Kali ini hamba sekadar ingin berkongsi nasib hamba yang agak malang menjelang Ramadhan tahun ini. Sedikit sebanyak ia berkaitan dengan fotografi dan kesenian. Lebih kepada pengalaman hamba. Suatu episod yang mungkin jua terjadi kepada insan-insan lain.
Malang Tiada Berbau
1. Kereta hamba dipecah orang. Habis segala khazanah hamba dicuri. Malang sungguh. Segala kerja fotografi hamba yang dipupuk selama hampir 2 tahun lenyap begitu sahaja. Benarlah bagai dikata malang itu tidak berbau.
2. Tak semena-mena tingkap bilik air hamba turut pecah. Angkara remaja nakal yang menyangka teratak buruk hamba itu merupakan sasaran untuk menjaringkan gol. Kesian sungguh hamba kepada mereka. Kerana kekurangan tanah tempat bermain, ranap habis harta orang. Pun demikian, tiada yang mengakuinya.
Dikecewakan
3. Rakan-rakan hamba yang bergiat dalam seni dikir barat pun telah dihampakan. Berdasarkan fakta, hamba percawa rakan-rakan hamba ditewaskan semata-mata oleh sifat manusia yang subjektif. Sifat rasa. Rasa sedap, rasa elok, rasa lebih baik. Diluar memanglah nampak keredhaan rakan-rakan hamba. Dihati? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Walaupun ada hikmah disebalik kejadian itu, namun hamba rasa sedikit sebanyak gurisan luka itu tetap akan berparut. Rumah yang siap itu tetap akan berbunyi pahatnya walaupun tidak kuat dan kedengaran seperti mana orang sedang bertukang. Sampai bila keadaan ini akan berterusan?
Mungkin hamba bukanlah insan yang sesuai untuk memberikan komentar ke atas perkara ini. Walau bagaimana pun, inilah dugaan buat Ramadhan kali ini. Doakan hamba tabah menghadapi dugaan Nya…

by dian
15 comments
link to this post email a friend