Form submitted successfully, thank you.

Error submitting form, please try again.

BENGKEL PENCAHAYAAN TED ADNAN

Foto Grup Bersama Ted Adnan

Pada 17 Oktober 2009, yang lalu ambo telah berkesempatan untuk menghadiri bengkel oleh salah seorang jurugambar professional Malaysia iaitu Saudara Ted Adnan. Dalam bidang fotografi, Ted Adnan merupakan seorang selebriti hinggakan akan ada yang berkata.. “Siapa tak kenal Ted Adnan?” Hasil kerja dan blog beliau boleh dilihat di laman beliau iaitu http://tedadnan.com. Juga terdapat pada pautan kategori ‘Photographers’ di sebelah kanan blog ambo.

Kelas

Bertempat di Pantai Bagan Lalang, Selangor ambo bersama lebih kurang 10-12 peserta yang lain telah di ajar daripada asas-asas pencahayaan sehinggalah mengenai praktikaliti dan aplikasi pencahayaan dalam fotografi. Pandangan ambo terhadap pencahayaan semulajadi di dunia ini telah berubah apabila sifu Ted memaklumkan bahawa dunia ini adalah sebuah ‘Studio’ yang amat besar. Maksudnya, punca cahaya adalah matahari, Diffuser adalah awan-awan, pemantul cahaya (reflector) semulajadi seperti dalam kes kami adalah pasir-pasir ditepi pantai. Kadang-kadang, jurugambar yang amatur seperti ambo tidak menyedari perkara-perkara ini dan membiarkan ia tidak dikawal dalam elemen fotografi.

Lampu Denyar dan Komen Langsung

Sepanjang bengkel tersebut, sedikit sebanyak sifu ted telah menunjukkan kaedah komposisi asas dalam fotografi dan yang paling penting adalah bagaimana untuk menggunakan lampu denyar (Flash) yang terdapat sama ada pada badan sebuah kamera atau lampu denyar tambahan (Off Camera Flash)/(FlashGun). Sifu ted juga turut memberikan komen secara langsung kepada foto-foto kepada para peserta melalui paparan di kamera masing-masing termasuklah prinsip pengawalan cahaya yang terpantul dari sabjek ke dalam lensa kamera.

Kekok Berkomunikasi

Bagi ambo, masalah utama untuk mendapatkan hasil foto yang baik  selain daripada dapat mengawal fungsi-fungsi seperti bukaan apertur dan pengatup (Aperture dan Shutter speed),  ialah komunikasi antara juru gambar dengan sabjek. Memandangkan inilah aru kali pertama bertemu mata dengan model, kebanyakan peserta termasuk ambo, agak malu-malu dan kekok pada awalnya. Namun demikian,  setelah sesi suai kenal dan arahan yang jelas, akhirnya semua peserta berjaya menunjukkan skil atau kemahiran masing-masing.

Bengkel itu agak memenatkan walaupun tidak memakan masa yang panjang. Ini disebabkan fokus ambo memerah otak mendapatkan ‘angle‘ yang baik sambil memerhatikan kawalan elemen-elemen dalam komposisi ambo tidak terjejas. Secara peribadi, bengkel ini amat berbaloi walaupun tidak banyak masa yang diperoleh bersama sifu Ted pada kali ini.

Hilang Lagi…  :D

Walau seronok mana pun kelas itu, ambo tak dapat nak kongsi hasil daripada ‘tembakan’ ambo memandangkan storan atau kad memori ambo hilang sebelum ambo sempat memindahkan hasil foto ambo di bengkel tersebut. Tak aci kan? well.. nak buat macam mana.. hahaha :D

Dengan ihsan Sifu Ted daripada blog beliau saya pamerkan gambar Grup yang amat best! Terima kasih Sifu Ted, Stella dan semua yang terlibat dalam bengkel tersebut. Gambar ni sekali shoot sahaja! Dah kata Pro…

http://dianais.com

11/11/2009 - 10:26 am Dian Nais - @emeyusrizal: boleh jah.. tapi bukan perturun ilmu.. berkongsi sedikit pengalaman.. :) banyak yang tak tahu ambo nih hahah

11/11/2009 - 10:26 am Dian Nais - @emeyusrizal: boleh jah.. tapi bukan perturun ilmu.. berkongsi sedikit pengalaman.. :) banyak yang tak tahu ambo nih hahah

11/11/2009 - 7:43 am Emeyusrezal Daud - bagus2...nanti perturunkan ilmu kat kawe pulok.

10/11/2009 - 11:52 pm Dian Nais - Muka Bakhtiar aka.. assistant Ted.. hahaha.. (sori bak) hang dah pemes.. kasik can owang lain lak

10/11/2009 - 4:04 pm Dyanna Asri - muka sape la kena katup dengan bola pink tu. kesian betul.

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

*

*