Form submitted successfully, thank you.

Error submitting form, please try again.

BIBIK INDON MENDERA ANAK ‘SAING AMBO’

Pada hari raya aidil adha baru-baru ini juga ambo dan rakan-rakan dikejutkan dengan beberapa paparan akhbar tempatan serta media internet mengenai penderaan kanak-kanak oleh bibik indon (domestic maid). Kanak-kanak yang tidak mampu melawan, mengadu kesakitan hanya terpaksa melalui episod-episod yang ngeri dan tidak terkawal. Kanak-kanak itu tidak lain dan tidak bukan anak saing ambo sendiri. Ambo sangat bersimpati terhadap beliau dan suami beliau. Ambo hanya mampuĀ  siarkan episod kejadian dan gambar bibik durjana di sini buat iktibar semua yang dilaporkan oleh beliau dalam nota beliau dilaman facebook. Tiada media yang mampu menyiarkan berita ini melainkan yang mengalami sendiri kejadian itu…

Secebis Kisah Buat Renungan

24 Nov 2009 (Selasa)
11.00 pagi – 12.15 tgh
Balik ke rumah ajak Kak Nab rakan lama dari JKPTG untuk melihat anak-anak dirumah dan pelawa minum. Esya (1 tahun 8 bulan) kelihatan sungguh manja, minta didukung, merengek ndak tengok pak pak pak (Little Einstein)..Vina (6 bulan) plak tengah berpusing-pusing meniarap. Bagi breast milk kat Vina, “kesian anak mommy lapar yer”…Bibik bertanyakan ndak minum apa puan…”air sirap jerlah”..after setengah jam balik semula ke INSTUN..coz kat INSTUN ada makan tengahari penutup kursus.

5.45 ptg

Balik ke rumah. Esya dah tunggu kat depan grill rumah…”mommy….shoe..shoe..” macam biasa dia ndak ajak jalan2..tapi yg luar biasa nya pp belah kanan berlebam, dahi berlebam..mata pon ada satu garisan merah…”kenapa ni anak mommy?” Esya belum pandai mengadu sakit, apa lagi ndak bercerita apa yang terjadi. ” Bik, kenapa pp Esya berlebam ni?”

“Ngak tau puan”
“Mustahil kamu ngak tau, takkan tak dengar dia menangis kalau dah berlebam macam ni?”
“Ngak-ngan nangis…..”
Selepas di ditanya berkali-kali, baru bibik mengaku “Saya lagi di ampaian, esya bangun tido, jatuh dari katil barangkali”

Disitu terdapat percanggahan maklumat, ada sesuatu yang dia cuba sorokkan.

6.30 ptg

Klinik Dr Azhar, Tg Malim

“Jom Esya teman mommy jumpa Doktor, mommy ndak inject bontot” “Bik, kamu tunggu dalam kena jaga Vina k”
Hati dah tak sedap, jumpa Dr Azhar untuk cek apa dah jadi pada Esya
“Esya mungkin jatuh, dan kena benda keras, dalam anak mata kanan ada sedikit kesan darah” kata Doktor
Tapi Esya macam tu gak gaya dia..masih aktif, main dan manja..

10.30 mlm
Esya, Vina dan Bibik dah tido. nilah masanya ndak tgk CCTV
Rekod : 3.01 ptg
Masya Allah…apa gila ke bibik ni!!!! Esya tgh tido di atas katil didalam bilik. Ditariknya kaki kanan Esya, sehingga terkapai tangannya dibawah, lalu di campak ke lantai. Esya kelihatan tidak bergerak selama lebih kurang 2 minit. Barangkali pengsan.


Tidak cukup dengan itu, setan berkepala hitam itu, menarik toncet di rambut Allyssa lantas di pusing-pusing anak itu tanpa belas. Esya kelihatan kesakitan sambil memegang kepalanya. Kakinya terkapai-kapai di awangan. Tanpa simpati Esya dibaling ke tempat letak seterika lalu mukanya terkena kaki seterika yang menyebabkan mukanya berlebam. Kerana kerasukan Esya di tarik lagi dan di henjut-henjut toncetnya dan terus diseret ke ruang tamu. Esya didudukkan dengan paksa di atas sofa. Dengan mengambil tuala, Esya ditarik ke bilik air untuk mandi…”Entah apa pula yang berlaku di bilik air, hanya Allah yang tahu”…CCTV tidak pula dipasang di bilik mandi..”Kenapalah manusia berjiwa binatang seperti ini?” “Apa salah ku? Tak pernah sekali pon ku pukul bibik, aku dan suami kalau marah pon tak pernah tengking2 dan menghina dia”….
Call suami di Telok Intan, ceritakan apa yang terjadi…husband kata sabar dia akan balik segera…
Ketakutan…call Rohaizan (kawan opis/jiran rapat) minta tolong temankan dirumah, sehingga suami balik
Cek bilik, bibik masih tido….

