Dian Nais » Cakap-Cakap

BERSYUKUR
Tiba-tiba terpanggil hati ini untuk membuat sedikit catatan mengenai kesyukuran. Catatan ini sekadar catatan atau log peribadi. Tiada niat untuk menjadi mufti, lebai, imam, ustaz yang berleluasa di dunia maya hari ini, mahupun menjadi ulamak muktabar. Bukan sedemikian.

Amba masih ingat pengalaman mula-mula menjejak dunia kosmopolitan untuk mencari rezeki.

Amba menghela nafas dan terus berdoa di dalam hati untuk memohon ampun kerana mungkin amba begitu jarang dan alpa untuk mengucapkan syukur kepada Allah taala. Dalam pada itu terkadang mungkin wujudnya riak dan merasa takjub kepada diri sendiri tanpa sedar, atas rezeki yang telah diberikan.

Bertitik tolak daripada dilantik sebagai pekerja kontrak untuk menukar selak dan  kunci pintu di Desasiswa Aman Damai, USM, Pulau Pinang, kemudian bekerja di dapur hospital pulau pinang, dapur-dapur hotel sekitar utara semenanjung Malaysia, tak dapat amba nafikan bahawa pejabat amba hari ini ada ‘air cond’.

Dahulunya amba terpaksa bangkit setiap hari mulai jam 3.30 pagi, sekali sekala, menyorong motorsikal buruk di batu uban ke georgetown kerana tiada wang untuk mengisi petrol. Jauh sekali jika nak dibandingkan dengan persekitaran dan pemandangan pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutauan pada hari ini.

Amba susul pula dengan beristighfar beberapa kali dan sempat mengimbas kembali maki hamun, penat jerih, cerca cela, cemuh nista dan perkara-perkara yang telah berlaku termasuk dizalimi oleh majikan-majikan terdahulu. Pada masa itu, amba hanya mampu pujuk diri sendiri bahawa laut tidak selalu bergelora. Hanya kesabaran yang menjadi kemudi untuk meneruskan pelayaran hidup ini.

Namun, itulah perbandingan dulu dan hari ini.

Hari ini amba tersenyum sahaja bila mana terpandang, terbaca ‘isi hati’, ‘luahan rasa’, dan ‘kegusaran’ mereka yang amba kenal, akan siapakah yang akan menggantikan siapa hari ini.  Di situ amba sedar seolah-olah dah nampak, adanya sifat berlumba-lumba dalam mengejar status. Siapakah yang akan jadi terhebat dan terbaik.

Bagi diri amba, amba tidak kisah tentang siapa yang terhebat dan terbaik. Kerana ia adalah satu ‘pilihan’ bukanlah ‘kewajipan’. Sudah ada jalan dan ketetapan yang ditentukan. Cukuplah sekadar amba mampu menyara diri dan keluarga, ada simpanan (bekalan) dan selebihnya boleh menyumbang kepada mereka yang  memerlukan. Insya Allah.

Dari itu, amba berdoa untuk  terus dikekalkan dalam kalangan orang-orang yang tidak merasa tercabar dan pelik dengan pangkat yang tinggi, kuasa yang besar serta pendapatan yang besar.

Akhir kata, amba mohon untuk berusaha menjadi orang yang lebih bersyukur dan untuk terus bekerja tanpa putus asa. Lebih baik menjadi biasa dan tidak hebat, berbanding kaya, hebat tetapi tidak bersyukur.

Wallahua’lam.

MAKYUNG HAK ‘SEDAP’
Amba sebenarnya sangat berat hati untuk menulis pasal Makyung. Sebab pengetahuan Amba mengenai teater tradisional yang autentik ini adalah sangat terhad. Seingat Amba, Amba mula ‘berkenal besa’ dengan Makyung ini pada tahun akhir 2008. Amba tak pernah ‘main Mokyong’. Duduk dalam ‘panggung Mokyong’. Jauh sekali untuk berperan, kirat mahupun buat apa-apa yang besar dalam dunia ‘Makyung’.

