Form submitted successfully, thank you.

Error submitting form, please try again.

Category Archives: Events

PERTANDINGAN DIKIR BARAT HARI KRAF KEBANGSAAN 2012

View full post »

BELAJARLAH BERDIKIR…(BARAT)

Semalam amba berkesempatan mengunjungi Hari Kraf Kebangsaan 2012 yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Banyak barang-barang kraftangan yang dipamer serta dijual dari sekecil-kecil rantai kunci hinggalah ke perabot-perabot  dari segenap ceruk negara termasuk Sabah dan Sarawak. Dalam pada kesempatan itu, perhatian amba tertarik apabila Emcee pameran mengumumkan bahawa satu pasukan dikir barat daripada Institut...

View full post »

MAKYUNG HAK ‘SEDAP’

Amba sebenarnya sangat berat hati untuk menulis pasal Makyung. Sebab pengetahuan Amba mengenai teater tradisional yang autentik ini adalah sangat terhad. Seingat Amba, Amba mula ‘berkenal besa’ dengan Makyung ini pada tahun akhir 2008. Amba tak pernah ‘main Mokyong’. Duduk dalam ‘panggung Mokyong’. Jauh sekali untuk berperan, kirat mahupun buat apa-apa yang besar dalam dunia...

View full post »

NILAI SENI

Selepas latihan bergendang di Rumah Pena semalam, amba bersama rakan-rakan seperti biasa akan mengambil sedikit masa untuk berhimpun sambil menikmati nasi lemak ayam rempah di belakang bangunan kelab belia. Sambil-sambil makan kami bertukar pandangan mengenai nilai seni dari sudut pandangan yang pelbagai. Kami menilai seni itu bukanlah suatu yang mudah diperoleh. Bukanlah mudah dijaga dan...

View full post »

KAMERA PALING BAGUS!

Sudah lama saya letak kamera saya kat dalam almari sahaja… saya makin hari makin tidak minat untuk menggalas peralatan kamera yang berat dan mudah rosak. Tetapi ia tidak bermakna saya sudah melupakan hobi saya terhadap fotografi. Teknologi pada hari ini telah membolehkan saya merakamkan saat saat berharga semasa saya menjalankan tugas rasmi di luar negara....

View full post »

TRAVELOG SENI: BUKA PANGGUNG…

Pakat mari ramai-ramai.. masuk percuma.. foto ihsan: mafaka.org

View full post »

TRAVELOG SENI: MENGIRINGI PERSEMBAHAN TEATER

Pada 19 Mac 2011, ahli-ahli Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan (PESIBAN) telah dijemput untuk bermain muzik mengiringi sebuah persembahan teater “Jebat Derhaka, Tuah Belot” bertempat di Taman Budaya Kuala Lumpur. Persembahan yang berlangsung selama lebih kurang 1 jam setengah dihadiri oleh ramai penonton yang tersohor dalam arena seni persembahan tanah air seperti YBhg Dato’ Prof....

View full post »

DIKIR BARAT MUTAKHIR INI

Sebagai salah seorang peminat seni Dikir Barat, amba merasa amat gusar dengan perkembangan seni ini mutakhir ini. Bukan apa, penggiat dan aktivis seni ini semakin hari semakin pudar akibat dimamah hari. Tidak kurang juga dengan kelibat pemikiran-pemikiran baru oleh pihak yang sepatutnya bertanggung jawab menyemarakkan seni ini turut menyumbang kepada kemalapan seni ini. Kejayaan yang...

View full post »

MAKYUNG WARISAN MISTIK MALAYSIA

Selang beberapa minggu selepas pelancaran rasmi buku pertama mengenai Makyung di dunia dilancarkan di Kuala Lumpur, amba telah mendapat SMS daripada salah seorang sahabat amba mengenainya. Dalam SMS itu sahabat baik Amba menyatakan kekaguman beliau mengenai fakta-fakta yang dihimpunkan mengenai seni persembahan Makyung yang satu-satunya mendapat anugerah United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO)...

View full post »

PERTANDINGAN AKHIR DIKIR BARAT RTM 2010

29 November 2010 lalu memahatkan satu lagi sejarah dalam arena Dikir Barat Malaysia  yang mana pasukan 100% yang dihasilkan oleh penggiat-penggiat Dikir Barat Lembah Kelang berjaya mengungguli beberapa anugerah di peringkat akhir Pertandingan Dikir Barat RTM 2010. Setinggi syukur kerana sedikit sebanyak perjuangan yang dibawa oleh anak-anak muda yang berada di Lembah Kelang telah membuahkan...

View full post »