Form submitted successfully, thank you.

Error submitting form, please try again.

Category Archives: travelog seni

MAKYUNG HAK ‘SEDAP’

Amba sebenarnya sangat berat hati untuk menulis pasal Makyung. Sebab pengetahuan Amba mengenai teater tradisional yang autentik ini adalah sangat terhad. Seingat Amba, Amba mula ‘berkenal besa’ dengan Makyung ini pada tahun akhir 2008. Amba tak pernah ‘main Mokyong’. Duduk dalam ‘panggung Mokyong’. Jauh sekali untuk berperan, kirat mahupun buat apa-apa yang besar dalam dunia...

View full post »

NILAI SENI

Selepas latihan bergendang di Rumah Pena semalam, amba bersama rakan-rakan seperti biasa akan mengambil sedikit masa untuk berhimpun sambil menikmati nasi lemak ayam rempah di belakang bangunan kelab belia. Sambil-sambil makan kami bertukar pandangan mengenai nilai seni dari sudut pandangan yang pelbagai. Kami menilai seni itu bukanlah suatu yang mudah diperoleh. Bukanlah mudah dijaga dan...

View full post »

TRAVELOG SENI: BUKA PANGGUNG…

Pakat mari ramai-ramai.. masuk percuma.. foto ihsan: mafaka.org

View full post »

TRAVELOG SENI: MENGIRINGI PERSEMBAHAN TEATER

Pada 19 Mac 2011, ahli-ahli Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan (PESIBAN) telah dijemput untuk bermain muzik mengiringi sebuah persembahan teater “Jebat Derhaka, Tuah Belot” bertempat di Taman Budaya Kuala Lumpur. Persembahan yang berlangsung selama lebih kurang 1 jam setengah dihadiri oleh ramai penonton yang tersohor dalam arena seni persembahan tanah air seperti YBhg Dato’ Prof....

View full post »

TENTANG MUZIK MAKYUNG..

Sehari dua ni dengan kesempatan cuti yang ada ni Amba ucap syukur kepada Allah taala kerana berkesempatan untuk kejar balik perkara-perkara yang Amba ketinggalan. Terlebih lagi dalam perkara-perkara yang melibatkan bentuk-bentuk kesenian tradisional yang berasal dari negeri kelahiran Amba. Belan-belan bertanya kepada Yana dan Farid di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), maka Amba berkesempatan...

View full post »

PERTANDINGAN AKHIR DIKIR BARAT RTM 2010

29 November 2010 lalu memahatkan satu lagi sejarah dalam arena Dikir Barat Malaysia  yang mana pasukan 100% yang dihasilkan oleh penggiat-penggiat Dikir Barat Lembah Kelang berjaya mengungguli beberapa anugerah di peringkat akhir Pertandingan Dikir Barat RTM 2010. Setinggi syukur kerana sedikit sebanyak perjuangan yang dibawa oleh anak-anak muda yang berada di Lembah Kelang telah membuahkan...

View full post »

TRAVELOG SENI: MENGHADIRI FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE 23

Masa amba bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Negara kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei pada Oktober yang lalu, amba berkesempatan untuk meluaskan hubungan rakan sejawat yang bertugas di agensi-agensi yang bernaung di bawah Kementerian di mana Amba berkhidmat. Hubungan yang baik itu telah amba manfaatkan untuk memenuhi jemputan Puan Ruzita Alias, Pegawai Pemasaran FINAS...

View full post »

PENDEK SAHAJA

Hari Sabtu (2 Oktober 2010) amba diundang untuk berdikir di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Bangsar. Meriah juga undangan tersebut. Undangan Ad Hoc dari pasukan dikir barat Basa Diwana Universiti Malaya sebagai penampilan khas untuk meraikan majlis rumah terbuka. Walaupun dihadiri oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Dato’ Raja Nong Chik tetapi...

View full post »

PEMILIHAN KATA DALAM LIRIK LAGU-LAGU DIKIR BARAT. SATU PEMERHATIAN

Satu, memerhati dengan perspektif atau kacamata yang lebih umum.. ada benarnya perkara sedemikian terjadi pada hari ini… mana-mana pencipta/penulis lirik dikir barat.. lebih gemar memilih perkara yang dekat serta berkaitan dengan hidup mereka.. kebanyakan penulis lirik akan menulis lirik untuk mereka nyanyikan sendiri kerana ia lebih kepada identiti kepada karya dan keunikan seseorang pendikir. Contohnya:...

View full post »

TRAVELOG SENI: PERSEMBAHAN WAYANG KULIT KELANTAN DI HARI TERBUKA KEDIAMAN SISWA JAYA, UTM JALAN SEMARAK

Dalam pada bersibuk-sibuk nak menyambut Ramadhan sehari dua ni.. ambo masih sempat lagi ‘tukat-tukat’ jemputan saing sahabat dalam bidang persembahan tradisional Kelantan. Jadi ‘Saing’ ambo mintak ‘join’ untuk ‘main perkakas’ atau sebagai ‘panjak’ permainan Wayang Kulit Kelantan di hari terbuka Kediaman Siswa Jaya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Kalu nak dikirakan kepada tahap...

View full post »