Tapi amba suka perhati. Amba suka untuk nak cari maklumat mengenai Makyung. Nak tahu. Tak boleh ada kawasan persembahan Makyung yang dekat-dekat. Tak kira di mana. Dada amba akan mula mari berasa berdebar-debar. Terngiang-ngiang di dalam benak Amba akan gesekan rebab, tingkah paluan gendang ibu anak dan sekali sekala dengung tetawak menandakan pemasa dalam satu kitaran paluan sesebuah lagu Makyung berakhir atau tiba di ‘rumah’ untuk variasi paluan kembali diulang. Adanya interaksi antara kesemua yang terlibat. Mereka yang ‘faham’ Makyung akan mengesahkan pernyataan ini.

Amba boleh ‘ghoyak’ atau ‘ceritera bari’ lebih kurang mengenai asas Makyung. Reti beza antara Makyung atau Main peteri/teri. Walau instrumen yang digunakan dalam dua persembahan ini adalah sama. Bolehlah mengangguk faham bahawa ‘air rasa’ dalam iringan paluan serta melodi antara kedua-dua persembahan tersebut ada kelainannya. Keunikan dari segi tempo dan ‘Ghapok’ antara Makyung dan Main Teri. Boleh lah sikit-sikit.

Amba juga boleh senarai dan menggariskan tentang tempat atau khususnya sesuatu terminologi yang diguna dalam Makyung. Watak utama seperti Pakyung, Makyung, Peran (yang biasanya ada dua Peran Tua dan Peran Muda), pemuzik seperti pemain rebab, dan jong gendang. Jenis-jenis lagu asas yang dimainkan seperti lagu yung bertabuh, lagu san gendang, Sedayung Pakyung, Sedayung Makyung, Barat dan sebagainya. Itu yang amba boleh beritahu.

Cuma yang Amba tak boleh nak bagitahu ialah tentang bagaimana persembahan Makyung yang dikatakan ‘Sedap’. Sebab ‘sedap’ ini subjektif.

Ada yang kata:

“Mokyong hok sedak Mokyong hok banyak kelakar-kelakar…..” pun ‘sedap’ juga

Ada yang kata:

“Mokyong sedak gak.. kena hok menyanyi key rebab tinggi..” pun ‘sedap’ juga..

Ada yang kata:

“Mokyong sedak gak.. kena hok ‘Mmakai’ pak yung comel.. menari berlenggok comel..  tu baru sedak..”

Dan sebagainya..

Itu sebahagian kata-kata bagi mereka yang pernah menyaksikan teater Makyung ini.

Secara teori pula, amba berkesempatan menghadiri sebuah seminar mengenai Makyung di Bangkok, Thailand anjuran SEAMEO-SPAAFA pada suku ke-empat tahun 2011. Dalam pada bertanya-tanya. Seorang peminat dan pengkaji dari Singapura (namanya amba terlupa) menyatakan bahawa

“setiap perkara yang jatuh dalam bidang ‘tradisional’ akan mengalami ‘evolusi’. Oleh yang demikian, masalah memelihara keaslian adalah satu halangan..”

isu asli ini pun perlu dihurai dengan lebih lanjut…

Namun, Amba yang bukan ahli dalam bidang ini turut percaya bahawa adanya penjelasan logik dalam pernyataan beliau.

Amba ambil contoh Makyung yang dijalankan pada hari ini sudah begitu mengalami evolusi. Evolusi itu tidak dapat dipastikan adakah ia akan membawa erti ‘sedap’ atau sekadar ‘melepaskan batok ditangga’?

Dalam situasi lain pulak, amba ditanya secara berseloroh:

“Taksir tengok Mokyong ko…?”

Amba jawab..

“Kalu ada oghe Main Mokyong, Nak sangat lah.. Tapi amba nok tengok mokyong hok ‘Sedap’…”

“Mokyong lagu mana gak hok ‘sedap’…..”

Amba jawab..

“Mokyong hok ‘KKecek Kelate…”

“payah laa kalu nak cari hok lagu tu…”

“itulah hok sedak bagi amba..hahah”

Maknanya, selagi tak jupa pesen tu buat masa ini.. maknanya amba masih belum berjumpa, ‘Makyung Hak Sedak’ Belum lagi bercerita mengenai perkara-perkara lain..

