DIKIR BARAT MUTAKHIR INI

Posted by dian in Cakap-Cakap, DIKIR BARAT, Events, Experience, Friends, insight, Jurnal, Muzik, PESIBAN, seni, tips | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | 8 Comments

Sebagai salah seorang peminat seni Dikir Barat, amba merasa amat gusar dengan perkembangan seni ini mutakhir ini. Bukan apa, penggiat dan aktivis seni ini semakin hari semakin pudar akibat dimamah hari. Tidak kurang juga dengan kelibat pemikiran-pemikiran baru oleh pihak yang sepatutnya bertanggung jawab menyemarakkan seni ini turut menyumbang kepada kemalapan seni ini.

Kejayaan yang dikecapi oleh pasukan Dikir Barat yang disatukan di bawah payung hutan batu bandaraya Kuala Lumpur ini seharusnya dijadikan iktibar kepada semua pihak bahawa arus pembudayaan seni tradisional tersebut telah bertukar arah. Selaras dengan menjadikan bandaraya Kuala Lumpur ini sebagai suatu hab kebudayaan dan pelancongan seeloknya diperuntukkan walau secebis ihsan daripada pihak berkuasa untuk memelihara seni yang semakin pudar.

Daripada perbualan dan temuramah bersama aktivis-aktivis yang berada di Lembah Kelang pada hari ini, seolah lenguh lumpuh bertimpuh bersila, bertepuk, melaung kerana berkarya masih dipandang sinis dan dianggap seperti mimpi siang yang tiada henti.  Memandangkan paradigma ini masih belum beranjak, di samping tiada sebarang entiti yang melindungi para aktivis ini, maka mereka hanya mampu menggetap bibir dan memendam rasa, terluka dek sinis tersebut.

Perkara ini terjadi akibat salah persepsi daripada pihak-pihak tertentu:

a) Dikir Barat Untuk ‘Puak Kelantan’ sahaja.

Masih lagi terdapat sentimen ini di tempat sendiri. Benarlah seni ini berasal dari Kelantan, namun demikian jika diperhati, ia sebenarnya satu seni global kerana telah merentas sempadan. Jika kita mencari “Dikir Barat” di internet, kita akan berjumpa dengan persembahan-persembahan di ASEAN seperti Singapura, Negara Thai dan Brunei Darussalam. Kemudian ada beberapa klip video menonjolkan persembahan Dikir Barat di Warwick, United Kingdom serta Jepun.. dan bukti rasmi adalah klip video jemputan oleh Kerajaan Korea terhadap pendikir Saudara Halim Yazid di sana.. Walaupun strukturnya adalah tidak sama namun ia masih lagi dipanggil dan dikenali secara umum sebagai “Dikir Barat”.

b) Dikir Barat untuk Orang-Orang Dewasa Sahaja..

Dakwaan ini salah semata-mata. Dikir Barat adalah untuk semua peringkat.. tanpa mengira had umur, jantina, kaum, bangsa, agama dan merupakan satu instrumen yang tidak berasaskan etnik semata mata. Bukti formal adalah menerusi pertandingan Dikir Barat yang diadakan di pelbagai peringkat seperti peringkat sekolah rendah, peringkat sekolah menengah, remaja, IPTA/S, Politeknik-politeknik dan juga terbuka.

c) Dikir Barat merupakan Agenda Tersembunyi Parti-Parti Politik

Ini merupakan salah satu faktor utama mengapa seni ini semakin pudar. Ada setengah pihak menggunakan seni ini untuk kepentingan parti-parti politik dengan honorarium yang minima. Para aktivis yang tidak menyahut seruan ini akan menjadi serba salah kerana itulah platform untuk berkarya. Namun pihak-pihak lain yang menolak untuk menyertai cabaran ini akan mula disisih, dipinggir akhirnya padam meninggalkan nama semata-mata.

d) Kurangnya Kualiti Persembahan

Seperti mana seni persembahan yang lain. Kualiti adalah faktor yang terpenting dalam menghidangkan menu hiburan yang pelbagai. Secara tidak langsung, Dikir Barat bersaing dengan seni persembahan yang lain sama ada tradisional mahupun moden. Kualiti yang dimaksudkan termasuklah pemasaan, elemen persembahan, busana dan sebagainya. Jika sesuatu persembahan hambar, tidak bermaya, dan dibuat secara acuh tak acuh. Maka ia tidak akan lagi menjadi pilihan utama sebagai hiburan kepada penonton.  Begitulah ringkasnya.

