Form submitted successfully, thank you.

Error submitting form, please try again.

BERTADARUS DI PENGHUJUNG RAMADHAN..

Hari ini masuk hari ke 23 berpuasa dalam Ramadhan 1431H (2010)… Teringat Amba semasa dalam usia remaja antara 13-15 tahun.. sudah menjadi amalan di kampung Amba masuk sepuluh hari terakhir.. budak-budak (pada masa tu) akan berduyun-duyun ke masjid untuk diatur jadual memenuhi undangan bertadarus..

Diceritakan juga kepada Amba bahawa setengah orang-orang tua di Kelantan mengenal budaya bertadarus ini dalam loghat mereka sebagai ‘cederus’… Disisi Islam, bertadarus ini amat digalakkan dan mempunyai fadhilat (faedah) dan keistimewaan sendiri disisi Allah taala..

Biasanya kami akan berhimpun dalam 10-15 orang termasuk dengan pelatih-pelatih sekolah pondok dan rakan-rakan sebaya yang lain di sebuah masjid… Siak atau bilal di masjid yang bertindak sebagai pengurus akan memberikan tugasan tersebut secara tersusun.. tak semua yang akan dilepaskan membaca…. nak masuk geng 10-15 orang tu kena uji bakat dahulu.. sekurang-kurangnya kena tahu baca Al-Quran. Jika kurang mahir pun, akan dilatih selepas selesai solat sunat terawih setiap malam dari 1 Ramadhan oleh imam muda dan rakan-rakan yang telah mahir. Pun demikian tak ramai yang berminat… Kaedah uji bakat adalah melalui duduk bersama dalam satu bulatan dan membaca secara solo dalam 1 hingga 2 mukasurat naskhah Al-Quran. Pada masa itu juga, kami lebih digalakkan membawa naskhah Al-Quran sendiri bagi membiasakan dengan bentuk tulisan…

Pada zaman Amba belajar Al-Quran ni… ada dua jenis resam Al-Quran yang diguna pakai 1. Resam Uthmani dan 2. Resam Imlaie’.. resam-resam lain tidak biasa dipakai .. masa tu Resam Malaysia belum ada lagi.. Oleh kerana Amba telah diasuh menggunakan resam Uthmani, maka nak baca resam Imlai ni agak kekok sikit.. lagipun jika diperhati Resam Uthmani setiap Juzuk disusun sepuluh helaian.. berbanding resam Imlai’e yang lebih pelbagai bilangan mukasurat bagi setiap juzuk. Naskhah yang paling diminati adalah Al-Quran daripada Mekah.. cetakannya lebih cantik, jelas, dicetak dalam saiz senang dibawa dan lebih kukuh berbanding yang dijual di pasaran pada masa itu.. namun yang mampu dibeli hanya yang itu biasa tu lah.. haha

Amba dan rakan-rakan akan diberikan tugasan untuk membaca sekurang-kurangnnya 1 juzuk seorang pada setiap undangan… Satu malam satu undangan sahaja.. jika ada lebih daripada satu undangan, kami akan dibahagikan. Biasanya dalam 2 – 3 kumpulan sahaja kerana jumlah keseluruhan ahli pun tidak ramai.. Oleh kerana terdapat bilangan maksimum iaitu seramai 15 orang, kami kena baca 2 juzuk… yang dah hafal sangat bertuah sebab mereka akan dapat menghabiskan tugasan dengan lebih cepat, lebih cekap berbanding dengan yang terpaksa membaca menerusi naskhah..  jika kesemua membaca, dilambangkan bahawa rumah tersebut telah dibacakan tiga puluh juzuk .. iaitu keseluruhan Al-Quran pada malam tersebut.. dan jika diizinkan Allah.. malam pembacaan tersebut yang berkenaan dengan Malam Lailatul Qadar.. adalah terlebih bertuah kepada pembaca dan tuan Rumah.. namun demikian, rahsia itu hanya ALlah sahaja yang maha Mengetahui..

Semasa bertadarus, adalah dua tiga orang yang kurang mahir termasuk Amba yang seringkali ketinggalan kerana kurang mahir.. Amba amat bersyukur kerana rakan-rakan yang mahir ini sekiranya ada terdapat berlaku kesilapan pada bacaan akan terus menegur walaupun mereka tidak berada pada juzuk/ayat yang sama.. :D dengan alasan:

“BBunyi lain .. “

Setelah selesai pembacaan, biasanya tuan rumah atau yang mengundang akan mengadakan sedikit jamuan ringkas dan menghadiahkan sama ada sehelai kain pelikat atau sehelai kain serban kepada ahli tadarus… sehingga kini kain-kain hadiah yang diberikan Amba pakai…. Alhamdulillah..

Impak daripada budaya ini menjadikan kita lebih yakin untuk bersosial, mengetahui tahap kemahiran diri dan lebih mengenal keindahan Islam melalui al-Quran… dan mungkin lebih lagi.. tapi sekurang-kurangnya itulah yang Amba dapat..

Hari ini, Amba tak tahulah sejauh manakah pembudayaan pembacaan al-Quran itu sama ada diamalkan lagi atau tidak.. yang pastinya sejak Amba berhijrah ke kotaraya Kuala Lumpur ini, Amba masih lagi tidak pernah diundang membuat sedemikian.. Tapi hajat Amba bila dah stabil sikit nak mulakan kembali.. walau tidak dalam skala yang besar tapi insya Allah jika ada kesempatan dan rezeki yang lebih, untuk memulakan budaya yang Amba fikir amat indah..

Wallahu A’lam..

05/09/2010 - 3:42 pm dian - malam tujuh likur.. ada cerita nok royak tuh.. :D

05/09/2010 - 2:45 am lokanbertepuk - mlm esok mlm 7 likur doh..

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

*

*