NILAI SENI
Selepas latihan bergendang di Rumah Pena semalam, amba bersama rakan-rakan seperti biasa akan mengambil sedikit masa untuk berhimpun sambil menikmati nasi lemak ayam rempah di belakang bangunan kelab belia.

Sambil-sambil makan kami bertukar pandangan mengenai nilai seni dari sudut pandangan yang pelbagai.

Kami menilai seni itu bukanlah suatu yang mudah diperoleh. Bukanlah mudah dijaga dan bukanlah mudah untuk dipiawaikan. Seni sangat subjektif. Contohnya, seperti sebuah arca dalam seni tampak (bukan seni Visual, yang tak pandai bahasa sahaja panggil seni Visual) pada pandangan mata kasar orang yang buta seni ia mungkin persepsinya adalah sampah semata-mata. Tapi jika apresiasi mengenai yang tersirat difahami, ia boleh bernilai lebih daripada beribu-ribu malah jutaan ringgit. Itu  nilai subjektif seni.

Bagi aspek seni persembahan pula, atau lebih spesifik seni Wayang Kulit Kelantan dan Makyung, ditempat lahirnya ia sudah jauh dipinggirkan. Adalah segelintir golongan sahaja yang masih mengamalkan dalam ‘sulit’ dan bertukar-tukar kemahiran melalui kelompok yang amat kecil. Situasi yang sungguh uzur dan cahaya kegemilangannya semakin malap dan pudar dek arus globalisasi dunia.

Kami turut membincangkan mengenai kemalapan seni dan dalam pada waktu berbincang, masih ada lagi yang mengambil kesempatan ke atas kelompok kecil ini. Nilai seni di bawah dasar tradisional, apresiasi peruntukan dana pun masih dalam tahap papa. Mungkin bagus juga Akademi Seni Warisan dan Budaya Negara (ASWARA) diwujudkan sebagai satu institut pengajian tinggi (butik) khas untuk mendalami seni warisan tradisional. Hasratnya mungkin murni, tapi pelaksanaan hasrat itu masih lagi dalam keterbatasan. Batas dana dan batas pemikiran.

Batas pemikiran bermakna, tidak ramai yang jelas dengan visi dan misi serta hala tuju seni ini. Perbualan tidak formal dengan beberapa pelajar-pelajar institut itu turut menzahirkan nada hambar. Seolah-olah tiada percambahan seni dan institusi kreatif tidak boleh diaplikasikan. Ikutlah sahaja ke mana jatuhnya seni itu. Jika halanya ke lembah, maka semua akan ikut ke lembah. Jika di puncak menara gading, kita sama-samalah mendongak untuk menyanjung. Bukan disanjung. Entah apakah yang berada difikiran mereka. Mungkin ada perancangan yang hebat setelah mereka mendapat pengikitrafan yang dijanjikan kelak. Apa pun harapan mereka, Amba sentiasa impikan terbaik untuk mereka semua.

Selain itu, kami juga menzahirkan kebimbangan mengenai venue untuk bergiat. Kalau hari ini kami lega dan amat berterima kasih dengan izin serta ehsan oleh Rumah PENA untuk kami bertemu, berhimpun, berlatih dan bergiat. Namun demikian, sampai bilakah venue itu akan kekal? 1 tahun? 5 tahun? 10 tahun? 20 tahun? Tak siapa yang tahu. Contoh terdekat adalah ‘jiran sebelah’ iaitu rumah GAPENA yang akan dibangunkan satu lagi mercu tanda Kota raya Kuala Lumpur dalam masa terdekat.  Oleh itu, siapa berani jamin venue yang ditumpang kami akan kekal untuk berapa lama tempoh?

Resolusi perbincangan itu akhirnya disudahi dengan keluhan dan air wajah suram. Tafisran nilai tersemat di hati masing-masing. Amba kembali ke rumah PENA. Kami meneruskan urusan kami yang masih boleh diperjuangkan. Angnila, Anggada, Lela Bat, Sagariwa dan Sri Rama setia tunggu untuk ditebuk, diwarna dan dipelari, membongkarkan rahsia mimpi kayangan suralaya….

CITA-CITA UNGGUL
Dua malam lepas seorang rakan datang ke rumah amba. Kitorang bersembang-sembang mengenai perkara yang terjadi dalam dunia ‘cita-cita unggul’ sesetengah manusia.

ada yang nak jadi itu, nak jadi ini, nak buat itu nak buat ini..