2.30 pagi
Suami sampai dirumah bersama 2 pasukan polis CID dari Slim River dan Behrang. Bibik dikejutkan oleh anggota polis ” Kamu tahu apa salah kamu?” “Enggak” …..akhirnya dia digari dan dibelasah polis di kerusi pangkin di halaman kerana tidak mengaku. Polis, suami dan ijan sempat melihat rakaman CCTV. Suami kehilangan sabar, namun polis menahan dari memukul bibik. Takut nanti kes menjadi kes dera bibik pula. Biarlah polis menjalankan tugasnya.

5.30 pagi
Lapor diri ke Hospital Slim. Esya diperiksa secara rapi…Scan, xray, blood test, stool test, body check..semualah…Alhamdul
lillah Tuhan masih sayangkan kami…kami sedar awal perkara ini sebelum yang lebih buruk terjadi. dan Tuhan melindungi hambanya yang lemah tidak tahu apa seperti Esya dan Vina. Badan Esya seolah-olah di baluti span. Tiada pendarahan dalaman, tiada kecederaan serius. Namun mungkin jauh didasar ingatannya masih terkenangkan peristiwa itu, kerana hingga kini Esya cukup susah untuk diikat rambut….

bibik-durjana
Ambo doa semoga tiada lagi episod durjana ini berlaku lagi kepada mana-mana kanak-kanak yang ada di mana-mana sahaja di dunia ini. Wallahu a’lam.

11/01/2010 - 9:54 am dian - @alin: wah.. lagi lah menyeksakan... cemana laa kita nak buat.. adeh..

10/01/2010 - 1:51 am alin - sy ada amik 5 bibik dl smua mnyakitkan jiwa,1st lari tggalkn ank2,pch pintu blik,pling setan smpat main ngn BIL(kakak x cy smpai la ni kt lk dia ok-walhal ank dia sndiri jd saksi)2nd merokok,3rd nak duit dl br keja,hangin la my hubby br smpai shari da kami reject.4th tgk muka mang xselera,tapi dia beselera konon lari ikot sekurity bangla 2jam pas 2 bangla 2 anta blik.aku xbg mask umah la pe lagi meraung kat gate.5th gak sbb nak keja kdai mkan.aku ni terpksa amik bibik sbb aku sakit n perlu hspital slalu n xleh wat keja lasak.ank kecik2 tp ada meka ni aku gak yg kn wat keja diorg jd boz

06/01/2010 - 11:56 am dian - tak sempat ngan lyla.. kita pijak dulu .. hahaha

06/01/2010 - 11:26 am delyla - sib baik bkn anak dian... kalu idak meh cn lyla tulon derakan... /me pegang puntong rokok terketar2 berpeluh2 dahi weiii

06/01/2010 - 10:38 am dian - anak kawan saya lyla..

06/01/2010 - 10:24 am delyla - eeeeeeee cian nye kt anak org tuh... jaak sunggoh la bibik dia tuh... patot nye balas balik kt bibik tuh wt cmne biar dia rasa... ada hati nk wt kt anak org cm tuh dh la x bersyukur org bg keje... tgk anak nanes pun dh rsa sedih ini kan plak kalu didera g2... *hati sensitip uhuu

23/12/2009 - 8:50 am dian - wee lo.. yolo ko? isyt.. dahsyat nyo.. pah lagu mana heh kita nok prevent? Masya Allah..

22/12/2009 - 7:32 pm the Ulek - dasar bibik indon brengset..dasar iblis..hok terbaru kes kat melaka bibik bunuh anok majikan dan melarikan diri.. ambo xharap mano bibik ni...baik ikhtiar cari ore tempatan kito...ambik anok branok xpo jd maid.. semoga keluarga dian's friend tabah dgn ujian 2..

15/12/2009 - 11:25 am dian - kih lambat tok dan ko kita jah nal.. kalu dan.. nahas!

14/12/2009 - 9:06 pm poknal - alohla...sapa gitu mo nah... klu ambo ado pada male tu, lumat ambo raso mek indon tu... jd apapun, sama2lah kita berhati-hati...air yang tenang jgn disangka tiada olakan.. ambo tumpang simpati kepada rakan datot d...

08/12/2009 - 9:03 am dian - Shireen.. terima kasih.. saya akan sampaikan.. tu lah.. abis kuat pun bibik dia akan kena 10 tahun jail jer.. adeh.

08/12/2009 - 8:10 am shireen - Ya Allah Dian.....sampaikan simpati kami to your fren...mujur jugok ado cctv dok? semoga DIA bantu membalas apa yg bibik buat tuh......kesiannya anak2 tak berdosa tu...sedangkan pukul anak sikit pun kita as mommy rasa bersalah gila, ni pulak bila jadi macam tu..... semoga working moms serata dunia dipelihara dari kejadian2 sebegini...... ni yg lagi kuat rasa nak berenti keje nih :-(

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

*

*