Meminjam kata-kata salah seorang jurufoto terkenal di Malaysia (kini berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri) iaitu Encik Wazari Wazir,
From My Observation | I Think In Not Too Distant Future | Everybody Can Say | Now Everyone Have DSLR Camera | Sometimes Amateur Own Better DSLR Than Professional | I’ve Seen It Now Already |~ Wazari Wazir (Facebook status)
ambo terpanggil untuk menulis mengenai mereka yang dipanggil jurufoto.
Mutakhir ini ambo banyak menimba ilmu melalui penulisan-penulisan jurufoto-jurufoto professional mengenai prinsip-prinsip fotografi. Selepas itu, ambo ada praktikkan dalam kerja-kerja sambilan yang melibatkan fotografi terutamanya dalam bidang potret dan majlis perkahwinan. Oleh demikian, ambo rasa ambo nak kongsi sedikit pengalaman ambo dalam fotografi. Walaupun tidak banyak.
Ambo memang minat dan sayang pada fotografi. Bagi ambo ia adalah satu kepuasan. Dengan Izin Allah, beberapa rakan handai terdekat memberi ambo peluang untuk merakamkan sama ada detik-detik yang penting mahupun potret keluarga. Namun, ambo masih belum mampu untuk jadikan ia sebagai punca menjana ekonomi. Dengan bakat yang ada sedikit sebanyak, ambo masih diberikan peluang untuk ambo meneruskan hobi ini. Alhamdulillah.
Ujian
Ujian Allah dalam bidang ini cukup hebat. Setakat ini, ambo telah diuji apabila semua peralatan yang ambo ada hilang dicuri laknatullah. Jadi, untuk bangkit balik ambo hampir bergolok dan bergadai. Namun itu nasib ambo. Berat pun ujian.. itulah yang terjadi.
Selain itu, ujian lain seperti cabaran semasa dalam bidang ini. Dalam kajian pasaran, melalui sumber lisan dan sedikit pengumpulan data peribadi yang ambo ada, jurufoto masih amat diperlukan dalam banyak perkara. Ambil satu bidang sahaja iaitu jurufoto perkahwinan, sememangnya keperluan pasaran tidak sempat dipenuhi oleh sekalian jurufoto sama ada amatur mahupun professional.
Amatur
Sebagai jurufoto amatur, ambo cuba memenuhi kehendak klien. Memandangkan ambo juga sibuk dengan kerja harian, ambo terpaksa juga membahagikan masa sebaik-baiknya untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Ambo tahu sekadar mampu ambo cuba sedaya upaya namun ketentuan Allah juga yang Qat’ie. Tak boleh disangkal. Itulah kekurangan ambo.
Sebagai amatur juga, kemampuan untuk menghasilkan foto yang baik masih tidak boleh menandingi gred-gred professional yang sekian lama bertapak dalam bidang ini. Selayaknya mereka mengenakan cas yang mahal atas hasil kerja yang amat dikagumi. Akhirnya kepuasan pelanggan yang dicari-cari.
Ambil Kesempatan
Ada juga jurufoto yang mengambil kesempatan ke atas klien. Sepatutnya jurufoto memahami rukun permulaan kehidupan iaitu memerlukan pelaburan yang banyak. Walaupun dikirakan kos yang sesuai serta upah yang sepatutnya, namun ambo masih merasa tidak adil jika ada jurufoto amatur yang mengenakan bayaran yang terlalu mahal kepada klien. Kebanyakan mereka yang mengupah ambo, hanya memerlukan rekod detik-detik istimewa untuk mematerikan ikatan sehidup semati atau saat-saat bersama ahli keluarga tercinta sahaja.
Walau demikian, klien juga harus memahami usaha-usaha jurufoto untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka. Ihsan klien menyumbang sedikit pelaburan sekadar mampu kepada jurufoto amat dihargai. Ambo pernah berada di kedua-dua pihak.. prinsipnya adalah sama. Pelaburan yang diberikan bukan sahaja bermakna urusan jual beli atau mendapatkan perkhidmatan, tetapi juga bermakna kepercayaan dan pengiktirafan klien terhadap hasil kerja atau karya jurufoto tersebut.
Potong ‘Line’
Hari ini, sesiapa sahaja mampu memiliki kamera. Paling tidak kamera yang terdapat pada telefon turut menjadi alat untuk merakamkan saat kejadian berlaku. Apabila menyebut detik-detik istimewa, hanya yang terbaik sahaja dapat merakamkan detik tersebut. Walau sehebat mana pun jurufoto tersebut jika detik istimewa itu di’rampas’ oleh mereka yang tidak berkenaan, sedikit sebanyak perasaan kecewa akan lahir dalam diri mana-mana jurufoto. Hal ini lebih-lebih lagi apabila ambo ditugaskan untuk merakamkan majlis perkahwinan…. paling kecewa apabila ada jurufoto-jurufoto yang ‘kurang manis’ sikapnya terus meletakkan diri secara sembrono di hadapan lensa ambo tanpa meminta izin, setelah ambo menyatakan isyarat untuk subjek memberikan pose terbaik…
Pesan guru
Mengingatkan pesan guru-guru ambo, mereka ini tidak boleh ditegur.. jika tak tahan sangat pun mesti menegur secara elok-elok. Jurufoto yang professional akan mampu berkomunikasi dengan mereka yang bersikap sedemikian. Pernah dalam satu majlis perkahwinan yang ambo ditugaskan menjadi jurufoto utama, ada beberapa jurufoto (yang mungkin ahli keluarga/sahabat/passerby) yang sewenang-wenang mengarahkan majlis tersebut. Mereka dengan kamera yang ‘super-canggih‘ (yang ambo pun tak mampu nak miliki) dengan senang me’lanun’ di majlis itu. Walaupun ditegur beberapa kali oleh klien dan pihak penganjur, mereka masih berdegil untuk mendapatkan ‘shot’. Terpaksalah ambo mengambil langkah kontingensi untuk lebih agresif mencari sudut (angle) yang sesuai dan mengelakkan konfrontasi.. Hati kecil tetap kecewa…ditindas.
Silap Masa
Ada satu kumpulan yang lain menggelarkan diri mereka sebagai ‘PhotoG’ (sebutan: Fo-Tog). Golongan ini suka mengganggu tugas merakam foto. Pada masa tersebut, mereka akan mendekati kita dan akan cuba meluahkan apa yang ambo panggil ‘On-the-spot-technical-course’. Mereka tahu jenama itu tak baik, jenama itu baik… Mereka tahu Lensa itu bagus lensa ini tak bagus.. dan segala mcam perkara-perkara teknikal yang ambo sendiri pun kurang pastu adakah itu betul atau tidak. Mereka tidak dikenali pun. Untuk menghormati mereka ambo akan minta diri untuk menyambung tugasan. Sambil itu ambo turut meminta mereka memberikan alamat url atau apa-apa tempat untuk ambo melihat ‘karya agung’ mereka.
Namun, apabila ditanya. Mereka jawab, “Oh.. those are only for my eyes ..”
Ambo fikir.. ‘crap’.. jadi ambo teruskan perjalanan. Apalah salahnya menyebut penuh perkataan ‘photographer’ atau jurufoto? Oleh itu, Ambo sebagai amatur tidak menjadikan fotografi sebagai karier dan sebagai sumber rezeki utama.. (walaupun ambo ada pernah terfikir).. Cukuplah sekadar dapat membantu rakan-rakan, taulan dan saudara merealisasikan impian dan harapan…
by dian
no comments
link to this post email a friend