Kami merasa amat kelakar. Seolah-olah dunia ini tak boleh berjalan tanpa mereka.

Semakin usia perkhidmatan meningkat, semakin banyak benda-benda yang pelik-pelik terjadi.

Cuma yang amba tertanya-tanya, sampai bilakah dasar ‘cuba jaya’ ini akan terus diamal, dan sampai bilakah orang-orang yang mempunyai ‘nilai’ untuk mencapai ‘cita-cita unggul’ mereka akan terus kekal menjadi hamba perkhidmatan? Umur persaraan akan dilanjutkan ke 60 tahun pulak tu.

Kami cuma tertawa dan bercita-cita untuk ‘tukar skim’. Itu pun satu cita-cita unggul juga.

Sekadar cakap-cakap.

KATAK BAWAH TEMPURUNG
Pepatah melayu ini seringkali diungkap untuk menggambarkan keadaan yang jumud, konservatif dan tidak berkembang. Pepatah ini tepat. Situasi yang dihadapi sehari dua ini menyebabkan amba terpanggil nak menyatakan bahawa peri pentingnya mengambil sedikit pengetahuan tentang apa yang orang lain lakukan dan tidak hanya melihat kepada apa yang dia lakukan semata-mata serta lantas menyimpulkan yang dilakukan sendiri perkara terbaik.

Dalam bidang kerjaya yang memerlukan kemahiran yang pelbagai atau multitasking, amba tidak tahu bila, di mana, dengan siapa yang amba akan bekerja, dan bagaimanakah situasi tempat untuk bekerja. Apatah lagi masalah-masalah seperti kaedah menyelesaikan tugasan, politik pejabat, hubungan dengan rakan sekerja, stakeholder mahupun format melapor. Kemahiran untuk berapa cepat memahami situasi, menganalisa, berfikir dan menterjemahkan perkara itu dalam bentuk ketara adalah yang paling penting. Perkara-perkara tersebut akan membantu untuk membuatkan seseorang diposisi amba lebih berdaya maju dan lebih produktif.

Hendaknya situasi tersebut memerlukan pemikiran yang kritis, analisa impak, jangkaan bersandarkan fakta bukan rasional dan emosi semata-mata, jangkauan pengetahuan am, implikasi kewangan dan kaedah membuktikan pelaksanaan. Perkara ini menjadi asas kepada pembawaan diri yang kadang kala tidak materi berbanding pengetahuan on paper semata-mata. Sijil dan pengiktirafan seperti Sarjana dan Doktor Falsafah hanyalah alasan untuk penjenamaan individu, yang kadang kala tidak signifikan dengan keperluan organisasi. Tetapi penilaian dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah dengan kadar masa sebenarnya lebih kritikal dan lebih diperlukan di era globalisasi ini.

Benarlah sesuatu kemahiran boleh dinaik taraf. Ia bukan tanggapan dan ia dipraktikkan dalam dunia hari ini. Oleh demikian, secara idealnya naik taraf kemahiran boleh dikategorikan dengan dua kaedah iatu secara formal dan secara tidak formal. Merit bagi mereka yang mendapat peluang untuk menaik taraf kemahiran secara formal dengan kerap dianggap sebagai satu ‘rezeki’ dan patut disyukur dan lebih disukai. Manakala mereka yang berhempas pulas mencari, meneroka, menyelami, menyemai dan meneliti untuk proses naik taraf kemahiran secara tidak formal seringkali tidak mendapat merit dan hanya layak memerhati ‘rezeki’ yang diterima oleh mereka yang mendapat rezeki formal tersebut. Luahan pendapat disangka sebagai rengekan untuk perhatian dan bukanlah sebagai satu idea yang bernas serta memerlukan pertimbangan sewajarnya.

Kedua-dua proses tersebut ada baik dan buruknya.  Terpulang kepada penilaian individu yang sememangnya subjektif. Cuma pada pendapat peribadi amba, kemahiran tersebut hanya boleh dibuktikan apabila seseorang itu benar2 menghadapi suatu situasi dan membuktikan yang kemahiran tadi boleh digunakan untuk menghadapi dan menyelesaikan permasalahan yang timbul dengan baik. Baik bermaksud tidak menghadapi kekangan, kepuasan pelanggan/stakeholder  diperoleh dan terus menerima tugasan seperti itu untuk masa lain.

