Form submitted successfully, thank you.

Error submitting form, please try again.

Author Archives: dian

PERTANDINGAN DIKIR BARAT HARI KRAF KEBANGSAAN 2012

View full post »

BELAJARLAH BERDIKIR…(BARAT)

Semalam amba berkesempatan mengunjungi Hari Kraf Kebangsaan 2012 yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Banyak barang-barang kraftangan yang dipamer serta dijual dari sekecil-kecil rantai kunci hinggalah ke perabot-perabot  dari segenap ceruk negara termasuk Sabah dan Sarawak. Dalam pada kesempatan itu, perhatian amba tertarik apabila Emcee pameran mengumumkan bahawa satu pasukan dikir barat daripada Institut...

View full post »

BERSYUKUR

Tiba-tiba terpanggil hati ini untuk membuat sedikit catatan mengenai kesyukuran. Catatan ini sekadar catatan atau log peribadi. Tiada niat untuk menjadi mufti, lebai, imam, ustaz yang berleluasa di dunia maya hari ini, mahupun menjadi ulamak muktabar. Bukan sedemikian. Amba masih ingat pengalaman mula-mula menjejak dunia kosmopolitan untuk mencari rezeki. Amba menghela nafas dan terus berdoa...

View full post »

MAKYUNG HAK ‘SEDAP’

Amba sebenarnya sangat berat hati untuk menulis pasal Makyung. Sebab pengetahuan Amba mengenai teater tradisional yang autentik ini adalah sangat terhad. Seingat Amba, Amba mula ‘berkenal besa’ dengan Makyung ini pada tahun akhir 2008. Amba tak pernah ‘main Mokyong’. Duduk dalam ‘panggung Mokyong’. Jauh sekali untuk berperan, kirat mahupun buat apa-apa yang besar dalam dunia...

View full post »

2012

Tahun baru. Tipikal bila amba kata amba pun nak ada azam baru. Cita-cita baru. Sasaran baru. Jalan yang amba pilih pada tahun ini akan bernafas baru. Lorongan cita-cita amba untuk lebih mendalami ilmu-ilmu Allah yang ada di muka bumi ini. Ikhlas amba katakan, amba akan cuba kutip sama ada secara formal atau tidak formal. Semoga...

View full post »

NILAI SENI

Selepas latihan bergendang di Rumah Pena semalam, amba bersama rakan-rakan seperti biasa akan mengambil sedikit masa untuk berhimpun sambil menikmati nasi lemak ayam rempah di belakang bangunan kelab belia. Sambil-sambil makan kami bertukar pandangan mengenai nilai seni dari sudut pandangan yang pelbagai. Kami menilai seni itu bukanlah suatu yang mudah diperoleh. Bukanlah mudah dijaga dan...

View full post »

CITA-CITA UNGGUL

Dua malam lepas seorang rakan datang ke rumah amba. Kitorang bersembang-sembang mengenai perkara yang terjadi dalam dunia ‘cita-cita unggul’ sesetengah manusia. ada yang nak jadi itu, nak jadi ini, nak buat itu nak buat ini.. Kami merasa amat kelakar. Seolah-olah dunia ini tak boleh berjalan tanpa mereka. Semakin usia perkhidmatan meningkat, semakin banyak benda-benda yang...

View full post »

KATAK BAWAH TEMPURUNG

Pepatah melayu ini seringkali diungkap untuk menggambarkan keadaan yang jumud, konservatif dan tidak berkembang. Pepatah ini tepat. Situasi yang dihadapi sehari dua ini menyebabkan amba terpanggil nak menyatakan bahawa peri pentingnya mengambil sedikit pengetahuan tentang apa yang orang lain lakukan dan tidak hanya melihat kepada apa yang dia lakukan semata-mata serta lantas menyimpulkan yang dilakukan...

View full post »

KEMAHIRAN (?)

Secara jujurnya ramai orang menggunakan kemahirannya yang ada untuk cari duit. Tidak ramai yang benar-benar ikhlas untuk menggunakan anugerah kemahirannya untuk mengembangkan ilmu. Hanya segelintir penggiat yang mengamal ilmu dimilikinya dalam diam. Hanya sekelumit yang benar-benar pakar hanya memandang ke langit apabila ada perkara yang tak benar terjadi. Impian si pencari ilmu yang betul betul...

View full post »

KAMERA PALING BAGUS!

Sudah lama saya letak kamera saya kat dalam almari sahaja… saya makin hari makin tidak minat untuk menggalas peralatan kamera yang berat dan mudah rosak. Tetapi ia tidak bermakna saya sudah melupakan hobi saya terhadap fotografi. Teknologi pada hari ini telah membolehkan saya merakamkan saat saat berharga semasa saya menjalankan tugas rasmi di luar negara....

View full post »