Dian Nais » video

INDUSTRI KARTUN SECARA RINGKAS
Hari ini di radio, semasa sedang dalam perjalanan ke pejabat, salah seorang daripada DJ radio tersebut menyatakan kekaguman mengenai usaha penghargaan Kerajaan Negara Jepun yang telah menubuhkan sebuah muzium buat satu karakter kartun bernama Doraemon.

Doraemon adalah satu watak kartun yang telah diilhamkan oleh kartunis yang menggelarkan diri beliau Fujio.F.Fujiko (meninggal dunia pada tahun 1996). Doraemon digambarkan sebagai seekor robot kucing yang berwarna biru, mempunyai sifat yang suka membantu dan memiliki kepakaran dalam menghasil serta menggunakan instrumen-instrumen futuristik, semata-mata untuk membantu menaik taraf kehidupan moyang tuannya (nobita) yang sering menjadi mangsa buli, teman sebaya (yang kuat, giant dan sunyo, kaya).

Sejarah watak ini bermula sejak tahun 1969 di Jepun, dengan lebih 1,300 cerita sama ada berbentuk animasi atau lukisan. Watak itu telah menjadi ikon kepada dunia kartun yang kemudiannya diabadikan peringatannya kepada sebuah muzium di pinggiran bandaraya Tokyo, negara Jepun. Ia telah diterjemahkan kepada 30 bahasa dan masih popular kepada pelbagai bangsa.

Episod-episod Doraemon turut menyebarkan pelbagai nilai murni termasuklah integriti, kasih sayang, percintaan, persahabatan, nilai kekeluargaan, menghormati orang tua dan banyak lagi. Ilham-ilham Fujio.F.Fujiko menyebarkan nilai-nilai tersebut sangat mengkagumkan di mana ia dibuat dalam bentuk bersahaja, komedi dan mengoptimumkan penggunaan logik dan daya fikir yang amat tinggi tetapi mudah untuk difahami.

Sebenarnya, selain daripada watak Doraemon banyak lagi watak-watak kartun yang telah menerima pengiktirafan sebegitu daripada kerajaan Jepun untuk diabadikan secara zahir di kawasan-kawasan terpilih. Contohnya karya Great Detective Conan oleh Gosho Aoyama, Dragonball karya Akira Toriyama dan pada masa kini karya popular “Tite” Kubo “Bleach” serta “One Piece” oleh Eichihiro Oda turut menjadi kegilaan di seluruh dunia hinggakan peminat-peminat fanatik manga menggelarkan diri mereka sebagai “Otaku” (terma Jepun terhadap golongan fanatik terhadap manga, anime dan permainan video).

Dari sudut ekonomi, industri kartun, manga dan anime di Jepun merupakan industri yang memiliki pasaran mencecah lebih daripada 20 Bilion Yen. Ia memberikan kesan yang amat baik kepada Jepun dari segi penyediaan peluang pekerjaan (animator, pelukis, suara, penyunting, penulis skrip, pemuzik dan sebagainya), penjenamaan (barang-barang cenderahati, hak cipta), royalti, hak harta intelek, penajaan, pengiklanan, runcitan dan sebagainya.

Di Malaysia, pada ketika ini industri ini masih berada di tahap perintis. Hanya terdapat beberapa syarikat sahaja yang berjaya bertapak pada masa ini dan masih dalam percubaan untuk ke tahap lebih tinggi. Syarikat-syarikat penerbitan seperti Les Copaque yang menerbitkan animasi Upin Ipin dan Animosha Studios (BoboiBoy) hanyalah yang boleh disebutkan oleh saya buat masa ini.

Industri ini walaupun mempunyai potensi untuk memberikan pulangan yang lumayan berbanding industri lain, mempunyai faktor halangan tersendiri. Faktor-faktor halangan termasuklah kekurangan modal insan, halangan modal, kos penerbitan yang tinggi, kekurangan kepakaran kepada teknologi terkini serta saingan daripada penerbitan-penerbitan luar negara seperti Jepun, Korea, China, Amerika, Australia dan Britain.

Walaupun demikian, usaha-usaha bagi mengangkat industri ini sedang giat dijalankan oleh Kerajaan melalui Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDec), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Usaha-usaha seranta harus lebih giat diperkasakan demi mencapai matlamat iaitu industri ini berada dalam kedudukan selesa di peringkat nasional, serantau dan seterusnya lebih jauh seiring dengan dengan negara-negara yang lebih maju seperti Jepun, Korea, China dan Amerika Syarikat.

TRAVELOG SENI: DEMONSTRASI TEKNIK PALUAN GENDANG
Pada Syawal yang lalu, hamba bersama rakan hamba (arjunasukma.com) dan (mafaka.org) telah mengambil kesempatan untuk melawat seorang bekas penggiat seni budaya Kelantan yang kurang dikenali namanya. Tokoh ini lebih selesa dan senang dikenal dengan nama Pak Su Wel. Dikesempatan itu juga, kami mengambil peluang untuk meminta Paksu Wel menunjukkan demonstrasi akan teknik-teknik paluan alat-alat muzik tradisional Melayu Kelantan. Pengetahuan  beliau dalam teknik-teknik paluan gendang amatlah meluas. Beliau mahir dalam hampir kesemua jenis muzik tradisional Kelantan terutama gendang.

Dari Kiri: Dian Nais, mafaka, Che Ya (serunai), Paksu Wel, Arjunasukma, Pak Jen (Tetawak)

Di sini suka hamba berkongsi akan teknik-teknik paluan alat muzik seperti Gendang Anak, Gendang Ibu, Gedombak dan Geduk oleh beliau. Alat-alat muzik ini merupakan alat-alat muzik utama yang dimainkan dalam persembahan-persembahan tradisional Melayu Kelantan seperti Wayang Kulit, Mak Yong dan Main Peteri.

Enjoy!

<object width="425" height="350" data="http://www.youtube.com/v/eX0SAn-RF5o" type="application/x-shockwave-flash"><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/eX0SAn-RF5o" /></object>‘