Namun demikian, jika dan bila mana seseorang tersebut telah menampakkan cemerkap, tidak upaya menghadapi situasi multilateral, termasuk tidak boleh menyelesaikan tugasan yang mudah, maka apa sahaja jenama yang telah diperoleh secara formal terus menjadi suatu kesangsian, skeptikal dan persoalan. Adakah benar formaliti itu semata-mata atas kertas sahaja atau memang dia tak boleh buat kerja. Jika sebaliknya, buktikan.

hanya sekadar Cakap-cakap..

KEMAHIRAN (?)
Secara jujurnya ramai orang menggunakan kemahirannya yang ada untuk cari duit. Tidak ramai yang benar-benar ikhlas untuk menggunakan anugerah kemahirannya untuk mengembangkan ilmu. Hanya segelintir penggiat yang mengamal ilmu dimilikinya dalam diam. Hanya sekelumit yang benar-benar pakar hanya memandang ke langit apabila ada perkara yang tak benar terjadi.

Impian si pencari ilmu yang betul betul berminat nak tahu kadang dieksploitasi oleh si pemanipulasi. Janji ditabur, dengan caj yang kadang tak munasabah dengan alasan berpatutan. Iklan bermodal air liur, untungnya berat sebelah. Impaknya tiada, tohmah pula tercipta.

Reputasi kemahiran tersebut tercemar. Media arus perdana mahupun aliran songsang mensensasikan yang hanya setitik hiba. Cerita kejayaan dipersetan, noda fitnah pula tersanjung terjulang.

Baru-baru ini rakan baik yang sangat berminat untuk berjinak-jinak dengan dunia fotografi terang-terang diperkotak-katik. Tak segan pula si pakar mendabik dada. Sedang nama dan karya belum tentu setanding yang muktabar! Alasannya, ini asas! Perlu tahu! Mana mahu dimulakan!

Berbalik kepada si peminat. Aduh mudah sahaja terpengaruh. Tak mengapalah, jumlah disangka kecil disangka pelaburan. Mungkin iya. Tapi laba daripada pelaburan, ternyata tidak setimpal. Lantas langsung bertindak duduk atas pagar. Lihat sahaja. Perhatikan. Sekali lagi, impaknya tiada.

Bagi amba, asas fotografi tanpa mengira apa jua bidang dan pengkhususan perlu hanya ke atas 2 perkara utama. (1) Perlu ada Kamera (2) Cahaya.

Atas Kamera pula ada 3 perkara yang perlu diketahui iaitu (1) Apertur (2) Shutter dan (3) ISO (dedahan). Jika perkara-perkara ini diketahui, seseorang sudah boleh menjadi seorang jurufoto.

Hanya perlu langsung sahaja. Perkara-perkara lain boleh dijelaskan  pada kelas ‘pertengahan’. Jadi, layakkan amba menerima bayaran?

KAMERA PALING BAGUS!
Sudah lama saya letak kamera saya kat dalam almari sahaja… saya makin hari makin tidak minat untuk menggalas peralatan kamera yang berat dan mudah rosak. Tetapi ia tidak bermakna saya sudah melupakan hobi saya terhadap fotografi. Teknologi pada hari ini telah membolehkan saya merakamkan saat saat berharga semasa saya menjalankan tugas rasmi di luar negara.

Kebetulan pada masa itu instrumen terbaik yang saya miliki adalah kamera telefon sahaja. Oleh yang demikian, saya manfaatkan apa sahaja yang saya ada untuk saya rakamkan saat itu.. Mungkin hari ini saya berpeluang untuk berada di tempat-tempat tersebut. Mungkin satu hari nanti saya tidak lagi berpeluang untuk ke tempat itu. Apa yang berlaku pada masa hadapan bukanlah suatu yang hakiki yang saya boleh jamin ianya akan saya alami lagi.

