[CCOLEK] “MISI (NURSE), DOKTOR DAN SUSU MARI DOH!”

December 30, 2009

Semalam ambo telah diberi kesempatan oleh Allah taala mengadakan ziarah ke rumah sahabat ambo di Klang. Ziarah sempena meraikan kenaikan rumah baru beliau dan isteri. Bersama-sama dengan rakan-rakan terdekat ambo adalah acara solat Hajat dan sedikit doa selamat seterusnya sedikit kenduri kesyukuran. Sebelum pulang, ambo dan dif-dif jemputan sempat duduk-duduk dan berbual kosong sementara menantikan [...]

12

AZAM AMBO

December 28, 2009

Tahun baru akan menjelma tiga hari lagi.. Ramai orang sudah bercita cita untuk menyambung perjalanan hidup mereka dengan pelbagai azam dan resolusi. Pada hakikatnya walaupun tidak menyedari, umur ambo juga akan meningkat dan tiada akan berkurang walaupun sesaat.
Tahun baru bereti satu lagi lembaran baru hidup ambo akan dibuka. Memandangkan karier ambo juga telah pun beralih [...]

6

“APA BARANG JADIK ‘FOLLOWER’?”

December 20, 2009

“Apa barang jadik ‘follower’?”
Itulah barangkali yang terdetik dalam hati kecil sesetengah manusia.. Mereka seboleh-bolehnya mesti berada di atas, di hadapan, mengepalai dan mengetuai segala-galanya. Mereka anggap orang lain tak ‘happening’, tak ‘vogue’, tak bagus, tak pandai nak menjadi ketua dan sebagainya. Hanya mereka yang mesti diikuti. Nilai dan prinsip mereka adalah yang terbaik. Merekalah yang [...]

2

SAJAK: JAUHNYA JARAK KITA…

December 17, 2009

Sahabat,
jauhnya jarak kita..
kerana diameter roda itu terlalu lebar..
ukur lilit roda itu terlalu besar
menggambarkan jurang hidup ini
terlalu angkuh menjauhkan
aku dan dikau
Pernah,
aku di bawah..
tangan tergapai
memohon topangan..
hingga,
aku terlupa dikau
di atas..
Lantaran,
kita masih diroda sama,
ia terus berputar
tanpa belas
menuruti jejak tetap
alur yang tidak berubah..
oleh hanya,
beberapa detik
kita setara..
Roda
terus beputar lagi,
menolak dikau
ke bawah..
aku ke atas..,
giliran aku menghulur bantuan,
sekadar mampu..
dengan izin
yang Maha Kuasa
Lantaran,
jarak [...]

2

PENDAPAT: FEStKUM OH FEStKUM..(DIKIR BARAT)

December 16, 2009

Festival Kebudayaan Universiti Malaysia 2009 (FEStKUM) sememangnya pentas yang ditunggu-tunggu oleh semua warga institut pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh Malaysia. Pada FEStKUM yang dianjurkan oleh Majlis Kebudayaan Univerisiti-universiti Malaysia kali ini, menyenaraikan beberapa pertandingan-pertandingan kebudayaan diadakan untuk disertai oleh warga-warga penuntut IPTA. Acara-acara utama seperti Dikir Barat, Pantun, Boria, Muzik asli dan tarian menjadi tarikan [...]

0

AKU JURUFOTO.. JURUFOTOKAH AKU?

December 16, 2009

Meminjam kata-kata salah seorang jurufoto terkenal di Malaysia (kini berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri) iaitu Encik Wazari Wazir,

From My Observation | I Think In Not Too Distant Future | Everybody Can Say | Now Everyone Have DSLR Camera | Sometimes Amateur Own Better DSLR Than Professional | I’ve Seen It Now Already |~ Wazari Wazir [...]

0

BIBIK INDON MENDERA ANAK ‘SAING AMBO’

December 8, 2009

Pada hari raya aidil adha baru-baru ini juga ambo dan rakan-rakan dikejutkan dengan beberapa paparan akhbar tempatan serta media internet mengenai penderaan kanak-kanak oleh bibik indon (domestic maid). Kanak-kanak yang tidak mampu melawan, mengadu kesakitan hanya terpaksa melalui episod-episod yang ngeri dan tidak terkawal. Kanak-kanak itu tidak lain dan tidak bukan anak saing ambo sendiri. [...]

12

CITA-CITA AMBO DAN DEMO

December 4, 2009

Ambo masih teringat masa ambo berada di zaman persekolahan dari darjah satu sehingga darjah enam di Sekolah Kebangsaan yang berbagai-bagai. Sekolah Cina pun pernah. Masuk sahaja tahun baru, darjah baru, maka cikgu baru akan mulai mengajar ambo dan rakan-rakan sedarjah. Soalan pertama setiap cikgu kepada ambo dan rakan-rakan adalah mengenai nama dan sedikit latar belakang. [...]

4

‘MMISOH’ DAGING

December 2, 2009

Hari Raya Aidiladha baru sahaja berlalu. Tahun ini ambo tidak berkesempatan balik ke kampung memandangkan cuti ambo abis. Persepsi orang-orang di Pantai Barat Semenanjung Malaysia menganggap kemeriahan Aidiladha di negeri asal CikĀ  Siti Wan Kembang atau Tanah Serendah Sekebun Bunga adalah lebih berbanding kemeriahan Aidiladha di tempat lain. Bagi ambo di mana-mana tetap sama. Walaupun [...]

2