hmm.

28/07/2010 - 11:16 pm lokanbertepuk - Jange gadoh nk menyupoh gak.. hok moleknya masa lenggok tu ngango mulut belan2.. pahtu ludoh buleh sepukol nak tgk air liur tu jatoh kemana nk jatoh.

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

*

*