Hal ini menjelaskan segalanya persoalan yang sentiasa timbul di benak saya iaitu mengenai apakah instrumen kamera yang terbaik yang perlu saya miliki untuk saya rakamkan saat berharga itu. Pernah juga saya ajukan ia kepada rakan-rakan saya. Mereka yang ekstrim akan nyatakan kecenderungan untuk saya memiliki kamera berjenama yang jauh lebih daripada lingkungan kemampuan saya. Tetapi yang paling ahli dan paling mahir menyatakan “apa yang saya ada pada masa itu!”  Ia jawapan terbaik kepada persoalan yang diajukan.

Sebenarnya apa yang saya peroleh daripada pengalaman ini adalah merupakan penyelesaian kepada konflik antara kehendak dan keperluan. Ikut keperluan, memadai saya menggunakan apa yang ada sahaja. Ikut keperluan saya mengidamkan untuk menggalas kamera berjenama Nikon model D3X dengan Lensa-lensa litupan Nano berkeupayaan bukaan apertur dua titik lapan serta genggaman bateri tambahan yang mungkin menyebabkan saya perlu melabur sekurang-kurangnya dua puluh ribu ringgit!! Mustahil pada masa ini saya milikinya melainkan saya guna jalan tidak halal! hahaha

Foto-foto berikutnya adalah yang saya rakamkan dengan menggunakan kamera telefon bimbit saya sahaja..   . Ia adalah rakaman semasa saya dibawa melawat ke dua kuil terkemuka di Yogyakarta, Indonesia. Prambanan dan Borobudur..

Wallahua’lam

INDUSTRI KARTUN SECARA RINGKAS
Hari ini di radio, semasa sedang dalam perjalanan ke pejabat, salah seorang daripada DJ radio tersebut menyatakan kekaguman mengenai usaha penghargaan Kerajaan Negara Jepun yang telah menubuhkan sebuah muzium buat satu karakter kartun bernama Doraemon.

Doraemon adalah satu watak kartun yang telah diilhamkan oleh kartunis yang menggelarkan diri beliau Fujio.F.Fujiko (meninggal dunia pada tahun 1996). Doraemon digambarkan sebagai seekor robot kucing yang berwarna biru, mempunyai sifat yang suka membantu dan memiliki kepakaran dalam menghasil serta menggunakan instrumen-instrumen futuristik, semata-mata untuk membantu menaik taraf kehidupan moyang tuannya (nobita) yang sering menjadi mangsa buli, teman sebaya (yang kuat, giant dan sunyo, kaya).

Sejarah watak ini bermula sejak tahun 1969 di Jepun, dengan lebih 1,300 cerita sama ada berbentuk animasi atau lukisan. Watak itu telah menjadi ikon kepada dunia kartun yang kemudiannya diabadikan peringatannya kepada sebuah muzium di pinggiran bandaraya Tokyo, negara Jepun. Ia telah diterjemahkan kepada 30 bahasa dan masih popular kepada pelbagai bangsa.

Episod-episod Doraemon turut menyebarkan pelbagai nilai murni termasuklah integriti, kasih sayang, percintaan, persahabatan, nilai kekeluargaan, menghormati orang tua dan banyak lagi. Ilham-ilham Fujio.F.Fujiko menyebarkan nilai-nilai tersebut sangat mengkagumkan di mana ia dibuat dalam bentuk bersahaja, komedi dan mengoptimumkan penggunaan logik dan daya fikir yang amat tinggi tetapi mudah untuk difahami.

Sebenarnya, selain daripada watak Doraemon banyak lagi watak-watak kartun yang telah menerima pengiktirafan sebegitu daripada kerajaan Jepun untuk diabadikan secara zahir di kawasan-kawasan terpilih. Contohnya karya Great Detective Conan oleh Gosho Aoyama, Dragonball karya Akira Toriyama dan pada masa kini karya popular “Tite” Kubo “Bleach” serta “One Piece” oleh Eichihiro Oda turut menjadi kegilaan di seluruh dunia hinggakan peminat-peminat fanatik manga menggelarkan diri mereka sebagai “Otaku” (terma Jepun terhadap golongan fanatik terhadap manga, anime dan permainan video).