Sebenarnya banyak lagi faktor yang boleh dimuatkan. Tetapi memadai empat faktor utama yang dapat amba perhatikan menjadi suatu pelantar persepsi dan yang timbul dibenak fikiran mereka yang tidak memahami erti sebenar Dikir Barat.. Oleh kerana itu, seni ini seolah-olah seperti suatu pertandingan tarik tali yang mana ada pihak nak memadamkan seni ini .. ada pihak pula yang cuba mengangkat martabat seni ini ke suatu tingkatan yang lebih tinggi.

Harapan amba adalah supaya seni Dikir Barat ini terus subur walau kerana persepsi-persepsi ini mengekang ianya dari terus maju, demi meneruskan warisan seni budaya turun temurun dari generasi terdahulu.

Wallahu a’lam.

p/s: taklih nak kata apa

8 Responses to DIKIR BARAT MUTAKHIR INI

  1. dewa muda says:

    huhuhuhu…xleh nk kato apo gak la…pe2 pon majulah dikir barat

  2. dian says:

    setujulah… maju mundur pun kerana ore kita sediri belaka.. ;D

  3. mungkubuah says:

    perkembangan dikir barat dilembah klang macam mana?saya rasa muttakhir ini,di lembah klang pon semakin pudar kemeriahan dikir barat..tidak boleh jika kita ukuri kejayaan lampau..kejayaan yang terkini yang mahu dicipta itu perlu ada..siapa tunas baru dikir barat lembah klang? tiadak..jadi untuk menjadikan lembah klang sebagai hab dikir barat..masih jauh lagi perjalanannya..

  4. dian says:

    saya rasa agak setuju.. tapi setakat nak tengok dikir barat di lembah klang ni mungkubuah boleh ke Restoran Anis Corner di Pantai Dalam.. di sana persembahan dikir barat percuma oleh penggiat-penggiat dikir barat Lembah Klang membuat persembahan boleh dikatakan.. setiap hari ahad jam 1-3 ptg.. Mengenai kejayaan tu .. adalah subjektif.. adakah kejayaan itu bererti memenangi pertandingan? jika sedemikian, tanpa pertandingan tiadalah kejayaan.. (3) Mengenai tunas baru… tak ramai yang boleh memberikan komitmen untuk mengadakan persembahan.. namun demikian untuk berkata tiada langsung adalah tidak adil.. pasukan terkini yang ditubuh dan sedang meningkat nama seperti Irama Sungai Pencala turut menampilkan wajah2 baru dalam arena dikir barat lembah klang.. Oleh itu, ia tidak pudar.. cuma kadar kenaikan tidak begitu galak… ;) enjoy..

  5. mangkubumi says:

    sekiranya lembah klang masih jauh lagi perjalanannya utk dijadikan hub dikir barat, maka tidak ada langsung lg lokasi yg boleh dijadikan hub dikir barat pada masa sekarang..
    hanya org dikir yg bercampur gaul dgn org dikir sj yg mengetahui perkembangan positif dikir barat di lembah klang..

  6. dian says:

    terima kasih mangkubumi kerana sudi mengunjungi laman ini dan mencoret komen… (2) untuk menjadi hub bukanlah suatu perkara yang petik jari dan terus jadi.. ia perlu satu pelan dan rangka tindakan yang bersepadu sama ada daripada pihak penggiat mahupun pihak berwajib.. cuma satu sahaja.. kemampuan kita untuk berdiri dikaki sendiri itu masih diragui kerana terlalu banyak persepsi-persepsi buruk terhadap seni persembahan ini.. p/s: “baru nak bertatih sudah dipeteh ketingnya.. “

  7. along pm says:

    masyarat kita sendiri kurang menghargai seni warisan bangsa sndiri tidak seperti di sesetengah masyarakat di negara2 lain..wajar di ambil satu pendekatan yang lebih drastik dlm memartabatkan seni dikir barat di negara kita.tidak hanya tertumpu di negeri tanah srendah skebunga bunga shaja..

  8. dian says:

    masyarakat itu besar. Minat dan kecenderungan berbeza antara satu sama lain. dikir barat sebenarnya telah melalui proses evolusi dan kini berada di era globalisasi. kepelbagaian media dan pelbagai pilihan juga turut bertali arus, berselang seli dengan apresiasi masyarakat dimaksudkan. ia takkan hilang. cuma mungkin lesu dimamah hari. Pendekatan drastik yang dimaksudkan itu juga pelbagai…. :) mungkin kita akan huraikan di artikel lain.. terima kasih kerana sudi mengunjungi laman ini dan berkongsi pendapat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>