Asas komposisi dalam fotografi amat penting. Walaupun ianya nampak macam tak berapa canggih, tapi sedikit sebanyak boleh memberikan perbezaan kepada penampilan sesuatu imej fotografi.
1. Rule of Thirds
Salah satu asas yang utama dalam fotografi dan mana2 bentuk seni tampak. Jurufoto yang berpengalaman (bukan Camera man ok!), memang guna peraturan ni.. berdasarkan pengalaman saya, ia memberikan kesan yang baik dan foto nampak lebih menonjol berbanding biasa.
Cemana? Masa nak tangkap gambar dah tentu pasti subjeknya, bahagikan imej kepada sembilan bahagian. Contoh mcm dibawah..
Mata kita memang akan memfokuskan kepada setiap persimpangan garisan2 tegak dan melintang. Dalam contoh potret di atas, saya telah menyunting foto ini mengikut peraturan ini, yang mana titik fokus saya adalah matanya.. jika dilihat, seolah2 hampir ada pertentangan mata antara subjek dengan kita kan?
2. Pembingkaian
Pertimbangkan latar belakang. Cari yang lebih kurang macam boleh memberikan kesan bingkai kepada foto anda.
3. Bentuk dan Garisan
Memana dalam dunia ni memang ada garisan dan bentuk. Ada satu tagline iklan saya pernah ingat berbunyi “Bentuk Bulat Rasa Hebat”. Lebih kuranglah. Maksudnya di sini, bentuk dan garisan ini boleh mengarahkan pemandangan terus subjek (yang mana kadang-kadang diabai). Garisan yang bersimetri atau bentuk simetri merupakan aset terbaik bagi tujuan pengarahan.
4. Kesederhanaan (Simplicity)
Atau dalam bahasa inggeris. “Less is More”. Fokus dan tumpukan kepada benda2 kecik daripada ‘tembak’ tak tentu pasal. Kurangkan ‘keserabutan’ (haha) dan ‘gangguan’. Buat Penilaian terbaik. Melalui komen yang telah diutarakan oleh rakan saya Shaiful Naszri, potret kanak2 ini lebih berimpak berbanding sebelumnya..
Sebelum
selepas
5. Paras Mata
Lagi dalam bahasa inggeris “Eye Level”. Peraturan ini memang amat boleh pakai terutama kalu nak tangkap gambar potret kanak2, haiwan peliharaan atau burung (susa sket tang burung). Saya penah tengok orang tangkap gambar bayi dari sudut atas.. tinggi jurufoto itu… dekat2 6 kaki. Bayi mendongak.. kesian bayi.
Sebenarnya, impak dikemukakan adalah tidak sama seperti ‘tembakan’ daripada sudut “paras mata”. Sudut ini seolah2 kita berada pada paras dunia mereka/ subjek .. dan yang paling best, mudah nak dapat Eye Contact lah..
Filler: Teringat satu ketika Ustaz saya menyampaikan sajak (sebab tanak bagi kitorang mengantuk belajar bab Haji dan pelaksanaan pasal tentang pertentangan mata).
Bila Mata Bertentang Mata,
Lidah Kelu Tidak Terkata,
Bagai Ada Sang Kura-Kura”
Saya tak tahu apa maksudnya… tapi bila dengar dan teringat.. lucu pula.
6. Ruang Kosong
Kadangkala dan berdasarkan pemerhatian, jurufoto amatur takut untuk menonjolkan ruang kosong dalam imej. Takut takde latar belakang la apa lah, macam2. Sebenarnya penonjolan ruang ini merupakan salah satu asas. Terutamanya dalam potret. Elemen kosong sangat berguna terutama apabila ruang kosong ‘berbicara’ bagi pihak potret melalui renungan ke ruang kosong.
7. Melanggar Peraturan.
Peraturan dibuat memang untuk dilanggar. (Haha). Only applies in photography! Selalu2 ikut peraturan ni biasanya gambar akan jadi konvensional dan boring. Sememangnya peraturan ini terbukti dan telah diguna pakai dalam kebanyakan situasi, tapi tak semestinya kena ikut semata-mata… kreatif sikit heheh..
enjoy









by dian
13 comments
link to this post email a friend