Dari sudut ekonomi, industri kartun, manga dan anime di Jepun merupakan industri yang memiliki pasaran mencecah lebih daripada 20 Bilion Yen. Ia memberikan kesan yang amat baik kepada Jepun dari segi penyediaan peluang pekerjaan (animator, pelukis, suara, penyunting, penulis skrip, pemuzik dan sebagainya), penjenamaan (barang-barang cenderahati, hak cipta), royalti, hak harta intelek, penajaan, pengiklanan, runcitan dan sebagainya.

Di Malaysia, pada ketika ini industri ini masih berada di tahap perintis. Hanya terdapat beberapa syarikat sahaja yang berjaya bertapak pada masa ini dan masih dalam percubaan untuk ke tahap lebih tinggi. Syarikat-syarikat penerbitan seperti Les Copaque yang menerbitkan animasi Upin Ipin dan Animosha Studios (BoboiBoy) hanyalah yang boleh disebutkan oleh saya buat masa ini.

Industri ini walaupun mempunyai potensi untuk memberikan pulangan yang lumayan berbanding industri lain, mempunyai faktor halangan tersendiri. Faktor-faktor halangan termasuklah kekurangan modal insan, halangan modal, kos penerbitan yang tinggi, kekurangan kepakaran kepada teknologi terkini serta saingan daripada penerbitan-penerbitan luar negara seperti Jepun, Korea, China, Amerika, Australia dan Britain.

Walaupun demikian, usaha-usaha bagi mengangkat industri ini sedang giat dijalankan oleh Kerajaan melalui Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDec), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Usaha-usaha seranta harus lebih giat diperkasakan demi mencapai matlamat iaitu industri ini berada dalam kedudukan selesa di peringkat nasional, serantau dan seterusnya lebih jauh seiring dengan dengan negara-negara yang lebih maju seperti Jepun, Korea, China dan Amerika Syarikat.

TRAVELOG SENI: MENGIRINGI PERSEMBAHAN TEATER
Pada 19 Mac 2011, ahli-ahli Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan (PESIBAN) telah dijemput untuk bermain muzik mengiringi sebuah persembahan teater “Jebat Derhaka, Tuah Belot” bertempat di Taman Budaya Kuala Lumpur. Persembahan yang berlangsung selama lebih kurang 1 jam setengah dihadiri oleh ramai penonton yang tersohor dalam arena seni persembahan tanah air seperti YBhg Dato’ Prof. Dr. Hashim Yaacob, bekas Naib Canselor Universiti Malaya artis-artis veteran seperti Hail Amir dan Uji Rashid. Dalam pada kesempatan itu amba berpeluang merekodkan beberapa foto bersama ahli-ahli PESIBAN pada malam itu buat kenang-kenangan. Alhamdulillah, pasukan pemuzik PESIBAN telah berjaya membantu produksi teater tersebut.

Dari Kiri: Suhaimi (Ming Puchong), Farid, Asrulfaizal, Amba

Ketika mengadakan Persembahan

Bersama Hail Amir..

Bersama ahli produksi Teater "Hang Tuah.."

Posing ketika mengadakan persembahan.

MAIN KUTU!
2011 ni mencorakkan kembali hidup amba dalam kancah seni budaya yang lebih serius. Tambahan lagi dengan mandat  baru untuk memartabatkan seni budaya dan warisan di sebalik sempadan membuka mata lebih luas bahawasanya, untuk sesuatu seni bertapak dan berdiri, ia bukanlah semudah memetik jari. Tinggallah dahulu kasih menolakkan kepadalah sayang..

Seperti mana pepatah Melayu, “lagi besar periuk nasi, lagilah besar keraknya…” begitulah yang berada di sekeliling amba.. namun itu merupakan masalah peribadi dan tak ada makna nak sebar-sebarkan kepada orang lain.. Apa yang amba nak kongsi pada kali ini adalah berkaitan dengan sifat orang-orang kita terutamanya dalam bidang pengurusan kewangan…

Salah satu instrumen pengurusan kewangan yang terdapat di kampung-kampung ialah Main Kutu. Main Kutu di sini bukanlah bererti bermain dengan menggunakan kutu (sejenis serangga parasit pada mamalia). Tetapi secara teknikalnya bolehlah ditafsirkan sebagai salah satu instrumen untuk menghimpunkan sesuatu elemen yang menarik kepada satu perkumpulan orang.

