[CCOLEK] “MISI (NURSE), DOKTOR DAN SUSU MARI DOH!”
Semalam ambo telah diberi kesempatan oleh Allah taala mengadakan ziarah ke rumah sahabat ambo di Klang. Ziarah sempena meraikan kenaikan rumah baru beliau dan isteri. Bersama-sama dengan rakan-rakan terdekat ambo adalah acara solat Hajat dan sedikit doa selamat seterusnya sedikit kenduri kesyukuran. Sebelum pulang, ambo dan dif-dif jemputan sempat duduk-duduk dan berbual kosong sementara menantikan jam menunjukkan larut malam. Kami sempat berbual mengenai zaman persekolahan kami.
Menyebut zaman persekolahan, waktu itu memang seronok. Ambo mula masuk sekolah pada tahun 1987. Darjah Satu atau Kelas Satu. Sekolah kampung sahaja. Seronoknya adalah yang menjadi rakan sekelas adalah teman-teman sekampung juga. Merekalah teman sepermainan, mereka jugalah teman untuk di ajak berbalah. Walaupun kes duit syiling sepuluh sen berkarat. Budak-budaklah katakan.
Dalam topik perbualan, kami berbual tentang kunjungan program imunisasi, susu dan penjagaan kesihatan gigi oleh Kementerian Kesihatan. Bagi kami, walaupun apa jua pangkat kakitangan Kementerian yang bertandang, jika ia lelaki dia adalah ‘Doktor’ dan jika perempuan ‘Misi’ (nurse).
Kedatangan mereka menyebabkan kami tak senang duduk. Kami tak mengerti apa itu bahaya akibat tidak mendapatkan imunisasi BCG dan Rubella (murid perempuan). Bagi kami kunjungan mereka mengundang bahaya! Imunisasi BCG atau lebih glamor digelar ‘CColek’ adalah sesuatu yang amat mengerikan, pedih dan menyakitkan. Mana yang kuat ‘iman’ pun akan pucat lesi apabila tengok lori/land rover bercat ‘kuning cair’ dan tertera lambang bulan sabit merah. “Misi mari doh, soheh nok mari ccolek!”
Sebelum menghadapi situasi tersebut, kami di’beritahu’ oleh mereka yang telah dahulu menempuh cabaran ‘ccolek’. Difahamkan, doktor akan menggunakan besi panas dan akan melayurkannya pada kulit lengan kiri kami. Weh, siapa yang tak gentar bila mana besi panas hendak dibenam ke dalam kulit! Logiknya mestilah sakit! Pada kebiasaannya program akan berjalan selama dua hingga tiga hari. Jika demikian, ramai akan ambik ‘MC’ bagi mengelak daripada ‘CColek’. Namun, memang tetap akan kena. Padahal tak sakit pun!
Susu
Pada zaman itu juga, Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan susu subsidi kepada murid-murid yang dikenalpasti tidak mampu dan kurang nutrisi. Program ini amat bagus. Walaupun ambo tidak berapa gemar minum susu, namun perasaan seronok mendapat susu percuma adalah di luar daripada segala-gala persaan lain. Maklum sahajalah, yang dapat susu percuma tu seolah-olah satu keistimewaan (‘previlige’) yang orang lain tidak akan beri. Padahal kita tak mampu nak beli.
Selain susu, ambo ingat jugak minuman Vitagen jugak ada menaja sekolah. Merasa juga kami murid kampung minum air yang berjenama.. indahnya zaman persekolahan..
Wallahu a’lam




Betul2 kenangan jame2 kecik dulu … nakal tok soh oyak laaa … setakat masuk bilik GB tu biasa jah … hehehehe …. n one more thing … misi gigi …. hahaha … kecut perut seyh … blom lagi bila dgr mesin2 tu … aduhai …. smpi lo ni fobia ngan misi gigi …
tak teringat nok bubuh pasal MISI gigi.. ahaks.. ma kasihh..
huhu..
sekolah kat kampung memang best…
projek makan free ke budak2 kurang mampu tu ada….
@aishah:
adik bongsu aku still dapat masa kat skolah rendah..
skang dah tingkatan 2..
Hahah.. btul³! Ingt lagi diorg panggil BCG tu cucuk api.. time nak kene tu, siap mate pandang ke sane ke mari nak cari mane api nye hahah..
fuh.. lagi canggih!.. ‘cucuk api’.. bayangkan kalu umur kita 12 tahun.. masa tu Lipas pun kita takut.. inikan pulak main api api… ahaks..
Tu la.. bdk² skrg ditakutkan tak ek cam kite dulu heheh..
budak-budak sekarang ni susah nak cakap…. semua moden.. kengkadang bahasa diorang cakap pun pelik.. semua main shortcut.. nampak sangat makin ketinggalan zaman kita nih..
heheheheh.. i remember the day. but the best thing about my primary school life is that during recess hour, i will spend my time with my good friend eating pack food under the coconut tree.. it was a great moment. I love the old memoir.
thank you for bringing the memoir ups.. it was then we are now at the edge of full-pledge technocrats, IT age and God knows what more to come. The beauty of our old times had been overrunned by developments, industrialization and again.. God knows what more..
the good old days…
of courseeeeee