Main Kutu ini boleh juga secara umumnya diumpamakan sebagi satu proses/konsep menabung atau diumpamakan sebagai satu skim pinjaman mikro yang sumber faedahnya berasal daripada ahli-ahlinya sendiri. Almaklumlah institusi kewangan yang dah ‘establish‘ tidak akan memandang konsep ini sebagai satu peluang kerana risikonya amat tinggi dan tiada sebarang pulangan yang boleh dijana.

Sejarah mengenai bila dan di mana ia dimulakan tidaklah pula amba ketahui, mahupun tercatat di mana-mana jurnal akademik ataupun penerbitan komersial. Namun begitu, amalan dan konsep ini terbukti menjadi satu instrumen yang efektif bagi menjaga kebajikan komuniti setempat. Oleh yang demikian, suka amba mencoretkan bingkisan ini sebagai satu pemerhatian yang agak menarik untuk dikupas secara umum.

Mekanisma Main Kutu

Main Kutu seperti mana yang amba sebutkan dalam perenggan terdahulu adalah disertai oleh satu perkumpulan. Pada kebiasaannya suatu perkumpulan Kutu akan melibatkan 4-12 orang. Salah satu ahli perkumpulan tersebut akan membangkitkan idea dan jika dipersetujui oleh semua ahli-ahli yang lain kemudian satu mesyuarat secara tidak rasmi akan diadakan untuk menentukan syarat dan terma permainan ini. Antara syarat yang terlibat adalah pemegang amanah dan tempoh masa satu kitaran main kutu yang akan ditentukan.

Kemudian, pemegang amanah akan pula menggunakan teknik undian bagi menentukan giliran penerima faedah daripada himpunan elemen-elemen yang menjadi citarasa ahli-ahli main Kutu.

Setelah terma permainan dipersetujui, kitaran akan dimulakan. Pada peringkat ini, keunikan dan kreativiti memainkan peranan penting dalam memastikan kitaran ini terlaksana dengan baik. Contohnya, dalam Kutu Duit pemegang amanah biasanya akan menetapkan syarat seperti “Semua ahli kena bayar wang berjumlah RM200 pada setiap 1 haribulan.” dan sebagainya. Selepas itu pemenang amanah akan menetapkan syarat untuk menyerahkan elemen faedah tadi kepada yang berhak pada giliran masing-masing.  Ia akan berterusan sehingga penerima di giliran terakhir menerima faedah daripada elemen yang terhimpun tadi.

Evolusi Main Kutu

Main Kutu telah sebenarnya mengalami evolusi dan revolusinya tersendiri. Seingat amba, suatu masa terdahulu hanya elemen wang ringgit atau wang tunai terlibat. Tetapi pada hari ini Main Kutu telah berkembang kepada beberapa jenis Kutu. Kutu Pinggan Mangkuk, Kutu Kain Selimut, Kutu Perabot dan yang terlebih terkenal Kutu Tupperware. Elemen penamaan ini lebih senang dititipkan secara umum dan seolah-olah difahami kerana elemen barang-barang atau subjek yang membangkitkan citarasa yang sama terhadap suatu perkumpulan.

Keunikan Main Kutu

1. Tiada kontrak dan sebarang deklarasi untuk ditanda tangani. Cuma dan hanya cuma kepercayaan antara ahli-ahli sahaja yang menjadi tali pengikat ataupun sebagai tanda komitmen terhadap syarat yang ditetapkan.

2. Semua benda boleh di ‘KUTU’kan. Sebut sahaja, duit, pinggan mangkuk, selimut, cadar katil, kain tuala dan sebagainya. Syaratnya semua ahli mempunyai citarasa yang sama terhadap benda-benda tersebut.

Kebaikan Main Kutu

1. Membangkitkan rasa kerjasama dan muafakat dalam masyarakat.

2. Meningkatkan taraf hidup.

3. Meningkatkan peratus keboleh capaian masyarakat terhadap material dalam masa yang singkat.

4. Mewujudkan keharmonian dan kepercayaan dikalangan masyarakat.

Keburukan Main Kutu

1. Menimbulkan sifat tamak.

2. Kecenderungan untuk menipu dan pecah amanah  akibat ketamakan.

Wallahua’lam.